Rabu, Jun 01, 2011

Sekarang

hujan pasti akan berhenti,bila tiba masanya.sebelum tiba masanya,layankan saja kebasahan yang ada.sebab penawar itu,bukan pada penafian,bukan pada pelarian,bukan pada penipuan.penawar itu,bila kita menerima kesakitan dalam fitrahnya yang sebenar,dan merelai dengan jujur lalu pasrah dan redha pada masa untuk menghakis sedikit demi sedikit kesan kecelakaan,sehingga sampai satu hari,kita bangkit dan melihat kecelakaan itu sudah tiada bersalin kulit menjadi rahmat.sekali lagi,sebelum sampai waktu itu,selamat menderita kepada mereka-mereka yang sedang menderita.

*hidup ini tiada jalan pintas.tak perlu lari,tak perlu elak.hanya ada satu cara,hadapi.hadapi kesakitan sehingga ia tak mampu lagi menyakitkan.dan satu perkataan keramat-MAAF.sehingga lu mengerti apa itu kemaafan,lu takkan mengerti apa-apa tentang hidup.belajarlah.maafkan masa silam,maafkan takdir,maafkan luka,maafkan mereka,dan maafkan diri sendiri.

dan untuk nveil,tak my dear,gua bukan suka melihat orang menderita.hidup yang menjerut,adakalanya kelembutan menjadi pemancung paling kejam dan kekerasan sebenarnya,penyelamat paling teguh,yang memeluk erat dari kejatuhan,walau tanpa menjelmakan diri untuk dipandang di kalangan 'tangan-tangan yang prihatin'.jadi untuk kamu juga si makhluk bersayap hitam andai masih singgah di sini,gua sentiasa memerhati dari jauh dan mendoakan yang baik-baik kerana kasih itu adalah kasih,walau gua sekadar roh ghaib yang tidak diizinkan menjadi wujud di sana.berbahagialah kamu-kamu dan mereka-mereka kerana bahagia yang termanis datangnya dari derita yang terpahit.

dah,sudah.gua mahu sambung belayar ke laut berahi yang mengghairahkan.kehidupan yang masih dalam transit,kan?heh.belum tahu esok mahu tiba ke mana maka kita lupakan tentang esok.apa yang ada hanyalah malam ini.melebihi bintang di langit,hanya menatap kehangatan di genggaman,asyik dan mengkhayalkan.selamat malam,dengan senyuman.

5 ulasan:

ghost writer berkata...

betapa aku rasa cemburu kalau setiap malammu penuh dengan keberahian...

aku cuma menunggu di pelabuhan.

Tanpa Nama berkata...

aku suka 2nd paragraph

Tanpa Nama berkata...

eh apsal aku nak reply pakai google tak boleh eh..
-deaf

makhluk bersayap hitam berkata...

masih lagi menyayangi aku?

broken_nigina berkata...

sayang ada tarikh tamat tempoh?
mahu bicara,cukup kalau sekadar penutup.