hatta kalau gua mahupun,mana mungkin gua mampu jadi orang lain.inikan pula,gua memang tak mahu.hakikatnya,macam mana,untuk gua sebagai gua nak berbicara dengan penuh kelembutan,kehalusan,mengguna bahasa yang membelai membuai,sebagai cara menyampaikan rasa ralat di hati?setiap orang punya cara masing-masing.takkan boleh sama.bukan soal nada suara,tapi kata-kata.dan gua memang dah lama tahu,walaupun gua mungkin dalam senarai manusia paling berlembut dan berhalus bila bercakap,kata-kata yang keluar dari mulut gua selalunya tajam dan pedas,walau ketika gua tak bermaksud untuk menjadi tajam dan pedas.gua selalu kedengaran sinis,atau kelihatan sinis.
gua sedar gua bukan orang yang cukup bertamadun dan berhikmah.gua bukan pakar 'diplomasi'.gua kurang pandai malah memang tak pandai pun nak mengamalkan dasar kita mestilah selalu menghormati hak dan pandangan orang lain untuk bersikap matang dan terpelajar.mungkin sebab gua anggap itu bullshit.rata-ratanya,sekadar berlakon.susah untuk gua percaya sebagai manusia biasa kita tak pernah rasa menyampah pada orang tanpa sebab-sebab yang kukuh.memang susah untuk gua percaya kita tak pernah rasa macam nak lempang saja muka seseorang sebab bodoh gila atau rasa nak memaki,mencarut.pada gua,memenatkan sepanjang masa nak jadi encik/cik/puan yang budiman.kita sebenarnya tak adalah budiman mana sangat.lebih banyak kepada buat-buat budiman,supaya tak dipandang 'kurang terpelajar',tak 'luar kotak'.walaupun luar dari kotak hanyalah sebuah lagi kotak yang lain.
sepanjang waktu-waktu kehidupan ni,tipulah kalau gua tak belajar sikit-sebanyak tentang resam masyarakat.ada batas untuk jujur,tambah-tambah bila 'berkawan'.kadang-kadang kita perlu berpura-pura untuk mengelak dari menyinggung hati 'kawan-kawan'.tapi,sampai ke mana?dalam pada kita cuba menjaga,membataskan diri,hanya sekelumit rasa sentap sudah mampu membuat mereka berpaling daripada kita.maka sebab itu ia adalah di luar kemampuan gua.gua tak dapat nak sentiasa berhati-hati mengawal dan menjaga segala-galanya.gua dalam keadaan terbaik bila gua lakukan apa yang terdetik di hati tanpa banyak beragak-agak.ada manusia peranannya untuk menjana perancangan jangka panjang.ada pula manusia peranannya adalah untuk membuat keputusan yang serta-merta.gua adalah manusia jenis kedua.gua perlu jadi spontan sebab gua memang spontan dan gua terbaik bila gua jadi spontan.atas sebab itu,perjalanan gua dipenuhi dengan tindak-tanduk tak dirancang yang tak boleh tidak kerap 'merempuh' orang-orang berdekatan.maka sebab itu sebenarnya gua lebih sesuai bergerak sendiri.sebab gua tak ada pihak dan tak ada aliran.hari ni gua sokong lu dan hentam lawan lu.esok-lusa mungkin gua sokong lawan lu dan hentam lu pula.
gua tak hidup untuk memang sengaja nak seronok menanduk orang sini-sana.seikhlas hati,tak ada apa-apa yang peribadi.gua tak membenci orang,tapi membenci perbuatan.cuma,memang susah nak harapkan sesuatu benda tak jadi peribadi bila ia melibatkan peribadi orang.lumrah manusia untuk terasa,tersinggung dan seterusnya menganggap ia peribadi.gua memang kalau boleh nak jaga dan elak dari berlaku macam tu tapi gua pun bukan baru lahir semalam,bukan tak tahu ia mustahil.akhirnya,terpaksa akur juga.yeah,what the heck.lu nak suka gua ke lu tak nak suka gua ke,itu bukan kuasa gua nak kawal.gua tak boleh paksa orang untuk suka gua dan gua juga tak boleh halang orang dari tak suka gua.all i can do is to be myself.it's either u like it or you don't.gua tak mampu,dan tak sanggup nak hidup terpaksa terus berjaga-jaga dan sentiasa 'kontrol ayu'.screw that.hakikatnya gua pun dah lama sedar gua bukanlah manusia yang mesra manusia.never was,never am,and most probably never will be.jadi itu yang terbaik.sekurang-kurangnya gua tahu mereka yang setia bersama gua walaupun dengan segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri gua,adalah mereka yang benar-benar menerima gua dalam keadaan seadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan