Isnin, Disember 12, 2011

Peralihan

apa yang berlaku sebelumnya buat gua rasa macam duduk dalam botol.lemas tak boleh bergerak.gua bukan orang yang mudah putus asa tapi antara putus asa dengan menerima kenyataan dua benda yang berbeza,kan?setiap orang ada takdir dan cuba lari daripada takdir tu yang memenatkan.gua fikir,mungkin kalau gua akur saja dan berhenti melawan akan jadi lebih mudah.sebab rasanya macam gua mendera diri sendiri.terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang tak tercapai seolah-olah gua mencangkul angin yang sampai bila-bila takkan ada hasil.

kadang-kadang gua tak faham.kenapa perlu jadi rumit sangat sedangkan soalnya hanya mudah.gua jadi duduk di pertengahan....bukan pertengahan,tapi lebih tepat terawang-awangan.memilih tuntutan hati salah,memilih tuntutan akal pun salah.gua tak boleh memilih mana-mana.bukan tak dapat,tapi tak boleh.gua tak boleh berada di kanan,tak boleh berada di kiri.jadi gua memang tak faham.macam mana gua cuba nak faham pun,gua masih tak faham.kat mana munasabahnya?dalam memilih yang terbaik,kenapa mesti pengabaian dan membutakan hati itu yang dijadikan sebagai penyelesaian?gua kelemasan di sini dan adakah itu yang sepatutnya membawa kesejahteraan bersama?

gua tak tahulah.gua rasa memiliki perasaan istimewa terhadap seseorang itu adalah sesuatu yang bermakna.bukan tiap-tiap hari kita mampu rasa macam tu dan bukan semua orang boleh buat kita rasa macam tu.sayanglah kalau dibuang-buang dan dibazirkan.peluang yang tak selalu berlaku.bukan setiap masa kita jumpa orang yang mampu buat kita rasa bahagia,teruja,ceria,mahu selalu bersama,mahu terus bersama,dan hanya membayangkan dia menjadi milik orang lain sudah buat kita jadi resah-gelisah.itu perkara yang ajaib pada gua.menjumpai orang yang buat kita rasa benda paling comot pada diri dia pun sesuatu yang comel sangat-sangat dan dia melihat benda paling comot pada diri kita pun sesuatu yang comel sangat-sangat.gua tak alami benda macam ni tiap-tiap hari.bukan tiap-tiap hari ada lelaki yang mampu buat gua nampak melepasi rupa dan gaya dan hanya memuja setiap kelebihan,keistimewaan,sehingga gua boleh bayangkan hidup di sisi dia untuk esok dan esok selepas esok,sebanyak mana esok yang mungkin ada esok.kemudian bila jumpa,gua kena biarkan berlalu.membazir gila!dalam orang lain susah-susah nak dapatkan kesempatan bersama,kita pula senang-senang saja lepaskan kesempatan yang ada dalam tangan?bodoh tahu tak,bodoh.

tapi apapun suka tak suka hidup kena berpijak di bumi yang nyata.bukan macam dalam cerita dongeng.tak ada pari-pari,tak ada kereta kuda labu,tak ada kesudahan bahagia selama-lamanya dihampar depan muka pintu.dua orang yang tepat untuk satu sama lain pun akan jadi salah kalau bertemu tak kena dengan masa dan keadaan dan malangnya untuk selaraskan semua tu bukanlah atas kuasa kita sebaliknya harus bersandar kepada takdir dan ketentuan tuhan.yang kita mahu tak tentu kita dapat.yang kita dapat tak tentu kita mahu.berontak jiwa yang menentang semua itulah yang selalunya mengundang penyeksaan.

mengalah bukan bermakna kalah,kan?usaha dan tenaga gua dah banyak dihabiskan dalam tempoh yang lebih awal sebelum ini.jadi gua tak mampu untuk menjadi lebih kental dan lasak seperti dulu-dulu,seperti kali pertama.tak sanggup gua membayangkan berada dalam perang yang panjang sekali lagi.gua bukan lagi budak belasan tahun macam dulu untuk terus mempertaruhkan masa berjudi dengan sesuatu yang tak pasti.gua tak boleh terus memegang angin,menunggu buah yang tak jatuh sambil membiarkan kehidupan berlalu meninggalkan gua dengan laju.

sedih memang sedihlah.tak pernah suatu kehilangan yang bermakna itu tidak menyedihkan.tapi sudah sampai di peringkat ini,gua juga sudah kehabisan asa untuk mencuba apa-apa.gua tak ada pilihan selain melupakan sahaja kerana ini takkan berkembang ke mana-mana.gua tak boleh terus mengharapkan orang yang lebih rela menghabiskan masa dalam penafian daripada menghadapi gua dan membuat keputusan.gua tak sanggup.mana mungkin gua serahkan pada waktu untuk menentukan segala-galanyanya bila kitalah  yang sepatutnya perlu berusaha menentukan kehidupan kita sendiri.jadi,gua setelah gua fikirkan masak-masak,gua putuskan untuk bersetuju dan menerima.bukan kerana keterpaksaan atau kekecewaan,tapi memberi peluang kepada diri menyusuri jalan baru dalam kehidupan.cintakan dia yang mencintai kita,kan?harap-harap dipermudahkan.


semoga semuanya berjalan dengan baik.

2 ulasan:

:: Wiween :: berkata...

gua doakan semua yg baik untuk gina. u deserve to be happy. =)

broken_nigina berkata...

terima kasih cikgu.hehe..