Isnin, September 05, 2011

Berbaloikah?

berbaloikah kehidupan yang gua miliki ketika ini?

gua kerja pejabat,eksekutif bank konon-kononnya,hari-hari bekerja mengikut waktu pejabat dan gua cuba konon-kononnya,mahu jadi pekerja yang cekap yang boleh buat kerja dan buat kerja dengan baik.gua kerja secara rutin,ulang-ulang benda sama serupa tiap-tiap hari.terpaksa tinggalkan resmi hidup 'suka hati' demi mematuhi jadual yang terikat secara tetap.kerja 5 hari seminggu,sama tak berubah-ubah.jujurnya memang gua tak pernah terfikir akan kerja macam ni.mengenali diri sendiri gua tak pernah membayangkan gua mampu buat kerja berutin tetap.tak pernah menjangka gua mampu jalani kehidupan yang terikat sama dan serupa setiap hari.gua budak kewartawanan,asal dari menjadi wartawan.kerja yang setiap hari adalah berbeza dan perlu bergerak bebas tanpa ada jadual yang tetap.tapi gua selesa dengan kerja gua.mungkin kita tak semestinya mengikut sifat azali dan kadang-kadang lebih baik menjadi bertentangan dari diri kita yang sebenar.

hakikatnya gua memang sukakan kerja gua.terasa dah tak larat mahu hadap kehidupan yang penuh 'cabaran' dan 'kejutan' lagi.i had enough.di usia sekarang gua lebih selesa dengan kehidupan yang tetap dan stabil.easy going,mungkin boleh gua cakap.gua mahu hidup dengan semudah dan seringkas yang boleh.menikmati kehidupan harian melalui perspektif lain dengan mencuba buat kerja dengan cekap dan cepat.bunyinya macam skema tapi tulah realiti.tugas yang diberi,gua anggap cabaran.kalau pekerja sebelumnya gagal menyiapkan kerja dalam jadual yang ditetapkan,gua akan usaha untuk siapkan terlebih awal dari jadual.i'm capable of doing that.segala kerja berlonggok yang sebelum ni tak mampu orang selesaikan secara harian,bila diserah pada gua segalanya beres,bersih.sebabnya gua selesa di tempat kerja gua.gua mahu buat lebih baik dari orang lain,lebih laju dari orang lain,lebih tersusun dari orang lain.bekerja dalam suasana yang semuanya sama setiap hari,dekat situlah gua jumpa keseronokannya.rasa mahu bersaing membuat lebih baik dari orang lain.hari-hari seperti berlumba,dan paling umumnya gua berlumba dengan diri sendiri.dapat menyiapkan segala kerja tepat pada masa dan balik dengan segala-galanya beres,adalah satu kepuasan yang mengujakan.

gua jarang buat apa-apa bersungguh sebenarnya tapi gua betul-betul suka kerja gua dan gua betul mencuba buat kerja dengan baik.ditegur time management kurang baik kerana selalu balik lambat(untuk cari duit lebih sikit),gua dah tak balik lambat-lambat claim duit ot lagi.ditegur terlalu tak bersosial dengan rakan sekerja lain,gua ketepikan ketidakselesaan untuk ikut serta majlis makan-makan luar waktu pejabat demi 'bersosial' bersama rakan-rakan walaupun itu bertentangan dengan sifat gua yang kurang gemar bercampur.tak apa,demi memenuhi tuntutan bos untuk konon-konon jadi pekerja lebih baik.ditegur kurang pandai buat keputusan major sendiri kerana banyak merujuk kepada bos,gua kurangkan merujuk dan buat penyelesaian sendiri.ditegur banyak buat kesalahan kecil bila menyediakan surat koporat,gua sedaya-upaya mengurangkan kesalahan.itu agak susah sebenarnya sebab gua memang jenis clumsy,cuai tapi makin lama nampak makin ada perubahan.bukanlah tak ada salah langsung tapi berbanding dengan sebelumnya setiap masa asyik ada salah,jumlahnya dah banyak berkurangan.

segala-galanya,gua buat seperti yang ditegur.berusaha memperbaiki diri dengan memang betul-betul berusaha.kalau awal-awal dulu tergagau-gagau sampai ke petang baru nak siap kerja,sekarang belum tengahari segalanya dah beres.sampai seolah-olah gua tak cukup kerja,ke tahap gua minta kerja lebih dari ketua gua.dia pulak yang cakap task gua dah banyak jadi tak adil untuk tambah lagi task pada gua.jujurnya,berapa kerat sangat pekerja minta ditambahkan kerja macam tu?gua betul-betul percaya gua bekerja dengan baik dan dah buat elok.segalanya dah menepati tuntutan malah lebih dari yang disuruh secara asas.cuma kelemahan gua dari segi masuk kerja tak punctual.tapi itu,tak mempengaruhi apa-apa.langsung sebesar zarahpun tak menjejaskan kerja gua.kelemahan yang bukan major sehingga menjejaskan kualiti kerja.jadi gua jujur percaya gua bekerja dengan baik.tapi appraisal tempoh hari buat gua betul-betul terasa macam batu  dipelangkongkan ke kepala.tamparan yang cukup hebat malah bukan setakat tamparan tapi tumbukan,sepakan,terajangan dan pembelasahan padu.

gua terkejut sangat-sangat sebenarnya bila melihat penilaian yang dibuat oleh orang atasan terhadap gua.segala-galanya sehingga ke pemarkahan teamwork gua pun mendapat buruk dan tak memenuhi jangkaan.merudum jatuh daripada apa yang gua dapat tahun lepas sedangkan kerja gua tahun ni lebih baik dari tahun sudah.rasa terkedu.hampir segala-galanya mendapat penilaian buruk dan tak memuaskan.bila ditanya kenapa gua dapat teruk sangat,alasannya adalah jumlah gua datang kerja lewat melebihi dari yang dibenarkan dan alasan-alasan lain yang lebih kukuh serta sangat munasabah adalah gua mengantuk di tempat kerja,kerap tersengguk masa menghadap komputer,kerap memegang handphone dan tempoh panggilan gua bila bercakap dengan pelanggan adalah terlalu lama.lucu bila seingat gua kebanyakan panggilan yang gua buat adalah tak lebih dari dua minit.apa yang lebih menambah perencah bila gua dikatakan tak pandai menguruskan masa kerana mengambil cuti kecemasan disebabkan urusan pembahagian tanah pusaka yang tiba-tiba.nak merancang macam mana ya kalau diberitahu perlu ke pejabat tanah di terengganu hanya dua hari sebelum tarikh sebenar?

"u used to be a very good staff.u were energetic and committed and u performed really well.i do not know what's wrong with u but this year u are lack of focus,u come to work late and so on and so on...."itu yang dikata pada gua jadi sungguh-sungguh gua hairan dari segi mana gua dilihat sudah menurun prestasi kalau benarlah sebelumnya gua adalah pekerja yang bagus?kerja gua tiba-tiba jadi lambat ke?tiba-tiba gua dah bebankan rakan sekerja kena buat kerja gua ke?tiba-tiba komunikasi gua jadi teruk ke?atau gua sekarang suka merayau-rayau pergi bersembang sana-sini,tangguh-tangguhkan kerja sampai jadi berlonggok atau gua mula kurang hajar bermasam-muka berkrisis dengan rakan sekerja sehingga dilihat sebagai tak mampu berhubungan baik dalam kumpulan?bila gua mempersoal semua tu,alasan yang diberi tetap adalah gua tak punctual datang kerja.satu faktor yang dipusing-pusing untuk setiap seksyen pemarkahan.jadi sebenar-benarnya,it doesn't matter.walaupun tak munasabah dan tak berkaitan,ia tetap akan digunakan sebagai satu alasan dan dengan alasan itu,gua mendapat penilaian menyeluruh sebagai buruk dan tak memuaskan.

gua betul-betul kecewa dengan penilaian yang pada gua menidakkan pencapaian gua yang sebenar.dengan sedar diri gua tak nafi mungkin gua tak cukup baik,tapi setidak-tidaknya gua percaya gua tak seburuk yang digambarkan.memang gua betul-betul kecewa.terasa seolah-olah setiap usaha dan kerja yang gua buat selama ini tak berharga satu sen pun.rasa macam penat-lelah gua dipijak-pijak dilanyak-lanyak.semuanya hanya sampah.satu apapun tak dinilai dan dihargai.akhirnya gua cuma diletakkan sebagai pekerja yang berprestasi buruk dan merugikan syarikat.seteruk itu gua diukur sedangkan gua bersusah-payah cuba buat kerja sebaik mungkin.rasa macam sangat terhina.memang gua tahu tentang buat sesuatu biar dengan ikhlas jangan mengharapkan balasan tapi gua hanya manusia biasa,bukan malaikat.bila buat sesuatu,gua bukan nakkan ganjaran tapi apa yang lebih penting ialah dihargai seadanya.tak perlu berlebih dari apa yang gua bagi dan tak perlu juga kurang dari yang selayaknya gua terima.jadi bila apa yang gua buat tak dipandang dan tak dihargai,memang sebagai manusia biasa gua rasa kecewa.gua tak dakwa gua sempurna dan terlalu baik tapi dibuat seolah-olah gua tak menyumbang apa-apa langsung,sepertinya penat-lelah dan usaha gua sia-sia saja.semuanya percuma disalirkan ke longkang.tak ada harga,tak ada makna.

gua bukanlah budak-budak sangat.gua tahu sistem penilaian berasaskan 'bell curve' yang diketengahkan oleh pengurusan baru tahun ni menetapkan nisbah tertentu untuk pencapaian pekerja.mereka tetapkan peratusan di mana perlu ada bilangan tertentu untuk pekerja cemerlang,pekerja sederhana dan pekerja gagal.dengan ketetapan macam tu,memang tak boleh tidak mereka perlu menggagalkan pekerja.setiap department perlu ada sekurang-kurangnya tiga ke empat orang pekerja dalam ketegori gagal dan konon-konon untuk menggalakkan mereka memajukan diri masing-masing,mereka takkan diberi sebarang kenaikan gaji yang sepatutnya wajib diberikan setiap tahun bagi organisasi kerja yang besar dan mereka juga akan disenarai-hitamkan dari menjadi calon kenaikan pangkat walaupun berkemampuan serta takkan mendapat sebarang bonus malah akan dihantar menyertai program 'pemulihan',cop atas dahi pekerja-pekerja gagal.sistem yang kejam sejujurnya.walaupun prestasi pekerja bagus,ketetapan peratusan yang mewajibkan ada pekerja gagal memerlukan orang atasan untuk menjatuhkan pekerja.mereka perlu mencari kelemahan dan akan gunakan apa saja faktor yang ada sebagai alasan untuk menjatuhkan markah.

seriously i'm not being defensive as i do admit my weaknesses but i'm being open and logical here.gua bukan satu-satunya pekerja yang pernah mengantuk di tempat kerja,masuk pejabat lambat,kerap menggunakan handphone dan segala perkara lain yang diketengahkan sebagai kelemahan utama,tapi gua pekerja yang paling junior di antara pekerja-pekerja lain dalam kumpulan yang antaranya dah bekerja lebih sepuluh tahun kat situ.gua juga yang paling tak banyak cakap dan tak banyak kerenah nak merungut apa-apa dan yang paling ketara,gua juga pekerja yang paling tak ramah-mesra dengan bos berbanding yang lain-lain.gua calon yang paling sesuai untuk memenuhi kuota pekerja gagal.self-pity?nope.i'm being real.sebelum ni gua hanya dengar tentang pekerja yang sangat-sangat bagus tak ada kurang apa-apa tapi bila dah tak ada alasan lain yang mahu diguna pakai,pihak atasan pin pointkan jumlah mc sebagai kelemahan yang konon-konon telah mencacatkan prestasi walaupun mc tak lebih tiga kali dalam setahun.jadi itulah.hakikatnya bila sesuatu keputusan dan penilaian dah dibuat,sebab-musabab lainnya hanyalah alasan semata-mata.

gua mencuba menjadi positif,sedaya-upaya jujurnya.tapi sesungguhnya kadang-kadang perasaan ni macam kaca.bila dihempas pecah nak kutip cantumkan balik,ia dah takkan sama macam asal.it sucks honestly.bila sepanjang hidup cuba sedaya-upaya menjadi seperti yang diharapkan tapi akhirnya tak pernah dihargai.kita fikir kita dah buat dengan baik tapi di mata orang ianya langsung tak bernilai.persembahkan permata tapi hanya dipandang sebagai kaca murahan.kebaikan yang tak punya makna,usaha yang tak punya harga,pengorbanan yang tak punya nilai apa-apa.jadi sebenarnya,untuk apa?segala-galanya,untuk apa sebenarnya?untuk semua yang kita korbankan demi menjadi seperti yang diminta,akhirnya ia untuk apa?atas segala yang kita usaha,kita curah,kita tolak-ansur,akhirnya semua tu demi apa?cuba memenuhi kehendak dan tuntutan orang yang mahukan macam-macam dari kita tapi setelah kita mencuba sedaya-upaya akhirnya ia tak dipandang langsung.hanya dibuang ke tong sampah.

jadi sebenarnya,berbaloikah kehidupan yang gua miliki ketika ini?setiap hari menjalani rutin yang berulang-ulang sama dan serupa seperti tiada mula dan tiada hujung.menjadi robot yang mengikut aturan orang lain sedangkan diri boleh dicantas pada bila-bila masa semahunya.lu juga,kalau membaca ini.berbaloikah kehidupan yang lu miliki ketika ini?untuk waktu-waktu yang kita gadai daripada memuaskan diri sendiri,daripada dihabiskan bersama keluarga,daripada diluang dengan orang-orang yang kita sayang,daripada menikmati benda-benda yang menyeronokkan.semua itu,berbaloikah?segalanya kita korban demi dibayar gaji yang tak seberapa sedangkan orang atasan perut membuntal kaya-raya dengan memerah sehabisnya keringat kita yang di bawah.pengorbanan kita untuk apa?duit juta-juta,pangkat,atau setidak-tidaknya jaminan kita takkan hilang pekerjaan?tidak.jadi sejujur-jujurnya,kita korbankan segala nikmat hidup untuk apa sebenarnya?belum puas bercuti,belum puas bersama keluarga,belum puas melayan kerenah anak-anak,semuanya perlu diketepikan demi....hmm,demi apa,ya?mengembungkan poket orang lain?itu,baru bercakap soal kebendaan dan duniawi,belum lagi antara urusan kita dengan Dia.untuk setiap detik yang kita terlepas daripada solat di awal waktu,pergi ke masjid dan surau malah lebih sadis,terlepas terus solat sebab tak mampu meninggalkan kerja yang dikehendaki segera.haih..hidup ini sudahnya ke mana?

melihat jalan yang terang terbentang untuk membawa perubahan kepada kehidupan yang semakin lama semakin alpa tak bermakna,berertikah kalau kita tak memulakan langkah ke arah perubahan?bukan soal bagaimana nak ubah,tapi sejauh mana kita mahu ubah.i'm tired with all this.tak mahu hanya selepas berpuluh tahun hidup makan gaji tak kaya-kaya barulah fikir nak bersara untuk nak beribadat,nak melayan keluarga dan segala-gala yang diabaikan sebelumnya.tapi cukupkah hanya sekadar bermuhasabah?fikir itu fikir ini,tapi masa terus berjalan dan berlalu sia-sia.tak guna.kemahuan hanya akan jadi kemahuan tanpa ada tindakan.kesedaran hanya tinggal kesedaran tanpa ada perubahan.tak bermakna melihat jalan di depan mata kalau kita tak mahu mencuba apa-apa.jadi,berbaloikah?soalan yang hanya mampu dijawab oleh diri sendiri-melalui perbuatan,bukan hanya kata-kata kosong.

4 ulasan:

:: Cikgu Wiween :: berkata...

sbr la yer gina. kdg2 phk pengurusan mmg x berlaku adil. Yg 'kaki kipas', kaki ampu asyik masuk bilik bos, curi tulang, itulah yg dipandang cemerlang. Ketakadilan berleluasa. :)

broken_nigina berkata...

nak buat macam mana,kan?kita usaha bagai nak rak pun kalau orang tak nak pandang dan tak nak hargai,tak boleh nak kata apa.

Dark Half berkata...

aku pernah kerja makan gaji dan pernah kerja sendiri. wpun kerja makan gaji itu lebih terjamin, kepuasan tetap pada bekerja sendiri. kaulah bos, kaulah kuli dan yg paling seronok, cabaran yg berbeza setiap hari

broken_nigina berkata...

thinking of doing that actually.tapi mahu buru-buru bertindak,nanti makan diri.