Sabtu, Jun 18, 2011

Tegar

gua tak terbuka sangat dengan perubahan,sebab tu daripada dulu gua tak banyak berubah.tapi perubahan tu,tak semestinya dari segi luaran,kan?kalau menilai kemajuan hanya melalui zahir,dari situlah mudahnya kita jatuh ke dalam perangkap 'sempit fikiran' sebab boleh menganggap seseorang itu mundur semata-mata kerana mereka kekal dengan keadaan mereka yang asal.kemajuan sebenar,kalau bagi gua lah,lebih terletak pada minda dan jiwa sebab akhirnya,kalau kita bersalin kulit pun,bertukar dan ubah segala-galanya tentang rupa,penampilan,gaya,kerjaya,rutin hidup,status tapi minda masih kekal di tahap yang sama,apa guna?tapi apapun,sebagai manusia yang kadang-kadang bersifat superficial,lebih mudah untuk mulakan perubahan dengan sesuatu yang boleh kita nampak lebih jelas.mahu lupakan kenangan bersama kekasih lama,kita mulakan dengan membuang barang-barang kenangan yang ada.walaupun tak semestinya itu boleh buat kita lupa tapi paling tidak nampak juga kita dah buat sesuatu.apa saja,asalkan kita boleh 'nampak' perubahan.

sebenarnya gua tengah hilang arah tuju apa jadah yang gua merepek.tulisan di atas adalah tulisan basi yang lama terperap kat dalam draft,saja gua korek sebab tengah kematian akal untuk membebel apa.bukan tak ada benda untuk dibebel,tapi lebih kepada tak ada rasa mahu membebel.jadi ini yang berlaku bila kita memaksa diri membuat sesuatu.untuk gua,kalau gua berfikir panjang,bermakna gua akan menjadi lebih kaku.ia tak serasi dengan sifat gua.kalau gua fikir,sejujurnya tak ada apapun yang gua mahu buat.memang tak ada apa.malah gua tak rasa ada sesuatupun yang berbaloi,yang benar-benar gua peduli.tapi itu,bahagian lain.tentang perkara-perkara yang kalau kita cakap,akan menjadi pendebatan orang.sebab ramai manusia yang rasa mereka lebih tahu perasaan kita daripada kita sendiri.maka bila sampai ke situ,gua lebih senang turutkan saja mereka,biar mereka fikir apa yang mereka mahu fikir.bila gua cakap gua rasa 'kosong',hanya gua sendiri yang lebih faham kosong macam mana yang gua rasa tapi memandangkan ada yang lebih tahu tentang 'kosong' gua daripada gua sendiri,jadi,tak apalah.gua layankan saja,just play along.

bermonolog dengan diri sendiri.garu-garu kepala dan goncang-goncang.this is not good.need to find something that can stir my emotion!susah betul jadi manusia yang cepat beku ni.entah sejak bila,mudah betul gua jadi 'sejuk'.sepertinya memerlukan kepanasan berpanjangan.alpa seketika,dah,jadi dingin dan membeku balik.dari mana puncanya?memang gua sedar dah lama gua tak berapa nak berfungsi secara sepatutnya dari segi perasaan dan emosi.kalau gua mahu ingat,kali terakhir gua masih tahu macam mana untuk bersedih dan berduka secara  normal,ianya....hmm....hmm....ok,gua lupa.it has been too long.mungkin masa zaman kanak-kanak.itupun,normal sangat ke?gua ingat masa umur gua lima tahun,gua pernah terpijak paku,kemudian gua cabut dengan bersahaja dan duduk tengok darah mengalir dari tapak kaki tanpa sebarang reaksi.kadang-kadang gua memang macam tu.tak ada perasaan.gua juga macam tak 'wujud'.i was there but i wasn't actually there.jadi gua dah terlalu biasa dikatakan sebagai 'khayal',hanyut,manusia yang sentiasa berada di dalam dunianya sendiri.ke mana pun gua pergi,walau gua tak pernah rancang akhirnya sebelum sedar gua dah pun menjadi the same 'perempuan loner yang suka berpakaian serba hitam dan sentiasa berada di dalam dunianya sendiri'.ok,jadi ini bawa kita balik ke perenggan pertama.tentang perubahan.

gua kira mungkin gua di tahap,apa guna bersalin kulit kalau underneath it all kita masih the same old person.tapi hanya satu pendirian dan teori tak cukup untuk mengikat gua menjadi seseorang yang berpegang kepada satu-satu prinsip dan fahaman tertentu.gua berpegang teguh pada prinsip,tapi gua yang tentukan prinsip hidup gua,bukan prinsip yang menentukan hidup gua.seperti yang pernah gua katakan kepada seorang teman,ia tentang flexibility.situasi yang berlainan memerlukan pendekatan yang berlainan.tapi malas nak hurai panjang tentang itu,cukup gua cakap gua memang tak begitu terbuka dengan perubahan dari segi rupa dan penampilan.kalau setakat sekali-sekala nak buat kelainan,boleh lah.tapi akhirnya gua tetap akan balik pada keadaan asal.

panjang-panjang punya cerita,akhirnya gua cuma nak simpulkan gua suka blog yang berlatar-belakang warna hitam,sebab tiada warna yang lebih indah dan selesa pada gua selain dari hitam.rasa sejuk dan redup mata memandang.jadi sebab tu,gua memang tak boleh lari dari gunakan warna hitam sebagai latar-belakang setiap blog gua.gila tegar,tak boleh nak ubah.dan lagi satu,gua tak boleh lari dari kekidalan gua walaupun kat dalam komputer.jadi sidebar,wajib berada di sebelah kiri.kalau tak,gua rasa macam kepala gua jadi senget sebelah.rasa kekok.

dalam-dalam konon tak rasa nak membebel,sudahnya jadi entri yang panjang jugak.sekarang baru teringat balik dan kembali berfikir.bila dah berfikir,jadi kaku balik.dah.malas dah nak taip lagi.
    

4 ulasan:

ghost berkata...

hitam itu kan menawan...

kalau setiap perubahan itu boleh digambarkan dengan nyata ianya suatu yang sangat mudah bagi kita untuk terus berubah..

broken_nigina berkata...

kerana nyata itu lebih sinonim dengan 'nampak',maka kita pilih apa yang lahiriah.:)

sahidzan berkata...

panjang jugak lu membebel..hik hik hik.

gua pun suka latar belakang yang warna hitam. gua tak tahu juga apa sebab.

mood gua jadi lain macam bila baca tulisan dgn background warna hitam. dudk yang bongkok akan jadi lurus. mata yang layu akan jadi segar.keterujaan itu lebih dari melihat warna-warna yg terang.

termasuk lah blog gua sendiri. setiap blog yg gua buat, mesti akan ada warna hitam.

Hitam itu kan misteri..kah kah kah.

broken_nigina berkata...

hitam itu indah,dan juga seksi.
hehe..