Ahad, Mei 06, 2012

Takbolehland

lagi lapan tahun,masuk 2020.dalam pejam dan celik.kita sepatutnya menjadi negara maju,konon-kononnya lah.tapi dalam tempoh lapan tahun tu,agak-agak berapa banyak perubahan yang boleh berlaku?sekarang ini pun sepatutnya zaman alaf baru,zaman internet,zaman orang celik ilmu.tapi pemikiran kita,di taraf itukah?sayangnya,ramai antara kita masih lagi selesa terperap di bawah tempurung.ramai antara kita yang masih kekal dengan pemikiran lapuk.tetap juga senang-senang dimomokkan dengan kepercayaan tahyul bahawa kita tak mampu dan tak harus berubah kerana malangnya,perubahan itu pasti membawa kehancuran-mutlak.tak ubah macam kanak-kanak yang ditakut-takutkan orang tua dengan cerita-cerita hantu dan jembalang.kita terima,kita telan dan kita pegang.

banyak perkara,kononnya yang mahu diperjuangkan.tapi dalam masa yang sama,kita bataskan kemampuan kita dalam segala-galanya.nama saja moden,minda terbuka,tapi masih juga dengan pemikiran 'kita tak boleh buat itu,kita tak boleh buat ini'.hampir segalanya dipatah dan dimustahilkan dari awal,tanpa ada keberanian untuk mencuba terlebih-dahulu.ramai yang masih tak buka mata menyedari bahawa bumi ini takkan jadi bulat kalau tak ada orang yang berani mencari kepastian,manusia takkan boleh terbang kalau tak ada yang berani mencabar kemampuan,dan negara kita pun takkan merdeka kalau tak ada yang berani keluar dari kedudukan selesa 'cukup saja dengan apa yang ada'.sampai bila?segala yang dihulur dan disuap,kita telan.kita berpuas hati dengan asal cukup makan,sedangkan kita tak cuba untuk tahu hak sebenar yang mungkin lebih layak untuk kita dapatkan.fahaman 'syukur' yang dicetak dari zaman lampau dibawa turun-temurun sampai ke alaf ini.pejam mata,tutup telinga,selesa dibuai dengan pegangan sudah memadai asalkan aman,harmoni,hidup tak merempat dan tak perlu kebulur.tak cuba pergi jauh sikit untuk paling tidak pun terfikir,kenapa jurang antara orang kaya dan orang miskin begitu besar julatnya.tak pernahkah untuk paling kurang pun tertanya-tanya,berapa besar pendapatan 'orang atas' sehingga masing-masing boleh hidup dengan begitu mewah?tak pernahkah walau sekelumit,terlintas persoalan macam ni di benak kita?

dari selepas merdeka sehingga ke hari ini,kalau dinisbahkan seimbangkah peningkatan taraf hidup dan pencapaian berbanding dengan kos sara hidup dan harga barang keperluan?ekonomi 'berkembang',banyak pelabur asing masuk berbondon-bondon,tapi yang kayanya siapa?kita,rakyat marhein,berkerja sehari-hari berhempas-pulas,hasil yang kita dapat itu setimpalkah?tak pernahkah kita terfikir?cukai pendapatan,cukai perkhidmatan,cukai tol,dan segala apa saja yang dicukaikan kepada kita,setakat mana pulangan yang kita kecap daripada itu?sehari-hari,ada saja rakyat yang mengemis meraih simpati meminta derma untuk kos perubatan yang hanya puluhan ribu ringgit,tapi mereka di atas sehari-hari sibuk mengeluarkan peruntukan itu dan ini seolah-olah segalanya sempurna.tak pelikkah kalau berbilion boleh diguna untuk bina bangunan,untuk perbelanjaan,tapi peruntukan untuk kebajikan asas seperti itu,tak ada?tak pelikkah bila mereka terlebih sibuk untuk ambil tahu siapa jolok kemaluan siapa,air mani siapa di dalam lubang dubur siapa,tapi kes-kes yang berkait terus dengan masyarakat macam kes simbah asid,kes peserta plkn terkorban,kes banduan merbahaya lari dari penjara,sekadar menjadi kes-kes terpencil?lagaknya,seolah-olah masa depan negara bergantung kepada lubang dubur.adakah ini yang membuat kita rasa kebajikan dan kepentingan kita telah 'didahulukan' dengan penuh keprihatinan?

hakikatnya,gua bukan mahu mengadili.cuma,dalam pada tak kisah,masih juga gua peduli.kita ni dah lama dimomok-momokkan,dikasi untuk sekadar angguk dan geleng tanpa boleh mempersoalkan apa-apa.kita diperbudakkan dengan kawalan dan tapisan itu ini,ditentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.memalukan sehingga di zaman ini,masih wujud mereka yang mahu meminda hatta laporan berita dengan alasan ia tak sesuai untuk tontonan masyarakat setempat.betulkah?serendah itu taraf pemikiran kita sehingga tak boleh menangani kebenaran?sayangnya,ramai yang setuju.ramai yang akur menerima bahawa kita-kita ini masih mentah dan bodoh.kita belum cukup matang untuk keluar dari lengkungan selesa,untuk bersuara,untuk mempertikai,untuk menuntut lebih dari yang diberi.kita masih setahun jagung dan perlu dipantau,dikawal-selia.kita belum pandai menilai,belum pandai berfikir,belum layak untuk buat keputusan dan pilihan tentang apa yang baik atau buruk.malangnya,kita setuju.kita percaya andai kita bersuara,mempertikai dan menuntut lebih hak,malaysia akan huru-hara dan akhirnya semua orang mati.malangnya,malaysia hanya akan aman dan kehidupan hanya akan terjamin kalau kita julang pimpinan yang sama sampai tiba hari kiamat.jangan berani mempersoal.kita harus bersyukur.nasib dan masa depan kita di bumi ini,malangnya adalah di tangan mereka,bukan tuhan.masakan tidak.kalau mereka lebih bijak dari tuhan menentukan undang-undang yang relevan untuk masyarakat semasa,tentu saja mereka mampu menjamin rezeki dan kesejahteraan kita bersama.itulah yang paling masuk di akal.

agaknya sampai bila kita nak terus duduk di takuk yang lama?bolehkah kita berubah?kadang-kadang gua rasa macam dah tak ada harapan.terlalu sempit rasanya salur pemikiran yang ada.setiap percanggahan pendirian,dianggap sebagai tanda perpecahan.bila mempertikaikan dasar,dianggap sebagai mahu tunjuk pandai.memberi pandangan,dianggap sebagai hasutan.segala usul asal saja bertentangan dengan apa yang sedia ada,dipandang buruk dan ditolak mentah-mentah.setiap sesuatu adalah berlawanan dengan pegangan yang pernah dijulang menjadi tak boleh,tak boleh dan tak boleh.segalanya mustahil.pengurangan cukai-MUSTAHIL.pendidikan percuma-MUSTAHIL.penurunan harga minyak-MUSTAHIL.laksanakan hukum hudud-MUSTAHIL.kebebasan media-MUSTAHIL.kehakiman bebas-MUSTAHIL.macam mana mahu buat perubahan kalau semuanya tak boleh dan mustahil?kita terus saja menepis,mencantas,mentongsampahkan buah fikiran dan cadangan yang baru,walaupun ia boleh menguntungkan diri sendiri dan semua itu demi apa?sekadar mahu terus duduk,terima,telan,dan pasrah saja dengan apa yang berlaku.selain dari potongan harga barang sewaktu membeli-belah,'kami tak mahu lebih'.tak payah,cukuplah.kami puas hati membayar bunga yang tinggi bagi pinjaman pendidikan dengan kadar faedah menyaingi pinjaman-pinjaman bank.jangan permudahkan lagi.kami bersyukur.cukuplah.jangan bagi hidup kami lebih senang dan kurang beban.kami tak perlu.

haih..

kita sepatutnya tak lagi ketinggalan zaman macam tu.kita tak duduk di zaman tok kaduk.hari ini,maklumat di hujung jari.luaskan pengetahuan,luaskan ilmu,luaskan minda.sampai bila mahu terus diperbodohkan.disogok dengan pujukan perbandingan,"mereka di sana lebih teruk".maka bersyukur sajalah sekurang-kurangnya kita sedikit lebih baik dari mereka yang lebih teruk.tak perlulah merungut apa-apa.maka mengangguklah semua.apa yang penting,cukup makan dan pakai.apa perlu kisah dengan yang lain-lain?

celik mata dan bangkit.jangan kisah tentang fahaman parti dan kaitkan dengan politik dalam segenap perkara.hak yang dinafikan,tak ada kena-mengena dengan anwar ibrahim.hukum islam dipersenda,tak ada kena-mengena dengan tuan guru nik aziz.kita menuntut hak selaku rakyat dan kita lakukan itu demi diri kita,bukan ambiga,bukan lim kit siang,bukan najib,bukan rosmah,bukan umno,bukan keadilan,bukan pas.lakukan demi diri kita sendiri.sudah masanya untuk kita berubah dan buat pembaharuan.sudah sampai masanya untuk kita buktikan rakyat adalah tuan,bukan untuk dipertuankan.paling tidak,tanya pada akal hatta sedikit saja,sekelumit saja,kenapa secara tiba-tiba dataran merdeka menjadi 'tanah suci' yang tak boleh dipijak dan perlu diperisai dengan bermati-matian?apakah agaknya kesan kalau ia dibenar untuk diguna?akan tercetus perang dunia dan semua orang mati,atau sekadar tiada alasan bagi 'mereka' nak mengepung dan menghalau,menyembur gas pemedih mata dan mencetus rusuhan?ia akan menjadi misteri yang tidak pernah terbongkar sebab kita takkan tahu,tak pernah diberi peluang untuk tahu dan tak pernah mahu cuba tahu selama kita terus selesa sekadar duduk di rumah mengangguk dan menggeleng,mencemuh mereka yang setidak-tidaknya berani melakukan sesuatu dalam usaha mahu membawa perubahan.

Tiada ulasan: