Selasa, Mei 17, 2011

Kepimpinan Melalui Tauladan

kerohanian dan agama pada gua adalah topik yang berat dan jarang-jarang gua sentuh sebab mengambil kira faktor 'kewibawaan' dan juga dipengaruhi oleh perasaan malas,sejujurnya.bila kita bercakap tentang sesuatu perkara yang tak selayaknya untuk kita percakapkan,ia samaada kita akan tanpa sengaja boleh memesongkan fakta atau boleh menyebabkan orang semakin hilang keyakinan tentang perkara baik yang cuba kita perkatakan kerana lumrah manusia menilai isi percakapan kita melalui imej bawaan kita.atas dasar itu,gua mengelak dari bercakap apa yang akhirnya akan memakan gua balik.untuk memberi nasihat kepada orang,adakah gua sendiri terlebih dahulu mengamalkan nasihat itu?dekat sini jatuhnya hukum 'kewibawaan'.macam mana untuk membuat orang terima jauh lagi mengamalkan nasihat yang kita beri kalau kita sendiri tak mampu menjadi contoh kepada pegangan yang kita sendiri laung-laungkan.

banyak benda yang cuba gua elakkan sebenarnya.kalau sesiapa pernah membaca blog gua dari awal,boleh nampak rasanya penulisan gua sekarang dah 'lebih sopan' berbanding masa awal-awal dulu.gua mengelak dari menyelar pihak lain dengan terang-terangan atas rasa kesedaran yang gua ini bukanlah bagus sangat tapi kalau terlampau mengambil jalan selamat juga akan buat kita hilang 'identiti'.tak ada manusia yang mampu menjaga dan memuaskan hati semua pihak,kan?jadi,bercakap pasal kewibawaan ini,tanpa niat untuk memperlekehkan sesiapa melainkan hanya jujur meluahkan pandangan secara ikhlas,gua rasa gua tak mampu untuk begitu menghormati 'kata-kata mulia' yang dikeluarkan oleh mereka yang secara sangat nyata bercanggah dengan apa yang mereka cuba sampaikan.sorry,no offense.gua cuma rasa agak sukar untuk memandang tinggi mereka yang hanya gah dari segi teori tapi amalinya tidaklah sebaik mana.

apa yang gua maksudkan kat sini,bukanlah 'selagi kita tak sempurna kita tak layak menegur dan menasihati orang lain' tapi lebih kepada,'jangan jadi alim dengan perkataan semata-mata'.gua bukan apa.cuma hairan dan rasa tertanya-tanya macam mana kita,saban hari boleh menulis memuji kebesaran Dia,menyebut tentang kemuliaan Dia,bercakap sikit-sikit diselitkan kata-kata zikir,hadis,tapi saban hari juga bertepuk tampar bersalam-salaman dengan jantina berlawanan,tak tutup aurat malah berpakaian menjolok mata terdedah sana-sini,belum lagi dikira darjah iman yang setiap saat berubah-ubah tak pernah kukuh.gua tak kata salah mengingati dan memuji Dia,cuma memuji dengan perkataan tapi dalam masa yang sama 'menghina' dengan perbuatan,sebalik dari mendatangkan keinsafan ia hanya nampak seperti bahan lawak.kita melawakkan diri sendiri tapi apa yang lebih teruk adalah kita secara tak langsung telah melawakkan agama.

lagi sekali gua rasa tak salah kalau kita berfikiran terbuka menerima nasihat yang baik dari seseorang tanpa menilai peribadi mereka.tapi itu bagi gua adalah pencetus kepada mentaliti yang menganggap teguran keras ke atas perbuatan yang salah sebagai satu bentuk keangkuhan dan berlagak sebagai tuhan mahu memegang cop mohor syurga-neraka.kita jadi terlalu asyik dengan kata-kata lembut dan berharap setiap perbuatan kita ditegur dengan penuh kehalusan dan pujukan manis,dan menolak pendekatan selain itu.kita terlalu manja.bukan mahu buka mata dan cermin diri sebaliknya melatah dan menyelar kembali orang yang menegur kita hanya kerana mereka tak memanjakan kita dengan teguran halus penuh sopan-santun.kita mengharapkan orang memberi perhatian hanya pada kebaikan kita tanpa menjadikan kelemahan kita sebagai alasan untuk menidakkan kewibawaan kita dan itu,boleh buat kita leka dan hanyut dalam sentimen 'tak apa'.satu titik hitam yang boleh dimaafkan dengan sehelai kertas putih.

jelasnya,setiap sesuatu apa pun,pasti tak lari dari mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya tersendiri.kalau kita terlalu memberat ke arah satu pendirian tertentu,kita boleh hilang keseimbangan.untuk memendekkan cerita,kalau kita hanya percaya yang kita perlulah memandang kebaikan seseorang tanpa menghakimi keburukan mereka maka kita akan jatuh ke satu titik bila kita jadi buta pada keburukan yang wujud,sengaja atau tidak.semua orang semakin lama akan semakin takut untuk menegur dan mengkritik kesalahan seseorang.semua orang jadi semakin sensitif,semakin manja.semua orang hanya mahu jadi baik-baik memuji kebaikan dan tak ada yang mahu jadi 'jahat' untuk menegur keburukan.gua ambil contoh paling mudah,tentang pakai tudung.sekarang ia dah jadi perkara yang seolah-olah taboo yang sedaya-upaya cuba dielak dari dibincang secara terbuka kerana ianya isu 'sensitif' yang boleh menyinggung banyak pihak.hatta gua sendiri pun jujurnya tak pernah menegur kenalan yang tak menutup aurat walaupun gua tahu ada hadis yang menggariskan 'setiap urat rambut wanita yang diperlihatkan secara sengaja kepada kaum bukan muhrim bersamaan dengan 40 tahun dalam neraka'.dan juga secara berlawanannya,kalau kita hanya fokus pada keburukan,kita akan buta pada kebaikan yang ada.jadi,kata kuncinya adalah sederhana.buka minda tapi bukan ke tahap yang terlalu terbuka sampai menerima dan menelan saja segala-galanya walaupun ia terpesong dan salah.memang tak ada cara lain.hanya sederhana dan berhikmah,mencari jalan tengah untuk menimbang-tara sesuatu perkara secara adil dan 'case to case basis' sebelum meletak hukum dan memilih pendirian masing-masing.

bagi gua,gua cuma rasa ianya menjelakkan bila kita hanya tahu berlagak dengan perkataan tanpa punya kewibawaan yang selayaknya.bukan pasal agama saja sebenarnya tapi pasal apa-apalah.mungkin memang ianya peribadi pada gua sebab secara peribadi gua memang agak kurang dengan mereka yang suka bercakap macam baik sangat.madah tentang kemuliaan itu ini,berhadis berzanji segala bagai,tapi hakikatnya habuk pun tak ada.jadi,sendiri mahu ingatlah.macam mana gua nak pandang tinggi bila lu bercakap pasal tuhan pasal agama pasal segala tapi lu tudung pun tak pakai,rambut siap berwarna-warni,baju ketat seluar ketat duduk nampak seluar dalam,lepas tu lu bergambar rapat-rapat pegang-pegang dengan bukan muhrim.serius,macam mana?the point is-don't just talk the talk but make sure to walk the walk.

2 ulasan:

sahidzan berkata...

menegur seseorang yang kemudiannya menegur kita semula dengan teguran yang sama kita beri pada dia mulanya.

senyum pahit.

broken_nigina berkata...

:)