Ahad, Ogos 21, 2011

Ringkasan

ini ada beberapa perkara yang gua nak terangkan tentang pendirian gua tapi gua malas nak cerita panjang jadi sekadar ringkasan di sini..

-kasih itu luas.terlalu luas.cinta hanyalah sebahagian daripada rangkumannya..

-cinta bukan satu keperluan,tak pernah menjadi dan tak akan menjadi satu keperluan.gua tak hidup untuk cinta,jauh lagi untuk lelaki.cinta tak buat seseorang jadi istimewa,tapi seseorang yang buat cinta jadi istimewa.

-antara luahan dan kenyataan,hakikatnya gua boleh bercakap tentang berbilion kesedihan tapi secara realiti masih hidup seperti biasa.ia tak mempengaruhi apa-apa kerana gua tetap manusia bersahaja yang tak ada kemahiran untuk menunjukkan wajah muram berduka lara di depan orang.

-hidup gua dipenuhi 'kisah asmara' yang bertukar-ganti dari masa ke semasa,tapi jujurnya gua sangat-sangat susah untuk benar-benar jatuh hati pada seseorang dan sekali gua jatuh hati gua juga susah nak lupakan.kalau tak gua takkan stuck dengan lelaki sama daripada lebih 16 tahun lepas.

-orang yang rapat dengan gua cenderung untuk fikir ada ramai lelaki dalam hidup gua tapi sebenarnya sekali gua beri perhatian pada seseorang,hanya dia yang wujud di mata gua dan dalam kehidupan seharian gua.

-dalam banyak-banyak benda mengarut yang mungkin gua boleh percaya,gua langsung tak percaya dengan 'cinta tak mesti bersatu'.ia sangat merapu dan bodoh.ya betul jodoh di tangan tuhan bla bla bla tapi takdir juga di tangan tuhan.adakah itu bermakna kita kena berserah tunggu dan biar macam tu saja apa saja yang nak berlaku?that's bullshit.pada gua 'dah tak ada jalan' hanya kalau orang yang kita sayang memang mati-mati tak ada hati langsung pada kita,dah nikah dengan orang lain atau dia memang betul-betul dah mati.ini maksud gua,kalau kita memang betul-betul suka dan sayang sepenuh hati pada seseorang lah.sangat bodoh dan bebal mahu lepaskan begitu saja.tapi kalau setakat suka sikit-sikit,ya,memanglah tak berbaloi pun nak bersusah-payah lebih-lebih.

ok.itu saja yang boleh gua ingat buat masa ni.dah.

2 ulasan:

deaf-angel berkata...

kita ni kan, pusing sana pusing sini, korner sana korner sini,
at end of day, cuma cinta kat Allah dan Rasul yang paling utama dan paling kekal.
tak kira ko keluarga seribu orang, atau ko takde sapa pun dalam dunia ni.

broken_nigina berkata...

yep..rite on bebeh.