Selasa, September 27, 2011

Percubaan

gua sepatutnya tidur,tapi mata tak mahu lelap dan berada dalam mode siput sedut ni buat gua menaip dalam kadar yang sangat perlahan dan otakpun bergerak sangat lembap hingga ke tahap hampir tepu.benak,senak dan tersumbat.belum beku sepenuhnya tapi menghampiri ke situ.

ada beberapa perkara yang gua mahu keluarkan dari otak gua supaya semuanya bersih dan kemas tapi rasanya gua cuma melengah-lengahkan masa.apapun yang gua fikir akan berakhir dengan 'sudahlah,tak ada maknanya' jadi ia cuma berlegar dalam ruang kepala gua dan mati setakat itu dan bukan gua tak tahu pun.ini adalah peringkat di mana segala-galanya rasa tak bermakna untuk diluahkan.gua malas sebenarnya sebab minda gua dah putuskan semuanya sia-sia.nothing matters.

hmm..jadi,apa yang gua harapkan buat masa ni?jujurnya kalau waktu dan detik ini,gua harap ada seseorang kat luar sana yang sedang mengalami keadaan sama macam gua.tapi rasanya,gua lebih berharap supaya gua dapat fotokopi diri sendiri dan berbual-bual dengan diri sendiri,sambil duduk membisu.

tapi....on second thought,rasanya lebih baik gua harap gua dapat lelapkan mata.percubaan menulis yang gagal.well,paling tidak sekarang mata gua dah mengantuk sikit.ok.dah malas.off to bed.

again. 
          
                           

Tiada ulasan: