Selasa, Disember 13, 2011

1689

bila kita nampak macam memiliki segala-galanya tapi hakikatnya hidup kita  tak adalah seronok mana dan orang tak percaya bila kita cakap hidup kita tak adalah seronok mana,rasanya memang tak seronok mana.kedukaan,kekecewaan,kegagalan,tak pernah peduli pada rupa,pada harta,pada kedudukan.

masa kecik-kecik orang cakap gua budak comel,budak baik,budak pandai tapi masih juga kena sebat dengan tali pinggang,kena makan penampar,kena belasah dengan paip getah,kena hentam dengan penyapu,kena halau keluar rumah,kena tidur tepi jalan.bila dah besar orang cakap gua cantik konon-kononnya gua ramai peminat tapi masih juga selalu kena tinggal,selalu makan hati,selalu gigit jari.ramai-ramai lelaki yang cakap gua cantik,comel,manja,'lain daripada yang lain',memikat,mengkhayalkan,asli,bla bla bla(wek wek wek),sudahnya diorang pilih perempuan lain jugak yang biasa-biasa bukannya gua.hatta pakwe gua daripada tingkatan satu yang gua sayang gila-gila pun boleh pergi kahwin dengan perempuan lain lepas gua tunggang-langgang bagai nak rak berkorban macam-macam bercinta 12 tahun.kah kah kah.punyalah susah nak dapat sampai 17 tahun sudahnya tak menjadi jugak putus jugak akhirnya.

bab belajar pun nak dapatkan diploma sekeping tu gua kena habiskan masa sampai 9 tahun.kena tendang,kena masuk balik,kena berhenti,kena mula balik,kena ulang kertas,kena tambah elektif,sambil-sambil kena ulang-alik tidur hospital tiap-tiap malam jaga ayah sakit,lepas tu sampai ayah gua mati,lepas tu dengan mak-mak gua sekalipun mati sama.paling seronok lepas dah penat-penat 9 tahun bersusah-payah nak habis,bila habis tak ada sesiapa pun gua nak tunjuk nak bangga.punyalah bertuah.itupun ada juga orang nak cakap,"awak tak apalah awak hidup awak senang tak pernah rasa bla bla bla bla bla bla bla...."jadi ya kan sajalah cakap orang.ketawa sudah.manusia dan andaian mereka,kan?







-
-
-
-




//tapi jujurnya gua memang rasa hidup gua 'seronok' dengan keseronokan yang tersendiri.sebabnya latar-belakang dan pengalaman adalah apa yang mencorak jiwa kita hari ni dan gua,tak sanggup membayangkan menjadi orang lain selain daripada siapa diri gua sekarang.
             

7 ulasan:

deaf berkata...

not everyone have a conscience. I believe you do.
and not everyone have a past, that kalo Yusof Haslam pun cakap tak boleh buat filem/tv series, pasal dia cakap tak logik la.

ghost berkata...

so pathetic..

lau macam tuh,kau teruskan rasa tuh.

broken_nigina berkata...

deaf-:)

ghostwriter-gua tak nampak apa yang pathetic dengan santai menerima kehidupan dan rasa bersyukur dengan pengalaman lepas.boleh terangkan?

Sang Harima berkata...

Peh, gua berborak dengan akak yang strong rupanya. Segan pulak rasanya.

cLina BeLedZa berkata...

masa mula2 msuk gomen waktu sesi bualmesra, seorang kakak cakap gini 'sebenarnya susah jadi orang cantik ni'
huhh.

~* chirpy_chummy *~ berkata...

kau sgt kuat. jgn pernah kecewa dgn Tuhan.

broken_nigina berkata...

sang harima-strong la sangat.;p

sis clina-huhu..

c_c-tak pernah..insyaallah..:)