Khamis, Oktober 06, 2011

Merdeka

sebenarnya,gua tahu dan gua faham.malah lebih dari tahu dan faham.rasional gua masih bertunjang di kepala.atas itu,gua senyum saja.berada di kedudukan yang tenang dan aman.dari sini,gua melihat lebih.kerana itu gua tak marah dan terus bersahaja.gua tahu hari hujan,gua nampak kilat,gempita dan segala bencana yang ada yang memusnahkan dunia kecil gua namun gua memilih untuk tetap tersenyum dan malanglah bagi yang tak mengerti.gua tersenyum tak mengendahkan segala kepincangan dan kemusnahan bukan kerana gua butakan mata dari melihat kebenaran tapi sebaliknya,gua melihat dengan jelas dan kerana itu gua tenang.gua menerima seadanya,sebenarnya.tak mungkin gua dapat halang bencana yang dah melanda dan penerimaan itu,buat gua sedar tak ada bezanya kalau gua menjeruk rasa lemah bersembunyi di dalam rumah yang sememangnya telah runtuh atau gua berlari ke luar sana menikmati setiap detik yang masih ada.

apa yang berlaku,apa yang ada,takkan berubah dan gua juga tak berharap ia akan berubah.ribut tetap meranapkan segala-galanya,tak mampu dihalang tapi gua pilih untuk harungi dengan hati yang senang.kepayahan membuktikan kepada diri sekuat manakah kita sebenarnya dan semua ini,tak lain adalah untuk diri gua sendiri.menerima kekalahan,dan masih kuat untuk tidak menafikan kebenaran.kebenaran yang ada di dalam diri.seperti pelari marathon yang ketinggalan beberapa pusingan dan tahu takkan menang,tapi masih meneruskan larian hingga ke penamat.bukan tentang melawan ribut dan menunggu pelangi di hujung hujan.bukan tentang memaksa diri meraih kemenangan yang mustahil.tapi tentang menerima ketidakupayaan,dan tak lari dari menghadapi hingga ke akhirnya.ini adalah diri gua.never a quitter.it has nothing to do with you,or you,or you or you or anybody.this is for me.ini adalah kebebasan sebenar bagi gua dan gua akan terus membebaskan diri gua sendiri.jauh dari ketakutan,kebimbangan,harapan dan jangkaan.jauh dari tekanan.jauh dari kepalsuan.gua merdeka.merdeka dari penafian.
        
dan walaupun gua sedar zahirnya gua kalah,tapi gua tetap tersenyum kerana gua tahu gua masih menang.
                                        

1 ulasan:

ghost writer berkata...

bak kata Vince;tiada siapa yang pengalah!haha