Sabtu, April 21, 2012

Angguk-Angguk

kadang-kadang gua rasa macam kagum gila.rasa takjub dan tertanya-tanya macam mana setiap kali ada apa usul yang secara munasabahnya menguntungkan rakyat mesti ramai gila juga yang bagai nak rak membantah?apa yang ada dalam pemikiran mereka?atau mungkin,mereka memang terlampau baik dan berhati mulia?hmm.kagum,kagum.gua sampai hari ni masih cuba mencari di mana perkaitan wajar antara 'bersyukur terhadap nikmat Allah' dengan 'ikhlaskan hati membayar cukai kerajaan yang bermacam-macam sambil tumpang bahagia melihat mereka duduk di mahligai mewah,mengadakan majlis harijadi yang perbelanjaannya cukup untuk menampung kehidupan beribu keluarga miskin,membeli cincin berpuluh juta dengan 'duit simpanan peribadi',kemudian pejam mata saja dengan kepincangan-kepincangan yang walau dah pejam mata pun masih boleh nampak kerana terlalu berlambak-lambak'.adakah kesimpulannya,bersyukur terhadap nikmat Allah=menjilat bontot kerajaan?

angguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk ikut telunjuk iya iya saya saya kiri kanan ikut saja.ingat pesan atuk tau,sabar.jangan lupa kita perlu 'bersyukur'.