Khamis, Ogos 18, 2011

'Cant Be Tamed'

sebenar-benarnya,penat.kelakar pun ada kalau difikir-fikirkan.kata sis clina,jangan cepat menilai sebab kita tak tahu apa yang seseorang rasa dalam hati mereka.kata kakak gua di segamat,semuanya salah gua sebab gua gatal sangat.kata kawan baik gua,"eleh,gembira-gembira pun nanti macam biasa jugak hilang lepas tu sedih lagi.letih dah dengar."itu,ayat yang keluar dari mulut dia sebelum gua asyik-masyuk melayan perasaan.sangat menepati jangkaan,kan?teringat reaksi kakak gua sebelum ni bila gua cakap gua ada kawan baru lagi,"yang ni berapa lama pulak?kawan betul-betul ke isi masa lapang lagi?"gua hanya tersengih-sengih waktu tu.cerita tipikal hidup gua.berkawan berkawan kemudian tak menjadi dan di tahap sekarang,gua rasa ia dah jadi kelakar.kisah gua-lelaki-cinta seperti lawak melucukan.memang lawak pun.raya tahun sebelum ni konon-konon nak beraya dengan tornado,kemudian tahun seterusnya nak beraya dengan 'dia',kemudian tahun ni nak beraya dengan A pulak,tapi semua tak jadi.sampai waktu untuk beraya,gua dahpun bersendiri balik.berangan je lebih.

gua ni sebenarnya macam dok bermain-main dalam pagar sesat.pusing kot situ pusing kot sini,balik-balik sampai balik kat tempat sama.dah terperangkap dalam tu tak boleh nak keluar.selalunya orang yang datang yang ada keinginan untuk bawa gua keluar akan pimpin gua sekerat jalan,kemudian bila dah berpusing-pusing dengan gua yang buta jalan ni mereka akan rasa penat dan putuskan memang takkan jumpa jalan keluar kalau mencari dengan gua jadi mereka pilih untuk berlalu.tertinggallah gua kat situ sorang-sorang terpekik terlolong memanggil tapi tak lagi diendahkan mereka.sudahnya lepas dah sakit tekak berteriak,gua duduk bersila kat situ bermenung dan kali ni setelah berulangnya sekali lagi peristiwa sama untuk kali yang entah ke berapa ribu,gua dah tak kuasa nak meratap sebaliknya tergelak sendiri.mahu selamatkan gua keluar dari sini?lawaklah lu.berapa lama lu boleh bertahan?sebulan?dua bulan?tak payahlah susah-susah nak lawan cakap gua kata lu berbeza dari yang sebelumnya sebab sudahnya lu memang akan hilang jugak macam mereka.tunggu dan lihat.dah gua kata,gua ada 'magik' yang buat lelaki datang dan kemudian pergi.please,dont bother to convince me if in the end you will only prove me right.

gua tercebik dan rasa hati macam digeletek-geletek.serius,bayangan gua berjaya keluar dari pagar sesat dengan seseorang adalah khayalan yang amat nyata.itu adalah sesuatu yang peratusan kebarangkaliannya hanyalah 0.0000000000000000000000000000000000000001% untuk jadi kenyataan.memang gua tak nafi mungkin sikap gua sendiri yang memustahilkan ia berlaku tapi kalau mahu hakimi gua dan tuduh memang ianya salah gua kerana menjadi jengkel dan menyusahkan sehingga buat orang muak,cuba jadi gua sehari dan duduk di tempat yang gua duduk ni.gua dah pening berpusing,dah lembik pitam berapa juta kali,dah hancur lunyai jatuh tak berhenti pecah retak berdarah sana-sini,dah muntah-muntah sampai keluar dengan isi-isi perut sekali duduk berputar dan berputar dan entah dah berapa juta kali keyakinan dan kepercayaan gua disembam ke bumi daripada lapisan langit teratas untuk hancur musnah lebur berkecai-kecai bertaburan,mahu jangkakan gua seceria matahari penuh dengan impian suci?

kalau gua bersikap macam sial pun,itu kerana dalaman gua dah rosak teruk.ini,gua yang terkurung dalam pagar sesat ni bukan seorang naif yang mindanya lurus bersih dengan jiwa putih berseri tapi adalah seseorang yang dah parah jiwanya yang terlantar dengan tulang patah-riuk  yang bajunya dah lusuh hitam berendam darah luka dari azali.hakimi gua sebetahnya tapi bukan perkara mudah untuk gua cari dan kutip balik hati yang dah jadi cebisan daging hancur yang entah dah tercampak ke mana kemudian mahu cantumkan dan berdiri di sini menunggu sebagai seseorang yang memiliki hati 'sihat sempurna'.forgive me for being such a jerk after everything that i've been through.bukan niat gua.percayalah bukan gua tak cuba untuk baik-pulih diri gua tapi bukan kerja mudah mahu baiki sesuatu yang dah terjejas teruk untuk jadi elok macam baru maka mendapat gua ibarat mendapat mesin rosak yang dah tak boleh berfungsi seperti biasa.kalau gua buat hal,itulah adatnya.

jadi itulah.hanya cerita kelakar.would be nice kalau dapat lepak dengan kawan baik gua bersembang bercerita.gerenti kami akan tengok semua ni dan ketawa guling-guling.i mean like,tiap-tiap tahun pong-pang cerita nak raya dengan yang tu nak raya dengan yang ni tapi balik-balik pi mai pi mai tang tu tahu-tahu dah cakap,"orang dah frust lagi.huhuhu.."..poyolah gua!jadi sepasang kurung biru(kebaya sebenarnya)tahun ni untuk gua beraya sorang-sorang.ah,pedulilah!yatim-piatu ke,baru lepas putus cinta ke,berlakon je buat-buat teruja ke,gua tak peduli gua nak raya jugak!no one will take my raya away.gua takkan benarkan sesiapa pun rosakkan ia untuk gua.gua tetap akan shopping raya tetap akan belikan baju dan kasut raya untuk anak-anak buah gua yang comel-lote tiga orang tu dengan teruja walaupun gua hanya layan diri jalan sorang-sorang.all this while pun gua sorang-sorang apa.i'm a loner,a lone ranger.i'll be so much happier if i'm with myself so if you're here to take that away,then just leave.gua tak perlu orang yang wujud hanya untuk buat gua lebih miserable daripada apa yang dah sedia ada.dah,dah.gua nak pergi kerja.lagu kat bawah ni macam cool,gua letak tapi tengok lepas buka puasa la ya.

yaash,off to a new journey of a new day in a new chapter of my life.selamat tinggal kepada kamu-kamu yang pernah cuba meyakinkan gua tapi bila gua mula percaya humban gua ke tanah lanyak-lanyak macam sampah.i dont need all those bullshits.bye guys..

-Cant Be Tamed-

For those who don't know me

I can get a bit crazy

Have to get my way, yep

24 hours a day 'cause I'm hot like that



Every guy, everywhere

Just gives me mad attention

Like I'm under inspection

I always gets a ten 'cause I'm built like that



I go through guys like money flyin' out the hands

They try to change me but they realize they can't

And every tomorrow is a day I never plan

If you gonna be my man understand



I can't be tamed

I can't be tamed

I can't be blamed

I can't, can't, I can't, can't be tamed



I can't be changed

I can't be tamed

I can't be, can't, I can't be tamed



If there is a question about my intentions

I'll tell ya, I'm not here to sell ya

Or tell you to go to hell

(I'm not a brat like that)



I'm like a puzzle

But all of my pieces are jagged

If you can understand this

We can make some magic, I'm on like that



I wanna fly, I wanna drive, I wanna go

I wanna be a part of something I don't know

And if you try to hold me back, I might explode

Baby, by now you should know



I can't be tamed

I can't be tamed

I can't be blamed

I can't, can't, I can't, can't be tamed



I can't be changed

I can't be tamed

I can't be, can't, I can't be tamed



Well I'm not a trick you play

I'm wired a different way

I'm not a mistake, I'm not a fake

It's set in my DNA



Don't change me

Don't change me

Don't change me

Don't change me

(I can't be tamed)



I wanna fly, I wanna drive, I wanna go

I wanna be a part of something I don't know

And if you try to hold me back I might explode

Baby, by now you should know



I can't be tamed

I can't be tamed

I can't be blamed

I can't, can't, I can't, can't be tamed



I can't be changed

I can't be tamed

I can't be, can't, I can't be tamed

4 ulasan:

ghost berkata...

gua pening.

jadi gua layan saja miley cyrus.

dia dah semakin dewasa.

broken_nigina berkata...

yup.dewasa.

:: Wiween :: berkata...

enjoy ur raya nanti gina. sepsg kebaya biru mesti cun. gua lgsg xde baju raya. huhuhu xpe, gua bersyukur jelah dgn apa yg ada kan. ;)

broken_nigina berkata...

pakai kebaya biru nyanyi lagu sepasang kurung biru tukar lirik jadi baju melayu biru.haha..