Khamis, November 17, 2011

Bahasa Melayu

tak hebat sangat ke kalau menulis guna bahasa melayu yang sebenar bahasa melayu?orang-orang zaman sekarang ni,entah apa-apa perkataan,istilah karut-marut yang diguna-pakai.lama-lama tengok jadi naik menyampah.kenapa,kalau guna perkataan yang bunyi pelik dan berbelit buat lu orang rasa lebih canggih ke?ikhtiar pergi korek perkataan orang putih untuk dimelayukan macam dah tak cukup sangat perbendaharaan kata bahasa melayu.kadang-kadang entah apa kejadah perkataan yang diguna pun gua tak tahu.canggih sangatlah agaknya.mengarut betul.jati diri beb,jati diri.dah lah budaya,pemikiran,pemakaian,barang-barang,wayang,rancangan tv semua pun cedok tiru orang putih,penulisan dan perkataan pun nak cedok habis-habis orang lain punya jugak.mentaliti "kalau guna barang import barulah hebat" yang masih membelenggu kita-kita.gediklah.gua tengok dah nak lebih kurang tarafnya dengan budak-budak spastik yang mengeja "takpew" "windu" "owh yer kew".macam bagus.boleh blah.

16 ulasan:

↻ fa_ berkata...

hai broken nigina.

dah lama tak baca karya kau. haha

nur maisarah berkata...

saya suka bahasa melayu :)

M. Faiz Syahmi berkata...

cc : mana-mana yang berkaitan.

Kahkahkah!

:: Wiween :: berkata...

gua paling x suka if perkataan ditambah w kt blkg tu..jew..kew..apew. heeee.

Tanpa Nama berkata...

sedangkan faizal tehrani mengambil perkataan sorga dari mengunakan perkataan syurga. bahasa sebenar bahasa melayu? pengunaan 'gua-lu' dan perkataan 'mentaliti' telah menunjukkan kamu macam meludah diri sendiri.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. pasal cedok dari perkataan barat tu, biar saya terangkan sejarah bahasa melayu kembali. Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris. (dari wiki)

dan soalan saya sekarang, apa maksud kamu bahasa melayu yang sebenar bahasa melayu?

Päk Läng berkata...

tak habis2 'melayu'...ohoiii

Jef Hadi berkata...

Macam marah Tanpa Nama ni. Elok juga letak nama. Senang sikit nak dirujuk ke apa.

Hi Broken Nigina. Hi-5!

Aku semacam satu kapal, kadang-kadang bosan juga bila segalabenda dalam bahasa melayu ni di-inggeris-kannya. Boleh kena sawan babi aku. Kadang benda gini, sampai boleh hilangkan terus pemahaman kita pada perkataan asal.

Err.. merepek.

Kbye/

ghost berkata...

mengkritik sesuatu harus belajar dari sejarah.bukan kerna rasa menyampah.

tulisan kau hebat tapi sangat mengecewakan. :)

broken_nigina berkata...

en.ghost,sebelum terjun ke situ,anda faham ke apa sebenarnya isu yang gua pertikaikan kat atas?apa yang anda cakap,gua pulangkan balik.en.ghost seorang yang bijak dan hebat,tapi komen ini sangat mengecewakan. :)

zinesatumalam berkata...

Hai, broken nigina.

Aku rasa aku faham entri kau ni. Rasanyalah.

Aku tak rasa kau maksudkan perkataan bahasa melayu yang meminjam perkataan bahasa inggeris seperti telefon, mesej dan sebagainya. Dan aku tak rasa juga kau maksudkan perkataan bahasa melayu yang meminjam perkataan bahasa indonesia seperti sorga, bisa, dan sebagainya.

Aku rasa yang kau maksudkan perkataan bahasa inggeris yang dimelayukan dengan ejaan yang bukan bukan sesuka hati, dan penggunaannya yang tak kena tempat. Misalnya perkataan "hiuman" bagi menggantikan perkataan human/manusia. Atau perkataan "dabel" untuk double, atau dua kali ganda. Ya, aku juga kurang senang dengan pemilihan perkataan ini walaupun kadang kala aku tidak terlepas daripada menggunakannya. Dan sekarang ini yang popular (mohon pinjam) penggunaan perkataan homosapien. Aku tidak pasti samada ianya betul atau salah, tapi tetap merasakan perkataan manusia lebih mesra.

Tapi meminjam perkataan daripada bahasa lain selain daripada bahasa melayu tidak salah pada pendapat aku jika kena pada tempat. Misalnya perkataan epifani, trankuiliti dan sebagainya.

ah sangat panjang, jadi secara ringkasnya kalau betul apa yang aku faham, aku setuju dengan kau!

zinesatumalam berkata...

oh btw, aku zoul zombie.

zinesatumalam berkata...

"btw" juga aku mohon pinjam!

broken_nigina berkata...

terima kasih kerana faham dan tak terjun dengan kesimpulan melulu.pengertian anda dihargai seikhlasnya.

Abang Zam berkata...

tuan admin belog ini betul. jangan kondem. nanti kena bahan balik.

*sedang pikir ayat yg menyenangkan hati

broken_nigina berkata...

ya 'terimakasih' abang zam.

Tanpa Nama berkata...

salam satu agama, satu bangsa, satu negara.

diteruskan kepada isi.

perkataan infra merah misalnya merujuk kepada infrared yang merupakan satu teknologi yang semestinya dicipta oleh mereka yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama. perkataan tersebut dimelayukan tetapi masih menggunapakai bahasa asalnya iaitu 'infra'. begitu juga dengan bluetooth misalnya. jika dimelayukan menjadilah gigi biru yang pastinya hanya dapat diperolehi apabila mengunyah gula-gula yang mempunyai pewarna biru sebagai pewarna tambahan.

mengapa bahasa sanskrit mati? selain kerana sebelumnya hanya dipelajari oleh golongan aristokrat sahaja, bahasa tersebut juga tidak berkembang.

lebih mudah lagi, jika bahasa kita, bahasa melayu menghentikan terus penggunaan bahasa inggeris yang dimelayukan, pasti bahasa kita akan mati juga, kerana bahasa kita ketinggalan dengan arus pesat teknologi. akan matinya bahasa kita kerana tidak ada perkembangan ataupun tambahan perkataan seiring dengan arus perkembangan semasa.

ataupun, dimaksudkan dengan sesetengah perkataan seperti famili yang merujuk kepada family, atau dabel yang merujuk kepada double yang sering digunakan hari ini. pasti, ada juga rasa tidak senangnya dengan penggunaan sedemikian, cuma barangkali mereka mahu kelihatan sedikit mesra.

difahami tujuan entri ini, tetapi, sedikit sebanyak seperti kata bisk/ghost, mengecewakan.

alang-alang mahu berjuang, biar berjuang kena dengan caranya. alang-alang mahu berbahasa, biar guna bahasa dengan sempurnanya.

maaf andai tersinggung, maaf jika tersalah bicara kerana kita manusia masing-masing tidak pernah sempurna.

oh, saya maCy. sebelumnya pernah juga menjadi ska.