Ahad, Jun 19, 2011

Pengulangan

seperti yang gua cakap berulang-ulang,gua bukan membenci atau apa-apa.gua cuma tak suka,tak selesa.what is it dengan pemikiran,kalau kita susah orang lain kena susah sama,kalau kita buat kerja orang lain kena buat kerja sama.lu nak buat,lu buatlah.suka hati lu.gua tak suruh,gua tak larang.tapi kenapa mesti nak libatkan gua?bukan kerja tu yang gua berkira.lebih kepada prinsip dan mentaliti.kenapa mesti ada pemikiran tak adil kalau kita seorang yang buat sesuatu jadi orang lain kena buat sama?tak boleh ke kalau nak buat sesuatu terus buat je,tak payah nak hirau dan peduli orang lain?kemudian nak bercakap tentang keikhlasan,tentang tak mementingkan diri sendiri.haih..lemau beb,lemau!

ini bukan cerita pasal 'nak memulihkan hubungan yang dingin','nak memesrakan ikatan'-itu jijik.it is how it is,and let it be.tak ada salah-faham,tak ada sengketa,tak ada apa-apa.it's just that i don't like her dan untuk keamanan sejagat,untuk keselesaan gua,untuk keselesaan dia,sekadar elakkan contact semaksima yang boleh.gua tak fikir dalam hidup ni kita perlu mempunyai hubungan dengan semua orang dan dia adalah seseorang yang gua tak berminat untuk mempunyai sebarang hubungan.bukan gua cakap gua anggap musuh dan takkan ambil pusing susah-senang,hidup-mati.tak sampai ke tahap itu.gua cuma lebih senang hidup dalam kehidupan masing-masing,buat hal masing-masing,tak payah nak susah-susah mencuba 'berkomunikasi'.ulang dan ulang lagi,bukan gua membenci cuma macam tu saja.janji tak mengganggu hidup satu sama lain dah memadai.tapi dia,seboleh-bolehnya nak juga mencuba mengheret gua dalam 'kehidupan' dia.gua tak suka sebab gua tak suka,dan apa yang gua tak suka,buat gua tak selesa jadi gua tak selesa untuk berhubungan dengan dia.

macam mana lagi mahu cakap?diri dia yang sememangnya gua tak suka,ditambah dengan pemikiran yang pada gua adalah sangat tak masuk akal ke tahap yang gua rasa nak cakap banyak pun malas.sesetengah orang memang takkan faham maksud buat sesuatu secara ikhlas dan apa itu kindness yang sebenar.dalam minda dia keikhlasan adalah sesuatu yang bila dia buat secara ikhlas adalah wajib untuk orang lain kena 'ikhlas' mesti bantu sekali dan kindness juga bermaksud bila dia mahu buat sesuatu yang baik adalah wajib untuk orang lain kena 'baik' mesti buat bersama-sama dengan dia malah kadang-kadang,kena buatkan UNTUK DIA.moto pegangan,"adil dan saksama".hotak lu!kalau nak buat benda betul-betul ikhlas,hati betul-betul baik,dah tak ada rasa kepentingan diri nak mempersoal adil atau tak adil itu semua.kalau ikhlas,ikhlaskan hati.kalau buat baik biar buat dengan sukarela.tapi kalau dalam hati tu berat semacam,nak buat benda sikit rasa berkira,rasa nak balasan,rasa nak orang lain tak boleh mesti kena keluarkan modal dan tenaga bersama,baik tak payah.tak ada sesiapa pun yang suruh lu buat 'baik dan ikhlas',beb.

but then,salah-satu perkara yang gua belajar daripada hidup,adalah sangat tak berguna untuk cuba merubah orang yang hidup dalam pemikiran dan khayalan bahawa diri mereka betul dan orang lain adalah salah.cakaplah macam mana pun,ajarlah dengan pengajaran kategori apa pun,tak jalan.memang tak jalan.pusing-tolak,khayalan dalam kepala tetap menayangkan cerita di mana mereka adalah betul dan ianya hanya orang lain yang tak mengerti dan tak tahu mentafsir dengan tepat.ia berbeza dengan orang yang secara warasnya sedar kelemahan dan kesilapan diri tapi degil tak nak berubah kerana ego dan sombong.ini,manusia yang memang tak rasa dan tak nampak langsung kesalahan dan mempunyai ilusi menebal bahawa mereka adalah baik,ikhlas,rajin serta mulia walaupun hakikatnya mereka adalah manusia yang paling berkira,paling self-centered,paling malas dan dengki.gua komplen bukan kerana nak cakap gua bagus tapi paling tidak gua sedar,gua memang tak bagus.ok,dah.
    

2 ulasan:

Pembunuh Tanpa Bayang berkata...

kau nak buat itu kau punya suka.tapi jangan sesekali kau paksa orang lain ikut sama.
hei,tak semua benda ynag kau suka,orang lain pun akan turut suka.

mahu keikhlasan hati dijadikan isu?
kau yang mengungkit tu,sudah cukup ikhlas?



jawab,jawablah!




*diam...







orang begini wajar di beri pengajaran!

broken_nigina berkata...

susah.kerana khayalan dalam kepala terlalu tebal,tak boleh ditembusi oleh apa-apa.mereka yang suka melihat apa yang mereka mahu lihat walaupun imej yang mereka lihat adalah bertentangan dengan hakikat sebenar.