Sabtu, Mei 19, 2012

Halimunan-Separa-

mengelak dari 'hebahan murahan',gua sekarang kembali menjadi pembaca bisu,kecuali di blog mereka yang gua tahu,adalah kawan dan takkan menyalah-ertikan nawaitu gua.bercakap tentang menghakimi orang lain,pada gua apa yang agak mencuakkan adalah apabila orang membuat penilaian dengan melihat hanya 1% daripada kesuluruhan isi bentuk sesuatu.itu bukanlah benda yang bijak,setidak-tidaknya pada gualah.

apapun,gua hanya kembali kepada keadaan yang gua kira lebih sesuai untuk gua.hatta di dunia sebenarpun gua sememangnya pendiam dan 'low profile'.gua tak mahu dikenali,diikuti.apa yang gua mahu hanyalah orang yang 'mengerti' dan melihat dengan pengertian.mungkin terlalu sempurna,gua tahu,tapi pokok-pangkalnya tak pernah dalam hidup gua rasa berminat untuk menonjol dan menjadi perhatian ramai.kerana itu gua duduk di 'luar dunia','di 'alam lain',dan berpuisipun hanya di tempat 'sampah-sarap'.gua duduk dalam gelap,dalam hitam,di kawasan yang sunyi dan terpencil.

mungkin boleh dikatakan gua hanyalah melarikan diri dari menghadapi masalah.tapi setiapkali gua didekati oleh 'masyarakat umum',mereka akan menyalah tafsir diri gua dan mahu 'memperbaiki' gua.gua letih dari kecil disuruh menjadi 'normal'.normal tu macam mana?gua selalu diberitahu menjadi diri gua adalah salah.gua perlu bergaul terbuka dengan orang,gua perlu hidup bermasyarakat,gua perlu mempunyai cara berfikir yang begini dan begitu,bukan begitu dan begini.gua patut bersikap lebih ceria.gua patut bersikap lebih mesra.gua tak perlu berfikir kenapa sehari ada 24 jam,tapi terima saja sehari memang ada 24 jam.dan gua habiskan zaman kanak-kanak sampai ke remaja malah ke hari ini dengan manusia berterusan cuba mengorek dan membongkar mencari 'masalah' gua,seolah-olah gua nampak sangat tak kena.gua hadapi benda ni sejak dari gua ada daya ingatan.perhatian-perhatian yang gua tak minta,yang kemudiannya hanya untuk menghentam gua bila mereka tak suka apa yang mereka lihat.

gua tahu dan sangat-sangat sedar kita tak boleh buat semua orang suka pada kita.itu naif.walau kita dah sesempurna manapun kita rasa,tetap juga ada yang akan benci.disalah-erti,disalah-tafsir,itu lumrah.kita tak boleh kawal dan tak boleh halang.tapi menyukai dengan mengakui,dua perkara yang berbeza.tak perlu suka dan setuju,tapi memadai kalau akui sebuah dunia di mana semua orang adalah sama merupakan khayalan yang nyata.sebuah dunia di mana semua orang mempunyai pendapat yang sama dalam setiap perkara,adalah kemustahilan.suka atau tak suka,kita tak perlu kecewa bila ia adalah soal pandangan peribadi.melainkan kalau ia menyentuh soal akidah-yang mana pelik bila bab ini ramai yang beranggapan perlu 'menghormati hak masing-masing'-,atau dalam perkara yang mana pandangan itu boleh mempengaruhi nasib dan masa depan orang lain.selain dari itu,kenapa perlu kecewa?kecewa kerana pandangan peribadi seseorang tak selaras dengan pandangan peribadi kita?dan itu dikatakan matang?senaraikanlah hujah bijaksana yang berbuku-buku,tak ada apapun tentangnya yang bijak kalau tujuan bersikap bijak adalah tak bijak.macam mana mahu serlahkan kematangan kalau tujuan nak menyerlahkan kematangan itu sendiri pun sudah tak matang?

i can go on and on and on with this.tapi gua rasa pergi makan mungkin lebih baik.gua lapar.
      

Tiada ulasan: