Selasa, Jun 21, 2011

Ingatkan, Sayang

manusia selalu terlupa,kita perlu ingat untuk lupa....

setiapkali cuba melupakan sesuatu,kita terlebih dahulu perlu mengingati perkara yang mahu kita lupakan sebab kalau tak,macam mana kita nak lupa sedangkan kita tak ingat?jadi ia sebenarnya kerja yang sia-sia.lebih mahu lupa,lebih akan ingat.sebab kita memaksa diri untuk memikirkan,apa yang kita mahu lupa.tapi,kenapa mahu lupa?

i'll keep it short since gua malas nak menulis panjang-panjang.memori,kenangan,adalah anugerah yang tuhan berikan dalam hidup kita.macam mak gua pernah cakap,ia adalah harta kita yang paling berharga,yang tak boleh diusik dan dirampas oleh sesiapapun.jadi kenapa perlu melupakan?sedih....

gua kira ia adalah satu kesilapan,kerugian.melupakan sesebuah ingatan.setiap memori yang tercatat dalam perjalanan hidup manusia membawa makna dan pengisiannya yang tersendiri.setiap satunya punya fungsi mencorak jiwa.mahalnya ia,tak boleh diubah,ditukar,dipindah milik dari sesiapa kepada sesiapapun.ia adalah milik kita yang diberikan tuhan khusus,begitu peribadi.maka ia seharusnya dihargai.kerana,kumpulkan seluruh manusia di segenap pelusuk bumi,takkan ada seorang pun yang akan mempunyai memori  sepenuhnya sama dengan seorang yang lain.uniknya....

kedewasaan itu,bukanlah lari dari masa silam.kematangan itu,bukanlah melupakan sejarah.ia tentang keberanian untuk menghadapi,seterusnya menerima.pada saat kita telah mampu untuk yakin bahawa setiap apa yang berlaku di dalam hidup adalah bermakna dan kita telah sanggup untuk berdamai dengan 'mereka',kita,telah menjadi dewasa.bagi gua,itulah makna 'meneruskan hidup' yang sebenar-benarnya....

dan lagu di bawah ini adalah sebuah lagu yang sangat cantik gubahan allahyarham j.s kevin..

"....ada lagi yang kau tinggalkan
ada lagi yang aku simpan
kenangan berlalu mana mungkin lupakan
aduhai saujana...."



Sedekah
(XPDC)

Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih

Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana oh...

Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana 

2 ulasan:

ghost berkata...

apa sekalipun kata-kata yang keluar atau ditintakan,tetap tidak ada yang mampu melupakan apa yang pernah terjadi..pada saat2 yang tiba tetap saja kita teringatkannya..kuat dan lemah.

broken_nigina berkata...

jadi,ingatkan saja sayang.
:)