Rabu, November 16, 2011

Basi

duduk melangut seorang diri tanpa buat apa-apa dengan perasaan yang tak menentu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sangat.malah tak menyeronokkan langsung.tapi apa pilihan yang gua ada.macam ni sajalah.gua bertahan dan cuba sedaya-upaya untuk kekal tenang.kawal emosi mengelak dari dikawal emosi.tapi bercakap pasal emosi,apa sebenarnya emosi gua sekarang?gua sendiri pun tak tahu.gua tak mampu tafsir,yang membuatkan minda gua jadi kosong.hanya memandang ke depan cuba untuk menyusun atur letak duduk keadaan.memang tak menyeronokkan.bersendirian dalam perasaan tak menentu tanpa ditemani apa-apa dan punya masa seluas-luasnya untuk duduk melayan fikiran-bukan yang manis-manis,pastinya.marathon memori-memori pahit.

tapi gua cuba untuk kekal waras dan terkawal.seperti yang selalu mereka-mereka kata,gua kuat.ya,gua kuat.apapun jadi,gua kuat.walau rasa nak rebah,nak terlentang,gua tetap kuat.jadi gua perlu cari jalan untuk kekal berdiri-walau ketika gua mati.mahu berpaut di mana?bersandar di mana?cuma ruang kosong yang lengang selengang-lengangnya dan gua tak punya sesiapa di sisi saat ini.gua kabur dan samar sebenarnya.mana mahu tuju dari sini?apa akan berlaku seterusnya dari hari ini?

merenung realiti buat gua sedar betapa menyedihkan kehidupan yang gua lalui.it's pathetic.gua tak punya kehidupan selain menghabiskan hidup yang ada hanya kerana,gua masih hidup.gua tak sedar,gua dah ter'mati' di suatu masa dalam hidup.seperti sebuah siri televisyen yang terlalu panjang terus disambung setelah ia sudahpun melepasi klimaks.gua dah anti klimaks.terlalu tua dan basi,sudah tak ada cerita.gua dah jadi hantu.hantu kepada diri sendiri.

gua cemburu bila melihat orang lain sibuk dengan kehidupan masing-masing.waktu-waktu yang buat gua rasa sangat kecil dan menyedihkan.gua harap,mahu punya sesuatu juga untuk disibukkan dan gua sedar yang gua tak punya apa-apa.jauh hati,bukan kerana sunyi dan terbiar.jauh hati kerana hakikatnya,kehidupan gua kosong.gua perlu mereka untuk buat hidup gua terisi,sedangkan mereka perlu kosongkan ruang dalam hidup mereka untuk gua isi.nisbah yang tak sama.kadang-kadang gua tak tahu mahu mencelah di mana.buat gua hanya berdiri di luar dan menyedari gua hanyalah sebahagian kecil daripada begitu banyak elemen lain yang memenuhi hidup mereka.gua rasa kerdil.gua rasa terlalu kecil dibandingkan setiap permasalahan lain yang mereka hadapi sehari-hari.

namun ini,cuma permasalahan hati gua yang peribadi.bukan untuk dilega dan digulakan.hanya sesuatu yang kita tahu tak logik tapi masih kita rasa yang ada pada diri setiap manusia.ia ditapis oleh rasional.gua masih tahu bersyukur dan masih tahu menghargai nikmat yang tuhan bagi.

hmm..dari gua terus meracau bukan-bukan macam ni,lebih baik agaknya kalau gua pergi tidur saja.sekali lagi dalam percubaan memaniskan hakikat yang tawar-hambar,semoga esok akan jadi lebih baik.hidup mesti pandai menipu diri sendiri,kan?harapan adalah unsur yang mendorong manusia untuk terus hidup.walaupun jauh dalam hati gua tak rasa gua berharap apa-apapun........cipta ilusi dan jadikan ia kebenaran.tentang cahaya di hujung infiniti.~senyum
        

1 ulasan:

ghost berkata...

kekalkan kewarasanmu.

,mental mesti kuat meh..