Ahad, Oktober 09, 2011

Jawab Pada Diri

gua tak rasa manusia punya hak untuk mencabut nyawa manusia lain.maksud gua,memutuskan samaada seseorang manusia itu harus hidup atau mati dan bertindak mengambil nyawa mereka.perundangan mungkin meletakkan sesetengah golongan berada di atas daripada golongan yang lain,memberi mereka kuasa tertentu tapi gua tertanya-tanya,adakah kuasa itu ke tahap maha kuasa sehingga mereka boleh menamatkan nyawa sesama manusia?adakah mereka tuhan,berkedudukan jauh maha tinggi daripada makhluk lain yang memberi mereka hak itu?boleh menghukum sesama manusia,boleh mengambil nyawa mereka mengikut budi bicara masing-masing?

gua tahu ramai yang ada pandangan masing-masing dalam soal ini tapi cuba renung dan fikirkan sejenak dari sudut yang gua letakkan di atas.gua hanya terfikir secara tiba-tiba,tepatkah apa yang kita selama ini persetujui secara luar sedar?ini tak ada kena-mengena dengan fahaman politik,tak ada kena-mengena dengan mana-mana individu tertentu.hanya sejujur-jujurnya,dari dalam naluri,adakah lu benar-benar sungguh-sungguh yakin bahawa sebagai manusia yang cuma hamba tuhan berhak menghukum sesama manusia berpandukan pandangan dan penilaian masing-masing?jujurkah lu benar-benar sungguh-sungguh percaya dan berani dengan lantang mengatakan ianya tepat dan halal?

seperti yang gua kata.gua tahu ramai yang ada pandangan masing-masing dalam soal ini dan kita tak bertanggungjawab ke atas pandangan peribadi orang lain,kan?jadi,gua cuma menyuarakan pendapat gua sendiri di sini.dengan minda yang objektif dan terbuka seluas-luasnya tanpa ada pengaruh sebarang sentimen lain,gua fikir dan gua percaya,sebagai makhluk yang beriman kepada Allah kalaupun tidak alim ulama,tak ada undang-undang yang lebih afdhal dan halal dari yang digariskan oleh Dia sendiri di dalam kitabullah.gua melihat dengan seringkas-ringkasnya.kalau diletak perbandingan di antara undang-undang berpandukan Al-Quran dan sunnah yang walaupun mungkin tidak sesempurna dan setepat yang dijalankan di zaman Rasulullah atau undang-undang yang dicipta british yang terang-terang bukanlah tuhan,gua lebih rela menerima undang-undang yang berasaskan Al-Quran.samaada mampu atau tidak ia dilaksanakan sepenuhnya tepat seperti yang dijalankan di zaman Rasulullah,jujurnya gua tak tahu tapi apa yang gua tahu,kalau adapun undang-undang yang harus dikiblati umat islam,ia bukanlah undang-undang ciptaan british.tapi itu pandangan gualah.pandangan orang lain,hak masing-masing.katakanlah,katakanlah saja kalau kita harus memikul saham untuk setiap nyawa yang sebenarnya tidak sah dicabut atas keputusan manusia sendiri,sanggupkah lu orang menanggung?gua tak sanggup,beb.

gua ni bukanlah orang kuat agama dan gua pun tak pandai menilai apa yang ada di sebalik hijab orang sebab setahu gua hanya tuhan yang boleh menyukat keimanan yang ada dalam jiwa manusia jadi dengan penuh sedar diri gua ambil jalan selamat menilai sekadar kemampuan iaitu melihat contoh yang dipaparkan secara zahiriah dan tak tahulah kalau mata gua ni rabun ke apa tapi sejuta kali gua tengok gambar di bawah pun,gua tetap nampak gambar pertama lebih menyedapkan mata dari gambar kedua.tapi itu mata gualah.kalau mata lu orang nampak lain,bukan masalah gua,kan?tak perlu menjawab pada sesiapa,cukup menjawab pada diri sendiri.






Tiada ulasan: