Rabu, Jun 22, 2011

Pinjam

-'Hidup'-

Aku mahu hidup
Mahu hidup di kaki lima yang penuh drama
Mahu hidup di hutan rimba yang liar
Mahu hidup dalam gua yang sunyi
Mahu hidup dalam samudera yang misteri
Mahu hidup dalam salji yang membekukan masa
Mahu hidup di gurun pasir yang tak terduga
Mahu hidup di dataran hijau yang memabukkan
Mahu hidup di angkasa yang gilang gemilang..

Aku..
Aku mahu hidup
Aku ingin hidup
Merasakan aku hidup
Hidup yang sebenar-benar hidup
Menikmati segala sari pati hidup
Benar atau salah
Lurus atau herot
Kanan mahupun kiri..
Aku tak peduli
Aku mahu hidup!
... 

dia yang menyuarakan rasa aku..kredit kepada encik tangan kotor

2 ulasan:

pisau belati berkata...

semua pun mahu hidup.dan kau mungkin telah pun melalui kehidupan yang kau tuliskan di atas.samada secara tanpa sedar atau kau sendiri menyedari akan realiti itu.



mungkin?

broken_nigina berkata...

:)