Khamis, September 08, 2011

Sebagaimana Janji

~pengulangan

duduk diam-diam,nafaskan tenang,amati apa yang terbentang dan kemudian senyum,tanpa sebarang senyuman.

gua sebenarnya,punya sentuhan kecundang.yang mana,bila gua sentuh sesuatu,ia pasti akan musnah.maka kemusnahan bukanlah sesuatu yang luar biasa.dan gua,bukan pencari bahagia.bukan pencari cinta.gua adalah penunggu istana rimba,yang mendiam di dalam ruang usang berpagar,penuh lumut dan karat.sifat gua adalah halimunan.sehingga naluri mereka yang memilih mahu menjelmakan gua.mereka,iaitu pengembara-pengembara yang melintasi istana rimba.

kesudahan dalam cerita penunggu istana itu seperti yang telah dijanjikan,cuma ada satu-kecundang.samaada mereka atau gua,ia hanya kisah yang dicorak untuk menjadi bukan kekal.sebuah siri,dengan watak pengembara yang terus berganti pada setiap episodnya.

jadi inilah hakikatnya.bukan ceritera tentang cinta dan kecewa.ia adalah epik pengembaraan,sebuah penerokaan berunsur mistika dikait dari luar dunia,untuk menjadi ingatan bukan realiti yang terpahat pada bukan realiti.ini,apa yang hanya akan dimengerti setelah dia si pengembara melangkah masuk ke dalam istana rimba.

dah.

*duduk diam-diam,nafaskan tenang,amati apa yang terbentang dan kemudian senyum,tanpa sebarang senyuman.

-penjarakan sentuhan-
            

3 ulasan:

pisau belati berkata...

takut untuk menyentuh hati-hati yang menanti.

± berkata...

come out and play..i'm waiting outside

broken_nigina berkata...

pisau belati-mereka yang serahkan.kemudian lari menghilang.

dark half-main apa tu kat luar?;p