Jumaat, Jun 24, 2011

Abadikan

kerana tarikh hari ni sangat cantik,maka gua terpaksa buat satu entri semata-mata untuk tangkap tarikh tersebut kat dalam sini.menangkap 24,nombor paling indah di alam semesta pada pandangan gua.

memandangkan gua menaip tidak ikhlas,maka logiklah gua sebenarnya tak ada apa-apa yang khusus pun untuk diperkata.gua nak pergi johor nanti.terus dari rumah keluar kerja hari ni,tak balik lagi.tapi tiket bas belum beli pun.gua kekeringan di tahap melampau gila bulan ni.semalam dah selamat korek tabung yang makin lama makin ringan tak pernah bertambah berat sejak beberapa lama.tapi sebab pokok gua tak pergi beli tiket lebih awal adalah malas.nah,jujur saja kan mudah.daripada susah-susah pusing sana pusing sini buat alasan.gua malas.jadi hari ni terpaksa berjudi.bawa beg segala ke sana,tengok masih ada tiket atau tak.senang saja perhitungannya.kalau gua ditakdirkan ke johor,waima apa sekalipun pasti masih ada tiket dan juga sebaliknya.gua tak kisah.let's begin the deal.

sekarang,masa untuk bersiap.selamat,semua.

Tiada ulasan: