Isnin, Jun 13, 2011

Terbabas

macam mana mahu jelaskan?bukan tak sihat,sakit,cuma rasa tak selesa.sangat-sangat tak selesa.tubuh rasa rimas,tak sedap,tak bermaya tapi tak ada apa-apa yang tak kena secara zahirnya.duduk salah,baring salah,buat apa pun semua rasa tak kena.terpaksa ulang balik ayat yang sama-tak selesa.hanya perasaan yang sangat-sangat tak selesa.nak kata ada rasa sakit kat mana-mana,mungkin ya,tapi tak,tapi gua tahu tubuh gua tak okay kalau gua rasa panas dalam yang naik ke kepala dan hidung gua mula berdarah manja.dan cakap pasal darah hidung,semenjak dua tiga empat menjak ni,memang gua kerap berdarah hidung balik.hari ni,dah dua kali.

kalau tak mustahil,gua nak minta cuti daripada hidup sekejap.pergi ke mana-mana,yang di luar daripada kehidupan untuk ambil angin berehat-rehat.tapi kan,manusia ni memang macam tu.dah sah-sah tahu mustahil,nak juga cakap 'kalau tak mustahil'.kita suka berangan.suka mahukan apa yang kita tahu kita tak boleh dapat.dalam minda luar sedar ada naluri naif yang mengharapkan dunia boleh jadi sempurna untuk kita.bayangan ideal kita tentang bagaimana seharusnya sebuah kehidupan itu berjalan dan bila ia tak berlaku macam apa yang kita harapkan,kita kecewa.tahap kecewa yang bergantung kepada sejauh mana melesetnya realiti dengan bayangan ideal yang ada dalam pemikiran kita.kita diam-diam akan rasa dikhianati.kita diam-diam akan rasa marah,tertipu,hampa.perasaan yang kalau di tahap terlalu melukakan boleh buat kita memberontak dan berakhir dengan kita membunuh apa yang menjadi punca kepada segala kekecewaan iaitu harapan dan kepercayaan.tak kira dalam situasi apa pun.keluarga,kerjaya,cinta,malah tuhan dan agama.

kita dengan kebijaksanaan yakinkan diri bahawa membunuh harapan dan kepercayaan terhadap perkara yang tak nyata adalah satu bentuk kesedaran-realization yang terhasil daripada penerimaan mutlak terhadap realiti untuk mengakui bahawa bayangan ideal itu hanyalah bayangan kosong yang kita momokkan kepada diri sendiri.kita panggil ia sebagai 'realis'.tapi di sebalik segala istilah yang mampu kita letak untuk mewajarkan rasa tidak percaya dan tidak berharap kepada perkara tak pasti,sebenarnya berputus-asa sentiasa menjadi pilihan yang lebih mudah.

ya lah,bukan?kenapa nak terus berjuang dalam perang yang kita sentiasa cedera dan kalah?ianya seolah-olah menipu diri sendiri memburu kemenangan suci sedangkan di dalam perjuangan itu berlaku lebih banyak kemudaratan daripada kebajikan.kita buat sesuatu yang sia-sia.untuk apa?lebih baik berhenti saja.kita terima hakikat bahawa 'kemenangan suci' itu hanyalah angan-angan tak pasti yang memerangkap kita untuk terus membuang masa dan tenaga melakukan apa yang tidak mendatangkan sebarang faedah.dan apa saja nama yang kita letakkan kepada pemikiran bahawa manusia harus bergantung kepada diri sendiri dan hidup demi diri sendiri tanpa perlu berpegang kepada idealisme kosong tentang sesuatu yang 'suci dan sempurna' sebagai pemangkin semangat,ya,berputus-asa sentiasa menjadi pilihan yang lebih mudah.berhenti percaya,berhenti berharap,berhenti mengejar,berhenti bermimpi.maka kita akan bebas daripada kekecewaan.

katalah apa saja,tetap hakikatnya,berputus-asa dan lari adalah pilihan yang lebih mudah.hanya mereka yang cukup kuat dan berani saja yang sanggup terus berharap dan percaya walau berapa banyak luka dan kecewa yang perlu dihadapi dan hanya mereka yang benar-benar tinggi pemikirannya saja mampu melihat bahawa 'kemenangan suci' itu tak datang dalam bentuk ganjaran fizikal semata-mata sebaliknya setiap keringat yang kita curahkan dan pengalaman pahit yang kita kutip kemudian kita tebus kepada kemanisan dengan hanya bermodalkan satu perkara iaitu SYUKUR adalah kemenangan kita yang sebenar.memilih untuk membutakan mata hati dari melihat semua yang tersirat di dalam yang tersurat ternyata memang pilihan yang lebih mudah.untuk apa?kita adalah tuhan kepada tuhan,tuhan kepada manusia,tuhan kepada cinta,tuhan kepada bahagia,sebab itu kita harapkan 'mereka' berbakti kepada kita memberikan segala-gala yang sempurna untuk kita maka kalau tuhan turunkan musibah,manusia lakukan kesalahan,cinta mematahkan hati,bahagia menafikan segala usaha,bermakna 'mereka' teruk dan salah.bebaskan diri,jangan percaya lagi.

kenapa gua end up membebel pulak?di luar niat.gua sebenarnya cuma nak tulis yang gua rasa sangat tak selesa dan tak sedap badan hari ni.haih..apapun,kesimpulannya,selalulah tengok cermin dan sedar diri.tak payah nak harap semua benda harus baik-baik dan sempurna sepanjang masa.tuhan tu bukan hamba kita.suka nak marah,nak kecewa pada apa-apa yang tak memenuhi pengharapan,tapi fikir tak,kita ni bagus sangat ke?sesempurna itu ke kita untuk minta yang baik-baik dan membentak bila ada yang tak baik berlaku?tak payah perasan.betapapun kita malang kerana menjadi mangsa sesiapa/apa-apa,adalah sangat tipu untuk cakap yang kita sendiri tak pernah buat sesiapa/apa-apa menjadi mangsa kita.sebelum marah,kecewa,membentak,lari,berputus asa,silalah muhasabah diri dulu.ingat yang kita ni juga tak sempurna dan pernah buat silap,tak layak mahu menghukum dan membenci.dah,dah.layan lagu ni seraun."takut sakit baik pergi mati"


 Ngam Ho
(Spider)

Biskut rendam kopi o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho
Orang panggil hero

Kau hebat ada hebat lagi 
Kau ligat ada ligat lagi
Boleh untung mesti boleh rugi
Takut kalah jangan main judi

Biskut rendam kopi o
 Jangan kecoh 
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh 
Baru ngam ho orang panggil hero   

Kau kaya ada kaya lagi  
Kau lawa ada lawa lagi 
Ada mawar mesti ada duri 
Takut sakit baik pergi mati

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa sebegitu.tapi aku tidak mampu mahu minta cuti

broken_nigina berkata...

kalau minta pun,tak dapat.
:)

ghost berkata...

jangan meminta pada apa yang kau tak mampu tanggung...semua elemen yang menerpa disambut dengan pertahanan diri yang baik..sekalipun tidak sempurna tapi kita masih diberi keizinan untuk meminta yang terbaik untuk diri kita...

broken_nigina berkata...

nak maggi.