Khamis, Jun 16, 2011

Bintang Kegemaran

mahu menulis tentang tajuk di atas,tapi sudahnya hanya membuang masa.taip,padam lepas tu taip lagi dan padam lagi dan yang keluar akhirnya cuma entri yang tak ada kaitan langsung dengan bintang atau kata lainnya,zodiak.pun,gua tetap kena siarkan juga post ni sebab gua dah niatkan.gua cuma manusia yang bila dah berniat nak buat,gua mesti kena buat.mahu bermakna mahu.takkan aman selagi tak laksanakan kemahuan.itu kekuatan,dan juga kelemahan.tapi kerana hidup ini dibataskan ruang dan keadaan,kadang-kadang kemahuan itu tersekat dan kemahuan yang tersekat itu yang buat gua bertukar menjadi dingin dan beku.samaada mahukan sesuatu sangat-sangat,atau tak mahu langsung.ya,gua seorang yang ekstrim dan gua tahu.sentiasa dalam proses untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri.

baik.sebenarnya tulisan ni tak ada motif dan kepentingan langsung.hanya menulis sebab mahu menulis.esok-esok,kalau ada angin,gua akan tulis balik tentang bintang kegemaran yang lebih bertepatan.tapi gua jarang sangat bila dah berhenti akan sambung balik,melainkan kalau ia sesuatu yang berterusan dan hanya direhatkan seketika.beza antara pause dan stop.

gua jarang akan kesal lepas sesuatu benda dah terjadi.contohnya,berhabis duit membeli-belah ikut perasaan.what is there to regret?gua biasanya hanya akan menikmati barang-barang yang gua dah beli dengan rasa senang dan puas.gua orang yang lebih menikmati 'hasil' daripada menyesali tindakan.begitu juga kehilangan.bila dah hilang,nak buat macam mana lagi?dah hilang,hilanglah.gua memang mengambil-mudah,apa-apapun.itu adalah sifat semulajadi gua.jadi dengan sifat semulajadi yang mengambil-mudah segala-galanya,bila gua cakap gua kesal,bermakna perkara itu adalah amat besar impaknya terhadap gua-sila tolak tepi penggunaan istilah menyesal dalam perbualan biasa macam menyesal tak tidur awal dan bla bla bla-.

ok,dah malas nak merepek lagi.
   

Tiada ulasan: