Sabtu, Mei 28, 2011

*Tuut

gua bosan.

hahaha..

ok.tambah sikit.

gua masa kecil-kecil dulu selalu minum darah.secara tak sengajalah.sebab gua dulu selalu berdarah hidung,berdarah yang banyak,yang boleh berlarutan sehingga berjam-jam,sampai muka gua pecat lesi nampak macam dah nak mati.bila hidung gua berdarah,manusia suka suruh gua bersandar dan dongak kepala ke belakang,konon jangan bagi darah mengalir keluar.tapi diorang tak tahu darah tu mengalir masuk ke dalam tekak gua.tak sedap pun.darah merah campur darah hitam yang beku pekat memenuhi tekak dan mulut gua.sampai gua tersedak-sedak darah.tapi macam biasa,'mereka' lebih tahu'jadi gua kena tahan duduk macam tu terpaksa telan dan minum darah sendiri.rasa macam besi.

gua sekarang,dah rasa gua tua.walaupun umur tu tak adalah tua sangat,29 masih remaja apa,tapi perasaan gua macam tu lah.gua rasa dah tua di tahap pencen yang mana gua cuma nak duduk rehat-rehat dalam kehidupan yang santai.berkebun dan tengok ayam itik orang kata.rata-rata,kebanyakan 'rakan sebaya' gua dulu-dulu yang pernah rebel nak mampus bapak samseng segala,pun dah bersara.semua hidup santai aman-damai.dah lepas zaman huru-hara zaman havoc.semua dah jadi 'baik'.

gua bosan ni jadi gua merapu.gua berbual dengan blog yang mana blog tu adalah diri gua sendiri jadi gua sebenarnya layan berbual dengan diri sendiri.kadang-kadang gua ni suka memprovokasi orang.bukan provokasi ajak gaduh bodoh-bangang tu tapi gua suka nak buka perspektif yang lain yang berlawanan dengan pandangan kebanyakan.kadang-kadang ia buat gua nampak macam suka sesuatu tu atau tak suka sesuatu tu tapi bosan kan,kalau semua orang pakat angguk setuju je.perlu ada pembangkang jugak.ini bukan masalah nak berdebat berpidato,tapi lebih kepada membanyakkan pendapat.bila lu fikir dari pandangan a,cuba tukar pulak fikir dari pandangan b.memang suka.saja.

gua ni memang susah sikit nak dengar kata.gua takkan senang-senang nak ikut cakap orang.gua takkan senang nak menerima.even mak gua dulu pun pernah cakap,gua ni tak boleh ke dengar je kata orang tua,kenapa mesti nak membantah nak mempersoal.tapi mana boleh macam tu,kan?kalau belum tahu lah yang gua ni degil,ok,sekarang dah tahu.gua memang degil.memang dah sifat azali gua degil dan suka melawan.

gua bukan apa sebenarnya.kadang-kadang bila tengok orang senang-senang bercakap tentang sesuatu,gua rasa nak tahu orang tu sedar dan faham ke tak benda sebenar yang dia dok bercakap.kalau pusing kot lain,tentang topik yang lain pun,contohnya bola sepak ke,sama jer sebenarnya.apa-apa pun yang lu dok bercakap,lu tahu ke lu bercakap apa.sebab bagi gua,teori dan amali adalah benda yang sangat-sangat berlawanan.macam pasal isu ejekan 'tak cukup kasih-sayang' yang gua tulis dulu.lu ketawa senang-senang mempermainkan statement macam tu pada orang,lu tahu ke tak makna sebenar tak cukup kasih-sayang.jangan nak melawak buat main benda yang bukan main-main.

gua suka faham betul-betul,suka fikir jauh-jauh,bila gua mahulah.apa yang kita ketawakan,kita buat main,boleh saja terkena balik pada kita atau pada orang-orang yang kita sayang.walaupun katalah hari ni kita tak kisah pasal apa-apa dan siapa-siapa dan kita tak takut pun apa yang kita sebut tu menimpa diri kita sendiri,kena sentiasa ingat sesaat daripada saat ini pun segala-galanya boleh berubah.kita takkan tahu.hari ni waktu kita harap sangat nak mati kita tak pernah tahu rupa-rupanya esok kita mahu hidup,mahu hidup sangat-sangat.sebab tu orang kata,berhati-hati dengan apa yang kita kata kerana kata-kata boleh menjadi doa dan doa boleh dimakbulkan di saat kita dah tak nak ia dimakbulkan.hidup yang penuh ketidakpastian ni.sebab itu gua cakap,berhati-hati,sayang.


kadang-kadang benda berlaku hanya macam tu saja.mengandung,gugurkan kandungan,buang bayi.kita waktu tak berada di kedudukan tu boleh lah cakap macam-macam tapi benda besar yang nampak maha besar boleh berlaku dengan kesilapan yang sekali yang betul-betul tak diniatkan untuk jadi macam tu.siapa yang tahu masa depan?mungkin akan ada satu hari bila kita lakukan kesilapan,hanya sekali,sekali yang betul-betul hanyalah sekali silap tapi yang sekali itu mencetus segala kekalutan yang memusnahkan segala-galanya.bila tertekan,panik,buntu,hilang arah,tak semudah itu untuk kita masih boleh berlagak cakap kita takkan buat benda bodoh dan keji.sebatang mancis  boleh membakar sebuah bangunan dan merentungkan jiwa.sesaat lelap boleh mencipta kecelakaan sehingga membunuh banyak nyawa,sedetik hilang sabar boleh meruntuhkan rumah tangga.ia hanya perlukan satu dan sekali.yang membezakan antara hidup atau mati,secuit lalai.hanya itu.

dalam tak nak bebel panjang,jadi panjang jugak.kadang-kadang gua rasa gua ni ada masalah mental.terlebih hormon.ada ke satu hari update entri sampai berturut-turut dan berjela-jela pulak tu.bengong betul.dah,dah.pergi duduk diam.get a life!

6 ulasan:

Mat berkata...

sedap.. Sedap... Hehe..

Gi lepak mapley la tengok bola layan borak

broken_nigina berkata...

cadangan itu tidak relevan.jangan ajar perempuan ayu berkurung di rumah keluar lepak malam2.haha..

ghost writer berkata...

setiap kesilapan pasti akan terhukum...dan sudah pasti akan terbuka peluang kedua barangkali untuk kita...

broken_nigina berkata...

yang nyatanya,tak sepayah itu untuk buat kesilapan.maka berhati-hatilah dalam mencemuh orang.kan?

In transit berkata...

tua, degil dan suka membebel. Bagus.

broken_nigina berkata...

thank you for the compliment.huhu.