"kenapa dengan sikap kita yang selalu suka meminjam dari orang
lain?sebelum melulu mentafsir,biar gua cakap dulu tak semestinya bila
gua persoalkan kenapa perlu meminjam bermakna gua anggap tak boleh
langsung.dalam sesetengah keadaan,kita masih perlu meminjam tapi apa
yang gua hairan,kenapa hampir setiap masa kita lebih suka meminjam dari
orang lain?bukan dalam penggunaan bahasa semata-mata tapi dalam banyak
lagi perkara lain kehidupan.baik pemakaian,pemikiran,gaya hidup dan
macam-macam.ia seolah-olah kita secara tidak langsung mengakui bahawa
apa yang kita ada adalah tidak cukup hebat.dekat situ letak wajarnya gua
kaitkan kepada jati diri.sesuatu dalam minda yang buat kita rasa lebih
menarik kalau mengambil ciri-ciri orang lain.gua rasa,pada gualah,kita
patut lebih yakin dan tak perlu terlalu berlebihan mencedok dari luar."
365
-
....
....antara khayal dan sedar
sekian kali
tiga ratus enam puluh lima
satu kembali
(03/01/2018 11:12 pm)
7 tahun yang lalu
1 ulasan:
apa kata kalau kita mulakan dengan diri kita..
:)
Catat Ulasan