Ahad, Oktober 30, 2011

Matematik

dulu,waktu awal-awal gua menulis di blog,gua rasa lebih bebas menulis apa yang gua mahu dengan cara yang gua mahu.lantang dan mungkin juga celupar tapi pada gua,itu cara gua.jujur dan terus-terang menyuarakan apa yang bermain dalam fikiran.kadang-kadang,untuk sampaikan isi yang tepat memang kita perlu cakap tepat tanpa banyak basa-basi berlapik berkias sebab kebenarannya,orang-orang kita ni ramai yang lembap.kalau tak kena tepat atas muka,mereka takkan faham bahasa.tapi biasalah.kebenaran itu pahit.sebab pahit,ramai yang tak mahu telan dan antara penafian paling klise yang manusia gemar gunakan sebagai hujah bela diri untuk menidakkan kelemahan yang ada ialah menggunakan gelaran 'judgemental' kepada pihak yang menyelar mereka.tipikal dan sangat-sangat tipikal.kita,masyarakat malaysia ni memang sangat sensitif dan 'defensive'.daripada mencermin diri sendiri dan buka mata dengan cemuhan orang,kita lebih senang mencemuh kembali orang yang mencemuh diri kita.

gua dalam hidup,sukakan pendekatan terus-terang dan ada teman yang pernah cakap,gua ni radikal.tapi jujurnya,apa lagi cara yang lebih baik untuk mengatakan seseorang itu bodoh selain daripada mengatakan mereka bodoh?pada gua,itu bukan penghinaan atau cemuhan.ia hanya seringkas menyatakan sifat sebenar sesuatu sebagaimana sifatnya yang sebenar.pun begitu,gua sebagai pengikut utama blog gua sendiri menyedari dari masa ke semasa cara penulisan gua kat sini juga turut berubah.daripada penulisan cara pasar gaya menaip sms berbual dengan kawan-kawan ia menjadi lebih 'buku' walaupun masih kekal tak mengikut sususan ayat buku sepenuhnya. Kalau gua mahu menulis dengan susunan ayat yang lebih skema sebegini, gua boleh saja buat seperti di pecahan blog gua yang lain tapi gua tak mahu.maka sebab tu gua masih kekal menulis macam ni sebab dari asal gua bayangkan menulis di dariluardunia seperti menulis kepada kawan-kawan peribadi,bukan mengarang buku jauh lagi menulis kepada cikgu bahasa melayu untuk mendapatkan markah.tapi masih,bahasa gua menjadi lebih serius dan skema dari masa ke semasa dan itu mungkin perubahan yang biasa saja.gua 23 waktu awal-awal menulis kat sini dan sekarang gua 29,bakal 30 hanya beberapa bulan saja lagi jadi lumrah saja kalau ayat dan bahasa semakin serius cuma,perubahan yang kurang enak pada gua ialah,gua juga menjadi semakin 'sopan dan berlapik'.

gua ni bukanlah orang yang mahir berkawan malah sifat sangat kurang bersosial gua di dunia sebenar terbawa-bawa sampai ke dunia maya.berkawan dengan orang tak pernah jadi keutamaan gua dari dulu sampai sekarang yang juga menjelaskan kenapa gua malas nak berfacebook-facebook segala.buat mereka yang kenal gua daripada asal,mereka lebih sedia maklum tentang itu.tapi walaupun dengan sifat tidak mengundang kawan,gua juga seboleh-bolehnya mahu bersifat tidak mengundang musuh.gua pernah diselar satu ketika dulu kerana terlalu lantang memaki sampai ada pihak yang terasa jadi gua lebih berhati-hati.tapi,untuk katakan itu punca kenapa gua dah kurang pedas bila menulis sekarang ni,rasanya tidak.ia lebih kepada wujudnya sentimen mahu menjaga hati orang yang membaca.memang tak ramai sebab daripada dulu sampai sekarang blog gua tak pernah popular tapi bila lama-lama di satu tempat,sengaja atau tak kita akan mula bergaul dan 'berkawan' dengan orang sekeliling maka dengan sendirinya sentimen perlu menjaga hati akan timbul dan bila kita cuba menulis apa yang kita rasa sejujurnya sambil dalam masa yang sama cuba menjaga hati orang yang membaca maka sikit-sebanyak kita membataskan sendiri 'kejujuran' kita.kita terpaksa menapis dan melapik ayat yang nak ditulis,supaya tak menyinggung perasaan orang.

antara ciri-ciri menjadi seorang 'kawan' ialah menjaga hati dan gua sangat tak pandai dalam bahagian tu.buktinya,gua tak ramai kawan.gua selalu cakap lepas,terlepas cakap,dan yang sewaktu dengannya.segala jenayah yang melibatkan mulut dan kata-kata.hakikatnya,sepanjang waktu ni banyak sangat benda yang gua nak tulis,nak kutuk,nak selar,tapi akhirnya gua hanya simpan jadi pekasam.hatta entri inipun,asalnya gua mahu mengata orang tapi akhirnya cuma jadi macam ni.

masyarakat dan hipokrasi,memang tak lari.dan gua juga rasa seperti agak hipokrit.bukan hipokrit ke tahap berlakon jadi orang lain,tapi lebih kepada 'reserved'.macam di dunia realiti bila orang lebih kenal gua sebagai seorang yang diam dan sopan kerana gua simpan sifat dalaman daripada ditonjol kepada orang.hakikatnya,gua seorang yang cakap lepas,suka berdebat,suka mempertikai dan penyabar bukanlah satu kelebihan yang ada pada diri gua.malah bila tonton cerita pun gua akan lebih suka kepada watak-watak macam dr.house sebab watak itu dekat dengan diri gua sendiri.kuat merungut,mulut cabul,kerek,dan selalu bertindak sesuka hati tanpa pedulikan orang lain.gua suka itu.

baik.membebel panjang buat gua tenang dan berjaya hilangkan perasaan mahu mengata orang.buat penat sebenarnya tapi seriuslah,apa ke hal dengan gelaran serbanist serbanistas/serbanasta segala?wow dan sangat wow.mereka buat gua rasa macam terlalu tua untuk layan blog.akal gua ni tak dapat nak terima benda bangang kurang bijak dan kebudak-budakan melabel-label orang macam tu.rasa seperti tengok budak kecil yang otaknya masih suku masak.bercakap pasal hormat dan berfikiran terbuka konon.hak tuih!buat malu diri sendiri.gua pelik sebenarnya.kenapa ramai sangat orang sentap dengan mereka yang 'alim wanna be' tapi terbuka saja dengan mereka yang 'liberal wanna be'.bukan ke tolak-tambah campur-darab dua kali lima je?

benda yang kata dulang paku serpih.kata orang melabel,tapi tak sedar kita juga melabel orang.kata orang menghakimi,tapi tak sedar kita juga menghakimi orang.kata orang suka jaga tepi kain orang,tapi tak sedar kita juga suka jaga tepi kain orang.kata orang kuat melatah,tapi tak sedar kita juga kuat melatah.mata tak pernah gagal nampak kelemahan orang lain tapi kelemahan sendiri tak mahu ditelek.melatah,melompat.pantang dengar ayat 'nanti masuk neraka',terus cakap orang nak berlagak lebih mulia.senang cerita kan,manusia ni tak sentap kalau benda yang orang cakap tu tak betul.sebab betullah yang buat jadi sentap.

buat dosa tak ingat dunia tapi orang cakap masuk neraka tahu pula marah dan yang gua pelik,kalau orang yang ikut kad pengenalannya beragama islam buat atau tulis benda yang bercanggah dengan islam kemudian dia dikutuk,ramainya wirawan dan wirawati yang tampil ke depan membela cakap orang yang mengutuk sebagai sibuk jaga tepi kain orang tapi kalau orang buat benda yang islamik kemudian kena kutuk,tak ada pula yang nak membela.balik-balik sibuk nak salahkan orang berdakwah tak betul bila masyarakat makin jahanam tapi peliknya dalam isu lain tahu pulak tentang individualiti tentang manusia itu adalah sendiri-sendiri dan bla bla bla.oit.masing-masing dah besar,ada otak boleh berfikir.apa jadahnya sebab orang lain tegur cara kasar punca seorang individu makin liat nak bertaubat.kita,kita-kita ni,adalah pelajar akademi fantasia.nak dipuji-puji,dibelai manja,ditegur dengan penuh kesopanan sehingga ke tahap,tak terasa langsung diri ditegur.

oopss..termengata la pulak.kah kah kah.sudah,sudah.layan lagu ni lagi baik.2x5 sepuluh 5x2 sepuluh lalalala...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terus lah dengan caramu, gua tetap suka. thanks for the wish.

broken_nigina berkata...

if u're who i think u're,u're welcome.

~* chirpy_chummy *~ berkata...

aku pn mcm kau dulu. suka tulis mcm bercerita, mcm bersms, berbahasa pasar dlm blog. sama sebabnya dgn kau juga. tapi makin lama, makin banyak hati perlu di jaga. sehinggalah aku ambil keputusan hentikan segalanya. n here i am. hanya menjadi pembaca setia. (:

Kepala Manchis berkata...

..kematangan menulis dan kematangan berfikir tak datang dengan usia tapi dengan hati yang jujur. buat apa diskriminet kalau kita bukan tuhan. tentunya jadi dan mencari diri sendiri itu lebih jujur dan manis. ihik.gua jugek menghadap konflik yang sama dan dari apa yang gua belajar setiap makhluk yang dikurnia akal melalui proses yang sama. cuma penerimaan dan cara proses itu berjalan beda. tuhan aturkan ikut jalan cerita yang terbaik untuk setiap satu.