Khamis, Jun 23, 2011

Hujung Infiniti

sepatutnya gua letih,mengantuk.malam tadi tak tidur terus.tapi gua tak letih dan tak mengantuk.gua duduk dekat tepi jendela,pandang skrin komputer,pandang pemandangan luar.pandang dengan pandangan yang kosong melamun entah ke mana.mungkin gua memang macam ni.sentiasa mengelamun,sentiasa melayang dalam dunia minda entah ke mana.

gua malas nak menulis sebenarnya.bila gua tak berada di depan komputer,ada banyak benda yang bermain dalam fikiran yang gua rasa mahu tumpahkan tapi bila sampai waktu berada di depan komputer,segala rasa tu dah pun hilang.agaknya memang macam tu lah.perasaan dan kemahuan manusia boleh tamat tempoh.kalau kehendak yang berkobar-kobar telah melewati garis hambar,ia telah jadi tak bermakna.mungkin macam bantuan pernafasan.dah tak bererti kalau nafaspun telah terhenti.

gua fikir,gua sepatutnya berada dalam angin jiwa yang girang,ataupun berlawanan dari itu tapi masih mengikut landasannya,dalam kelesuan.tapi kedua-duanya pun tak ada dan tak berlaku.apa yang ada ketika ini hanyalah suasana dan rasa yang mendatar,serta sedikit melankoli yang anehnya bila diselami tidak melankolik langsung.sekejap-sekejap terasa seperti gua sedang menjadi rama-rama yang terbang dengan ringan.sekejap kemudiannya terasa sedang menjadi tugu batu yang berat tak bergerak.mungkin gua sedang mabuk.mabuk dalam otak kerana kecelaruan malam-siang-malam yang telah berlarutan banyak hari.gua adalah manusia malam yang dalam masa yang sama juga adalah manusia siang.

entah apa yang gua merepek.walaupun hakikatnya memang setiap masa gua bercakap dalam keadaan merepek.biasalah.sebab gua juga manusia jadi terpaksalah menjadi seperti resmi manusia.menekankan tentang sifat pada diri seperti tanda-tanya padahal ianya sesuatu yang dah sedia diketahui sejak berwaktu-waktu lamanya.mengajukan persoalan tentang benda yang dah jelas.tapi gua mahu sambung lebih sikit dari hanya mati di situ.mungkin dalam hidup kita sebenarnya bertanya bukanlah demi jawapan semata-mata.persoalan dipersoalkan walaupun telah jelas jawapan demi secara tersiratnya menjadi satu bentuk muhasabah diri,renungan ke dalam.

heh.gua hanyut sekejap.jadi rama-rama yang terbang dengan ringan di satu padang yang samar-samar kelabu.samar-samar macam tingkap kaca yang berkabut dengan wap.tapi bila gua fikir balik,betul ke samar-samar istilahnya?ah,apa-apalah.gambaran minda gua,dunia dalam bayangan gua,perlu masuk bersama ke dalam baru boleh dilihat.gua yang sentiasa berada di alam lain walaupun berpijak di bumi nyata.tapi apa sangat kesan buruk dengan sentiasa menerawang di alam minda sendiri?hilang jejak ke gua daripada kehidupan sebenar?tergelincir ke gua dari melihat kenyataan?terluak ke kematangan dan intelektual,objektif dan subjektif,pegangan dan ideologi?tak.mampu letak kepala melangit di awan tapi kaki dan tubuh kejap terpasak dipaksikan realiti.

mata yang ke sana ke mari mengamati.apa yang gua pandang?kalau gelas separuh kosong,adalah sesuatu yang baik.kalau gelas separuh penuh juga,adalah sesuatu yang baik.gua hargai semua.yang buruk itu baik.yang baik juga baik.malah kalau yang baik itu buruk juga,ia tetap baik.macam segala intisari dunia walau sekeji-keji jadian tetap saja ada fungsi yang kalau tiadanya ia,boleh menjejaskan ekosistem bumi.cubalah berfikir dengan fikiran gua sekali,kalau mampu.tapi ketika melihat mereka sedang cuba masuk ke dalam fikiran gua yang di situ,gua sudahpun berjalan untuk pergi ke daerah pemikiran baru.gua zarah bebas di alam minda yang infiniti.maka kalaupun mereka rasa sudah berjaya memegang bentuk minda gua,gua sedang berada jauh di hujung sana tersenyum melihat apakah yang sedang mereka genggam di dalam tangan.jangan pernah hujungkan sebuah infiniti.

gua rasa,gua sebenarnya letih.cuma letih yang baru lahir itu telah ditenggelami oleh keletihan terkumpul yang semak menimbun.jadi gua tak nampak letih yang baru lahir itu lalu otak gua pun tertipu fikir ia tak ada sedangkan hakikatnya ia ada.terlalu sedikit dengan terlalu banyak itu bila dipusing-tolak sebenarnya membawa kesan yang lebih-kurang sama saja.terlalu sedikitpun jadi tak rasa,terlalu banyak pun turut buat jadi tak terasa.tapi sudahlah.dengar-dengarkanlah pula keperluan tubuh badan sendiri.selama ni menuruti kemahuan dia itu,kemahuan dia ini,permintaan mereka itu permintaan mereka ini,sekali-sekala cuba turutkan kemahuan dan permintaan badan sendiri pula.dah terlalu kerap menangkan nafsu dan tuntutan hati,tukarlah pula layan tuntutan jasad fizikal.kalau yang penting hanyalah wadah dalaman,takkan tuhan ciptakan kita memiliki tubuh fizikal nyata.

patut berhenti merapu kat sini sebelum lebih hanyut merapu.dengar cakap tubuh,tidur awal.nanti kalau-kalau terus degil,kalau tubuh memberontak buat hal balas dendam pada kita yang selalu mengabaikan dia macam mana?kita juga yang susah.baik,baik.habis sini.
                

6 ulasan:

ghost berkata...

layan letih tuh dulu..nanti baru leh segarkan minda.badan yang cergas menjadikan minda yang cerdas.woha!

broken_nigina berkata...

rasa nak minum milo pulak tiba-tiba.

Sutera_suci berkata...

Milo panas memang teman terbaik untuk buat tido.

broken_nigina berkata...

tolong buatkan?
;p

~Kenanga Suchi~ berkata...

walau letih... masih tercoret panjang di screen ini... rehatlah... pulihkan jiwa yang letih...

broken_nigina berkata...

kisah hati-dah rehat dah malam tadi.insyaallah,cukup.