Khamis, Jun 09, 2011

Maaf

apa yang gua mampatkan dan tutup kemas-kemas dalam hati sedang cuba membebaskan dirinya.gua sekat dalam minda yang sedar,ia datang ke dalam minda di luar sedar.datang ke dalam mimpi.rasa yang duduknya di dalam,sangat-sangat dalam,mampu bergelombang sendiri tanpa perlu difikir.menafikan,membiarkan,tapi sejauh mana?gua tak boleh lari dari diri sendiri.hakikat yang menyebabkan gua tak boleh lari dari 'dia'.dan 'dia' katakan pada gua,dengan kata-kata yang keluar dari bibir gua,"'selama gua benar-benar kenal 'dia','dia' sebenar-benar 'dia','dia' pasti tetap akan kembali mencari gua,walau berapa lama,walau berapa jauh.'dia',tak akan pernah tinggalkan gua,walau hilang,walau terpisah."..dan gua termanggu,tertanya-tanya..salah siapa sebenarnya bila gua dan 'dia' terperangkap dalam perhubungan yang terlalu dalam(gila) yang tak pernah mampu mati walau di kiri dan di kanan adalah jalan mati yang membunuh?gua,membesar dengan 'dia'.gua,mengenal dunia dengan 'dia'.gua,dewasa dengan 'dia'.gua,mengerti hidup dengan 'dia'.segala memori,realiti,yang mengikat gua pada tali halimunan hingga gua tak mampu pergi.

.
.
.
.

pertembungan antara akal dan hati.ada bahagian yang mahu bebas,ada bahagian yang mahu terus bertahan.tapi antara dua,tak satu pun benar-benar menguntungkan.bebas bermakna,gua hancurkan segala perit-jerih yang bukan sedikit,bukan kepalang.gua ranap dan musnahkan segala impian,segala harapan,segala hasrat yang gua perjuangkan lebih enam belas tahun dalam hidup gua dengan sia-sia.macam mana untuk gua buat macam tu?seharusnya gua bertahan.tapi bertahan juga,bererti gua terus membenarkan diri terbelit dalam perhubungan yang teramat rumit,yang tak habis-habis menguji,yang memakan dan menghakis segala ketenangan,segala kekuatan,segala semangat.bertahan dalam ikatan penuh samar yang kabur arah tuju dan terus-terusan menjerut rasa.mana 'dia'?gua tak tahu.gua tak ambil-tahu.gua membalas diam dengan diam.tapi mungkin celaka,kerana gua sentiasa tahu,di mana pun 'dia','dia' sentiasa cintakan gua.segenap naluri dan rasa gua sentiasa tahu.kerana gua kenal 'dia',lebih dari 'dia' kenal diri sendiri.

dan dari detik itu,bila gua memilih untuk 'tidur' kan segala rasa kemudian beralih arah,tak,gua tak berniat jahat.gua tak berniat untuk curang,menggatal,miang.gua cuma terlalu penat dan sakit.realiti menyakitkan.gua tahu dengan segala kewarasan,kita takkan dapat lari dari realiti,tapi setidak-tidaknya,gua mahu bebaskan diri walaupun seketika.duduk mengait bintang,berdansa dalam hujan,tenggelam dalam kehangatan dan keasyikan,buat gua gembira,ceria.dan sungguh-sungguh,gua berterima kasih untuk itu.tapi jauh dalam hati,gua takut.gua takut pada 'esok' yang bila-bila masa saja boleh membawa kembali realiti ke atas,menghempap kepala sehingga bersepai segala fantasi dan gua turut sama mengheret jiwa yang tak bersalah untuk berasa sakit.kesilapan yang gua biarkan berulang-ulang.kenapa terus-terusan mengheret orang masuk ke dunia gua dan berikan segala fantasi yang indah-indah kalau dari awal gua sedar,gua tak mampu jadikan fantasi itu realiti untuk mereka?tapi,tapi..diam.gua tak ada kata-kata lagi untuk itu.

dah.dah lewat.berhenti.