Ahad, Oktober 14, 2012

Cerita Di Sebalik Cerita

gua rasa,gua taklah kejam.tak ke tahap rasa seronok melihat kemusnahan dan kesakitan.cuma,gua bukan jenis mudah bersimpati.maksud gua,susah nak cakap.sesetengah benda yang sepatutnya menyentuh perasaan,sikitpun tak menyentuh perasaan gua.mungkin ia bergantung kepada cara penyampaian.sesuatu yang terlalu ketara dan menonjol buat gua tak tertarik mahu merasa.mungkin memang sebab gua lebih tertarik kepada sesuatu yang tersembunyi dan tersirat.benda yang tak nampak secara terang-terangan,tapi terpendam.lebih bermakna,agaknya.

gua tahu setiap orang ada cara bersedih yang berbeza-beza.sesetengah orang akan bermuram sampai kesedihan tu terpampang habis di seluruh muka.sesetengah orang akan menyendiri melayan rasa.sesetengah orang hanya bersahaja macam tak bersedih langsung,dan gua jatuh dalam golongan ini.lebih dalam sakitnya,lebih berkemungkinan untuk gua lebih tak menunjukkan rasa.entahlah.malas,letih,tak kuasa.tak larat mahu cakap apa-apa dan bertindak-balas apa-apa.it is what it is,isn't it?so,be it.

gua malas mahu sambung lebih-lebih pasal tu.sebenarnya ini cuma tentang cerita-cerita sedih yang orang paparkan di sana-sini.how would i say.cerita tentang ibu bapa yang diabaikan anak-anak,ditinggalkan,dibuang.kemudian tindak-balas orang ramai mengecam dan ayat lumrah tentang anak derhaka,tentang menghargai jasa ibu-bapa.semua-semua itu,gua tak tolak.tapi gua tak rasa secuak dan semarah orang lain.gua tak rasa bersimpati dan bersedih.jahat ke gua?

hakikat tentang hidup ini,gua rasa,tak selalunya sempurna.tak semuanya berlaku mengikut corak yang sepatutnya yang ditetapkan oleh fitrah masyarakat.bercakap pasal ibu dan ayah.kita melihat,kita menghukum,tapi kita cenderung untuk lupa.bukan semua orang sama macam kita.bukan semua ibu dan ayah sama macam ibu dan ayah kita.senang untuk kita bercakap.soal kemaafan,soal ketaatan.tapi hidup ni jauh lebih rumit.senang untuk kita kan,tapi senang ke untuk orang lain?tahukah kita tentang kebenarannya?kita lupa tentang anak kecil yang terlantar di hospital dicederakan oleh ibu dan ayah sendiri.kita lupa tentang bayi tepi jalan yang dihumban oleh ibu dan ayah sendiri.kita lupa tentang segala-gala sudut gelap yang jarang dipaparkan berlaku dalam kehidupan keluarga.kita boleh cakap,seburuk mana pun tetap ibu dan ayah.seburuk mana pun wajib dimaafkan.gua tak kata itu salah.tapi pernahkah terfikir macam mana dengan anak yang pernah dirogol oleh ayah sendiri?have u ever thought of that?senang saja untuk bercakap.satu perkara bila disakiti,tapi disakiti oleh mereka yang sepatutnya melindungi kita?that's where the agony lies.a deep,pure agony.

entahlah.dunia ni selalunya macam tu.kita hambur kata-kata tanpa berfikir.kita ulas tentang sesuatu perkara,sedangkan kita tak tahu cerita di sebaliknya.adakah ia semudah yang kita cakap?tentang banyak perkara sebenarnya.dari yang sekecil-kecil benda sampai ke sebesar-besar benda.contohnya,pasal pengganas,pasal pengebom berani mati di palestin dan di mana-mana sajalah.kita boleh cakap keganasan tak menyelesaikan apa-apa dan macam-macam.tapi cuba bayangkan hidup di mana kematian berlaku depan mata sehari-hari.hidup menunggu masa setiap orang yang disayangi akan dibunuh.rumah yang dimusnahkan,tanah air yang diceroboh dan dirosakkan,nyawa yang melayang tanpa harga.adakah semudah itu?sedangkan kita kalau orang rembat baju pun dah rasa macam nak mengamuk.soalnya bukan tentang apa yang betul dan salah,tapi mengerti hakikat betapa garis yang memisahkan antara betul dan salah itu terlalu halus.antara hitam dan putih,selalunya ada ruang kelabu.

apa lagi yang mahu dicakap?gua pun dah malas nak sambung.dah,habis.

Tiada ulasan: