Jumaat, November 18, 2011

Sementara

rindu tu manis sangat ke?tapi kalau manis banyak sangatpun boleh jadi muak.terlalu kerap tak buat apa-apa hanya duduk melantak rindu,lama-lama naik mual.macam melantak makananlah.sikit-sikit,sekali-sekala,nikmat.tapi kalau terlampau banyak dan kerap,boleh muntah.lama-lama yang manis boleh jadi kelat.bukan,bukan kelat.jadi tawar lebih tepat.hilang rasa,hilang nikmat.apa yang mengujakan,jadi hambar.apa yang melukakan,jadi jemu.peralihan dari merasa segala macam emosi yang bercampur sekaligus kepada tak merasa sebarang emosi langsung.ia tak berlaku sekelip mata,tapi ia berlaku.satu perkara tentang benda halimunan,lama-lama kita akan rasa sukar untuk memutuskan ia wujud atau tidak.lama-lama,ia hilang sendiri.benar-benar hilang.kesilapan kita,yang menganggap seseorang di sisi itu akan sentiasa ada selama-lamanya. 
 

Tiada ulasan: