Jumaat, Jun 03, 2011

Sudah-sudahlah

setiap manusia itu ada sifat azali mereka sendiri dan gua dengan sifat azali gua,'menerima' itu bukanlah satu perkara yang fitrah.susah sebenarnya.sebagai manusia yang dilahirkan semulajadi dengan naluri sentiasa mahu mengawal,mahu menentukan,mahu mengemudi,pasrah tak datang mudah.hati yang memberontak dengan segala rasa tak puas mempersoalkan itu,mempertikaikan ini.macammana untuk sekadar akur dan mengangguk tanpa bantahan?bermacam-macam rasa,bergelut,bergolak.tapi gua sedar dan tahu kalau gua mengamuk meraung-raung pun keadaannya tetap sama,takkan berbeza apa-apa.jadi gua diam.diam dan pujuk hati.yang sudah tu sudah-sudahlah.lepaskan,lupakan.pujuk lagi,pujuk lagi,pujuk lagi.yang sudah tu sudah-sudahlah.



Sudah-sudahlah
(jinbara)

tidak perlu aku menangis lagi
tidak perlu kita bersedih lagi
tidak ingat lagi
apa yang terjadi hanyalah kata
diri yang memang tiada upaya
cuma yang ada ini sahaja
bersabar sajalah

kita hidup hanya jadi cerita
ada cerita yang jadi sejarah
pada kita semua
dapatkah dijulang semula
sama seperti mula-mula
tiada apa hendak dikata
berdoa sahajalah

dan memang terganggu
kadang-kala ia mula bertambah
atas hati yang tulus-suci
jangan kecewa
sia-sia kita bersama 
hidup di atas bumi nyata

kepalsuan....
mengapa jadi mainan
yang dalam 
yang kelam
sudah sudah sudah sudah sudahlah
yang dalam 
ada kelam
sudah sudah sudah sudah sudahlah


3 ulasan:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL berkata...

tidak salah rasanya jika maseh berharap.

sahidzan berkata...

sudah...sudah gua cakap.

let by gone be by gone.

tp melupakan itu sukar sebenarnya.

huuuuhhhh!

emosi.

ghost berkata...

setiap hari ajar hati untuk berkata begitu...pasti makin lama makin terpukul rasanya.