Isnin, September 05, 2011

Semalam Hanya Semalam

gua,tak ada masa mahu bersedih lama-lama.kalau mahu cantas gua,mahu buang gua,terpulang saja.ya,kalau rasa itu yang terbaik,buatlah.gua tak ada masalah sebab itu bukan urusan gua.mahu peduli atau tak mahu peduli tentang gua,ia tak menjadi apa-apa.sama saja.semalam tetap semalam,takkan berbeza apapun.gua baik-baik saja di sini.masih menjadi diri gua,masih hidup seperti sediakala.jadi,ya.terserahlah.kalau masih mahu menjengah gua di sini,silakan.kalau tak mahu pun,silakan juga.

apa saja yang kita buat sesudah tamatnya sesuatu bukanlah perkara yang signifikan lagi.yang penting,benda dah berlalu tetap dah berlalu.kalau masih mahu berhubung bertanya-khabar sekali-sekala,gua okay saja.kalau mahu buat seperti tak pernah kenal dan tak ada apa-apa yang berlaku,pun gua okay juga.itu hak masing-masing.kalau sedang gembira dan dah ada peneman baru,baguslah.kalau masih sendiri dan sunyi,moga-moga hidup akan jadi lebih baik.gua tak busuk hati mahu doakan hidup orang lain tak bahagia.as far as i concern,once it's over,it's over.kehidupan masing-masing seterusnya bukanlah urusan gua lagi untuk disibuk-sibukkan.terpulang pada diri empunya badan.

tentang sisa-sisa dari semalam kalau masih ada,ia pilihan masing-masing samaada mahu jadikan sebagai pengalaman berharga atau pengalaman buruk ataupun tak mahu jadikan sebagai apa-apa langsung.gua dikenang atau dilupakan,sama saja.ia tak mendatangkan apa-apa beza.semalam hanyalah semalam yang takkan berubah walau kita terima dengan cara macam mana pun.mahu anggap manis maka ia jadi manis.mahu anggap pahit maka ia jadi pahit.mahu anggap bermakna,maka ia jadi bermakna.mahu anggap sia-sia,maka ia jadi sia-sia.mahu anggap berharga,maka ia jadi berharga.mahu anggap sampah,maka ia jadi sampah.

hidup adalah tentang pilihan dan apa pilihan yang kita buat adalah terpikul atas bahu kita sendiri.betul atau salah,bukan hak orang lain untuk putuskan.after all,hanya kita yang lebih kenal diri kita sendiri.tepuk dada tanya selera.tak ada manusia lain yang tahu isi hati kita lebih dari apa yang kita tahu dan gua,hanya tahu apa yang ada dalam diri gua.kita memang tak akan menang kalau mahu berdebat dengan takdir jadi gua pilih untuk redha.semalam adalah semalam dan hari ini adalah hari ini.semuanya bukanlah apa-apa.hanya resam hidup.macam lirik lagu search kat bawah ni.

Bersalah Atau Tidak
(Search)

Hujan di tengah hari ini
Bagai memberi tanda
Berakhir sebuah cinta

Oh! retak yang telah terbelah
Tak perlu diratapi
Usah disesali

Bersalah atau tidak
Bukan persoalan bukan sebab
Hanya perasaan yang telah terpadam

Bukan mudah selami
Jiwa yang angkuh
Cita cita yang mengelirukan diri
Mendustai hati

Walau apa terjadi
Roda hidup terus berputar
Menjadi teman kita
Menggilis kita (jiwa)

~tiada apa untuk dikenangkan sebagaimana tiada apa untuk dilupakan.hanya rentetan peristiwa-peristiwa hidup yang tiada lebih dan tiada kurang.pernah berlaku dan telah berlalu,seadanya.

*dengan senyuman

Tiada ulasan: