Selasa, Mei 24, 2011

Babak Akhir

kebenaran itu pahit,kelat dan kadang-kadang macam celaka tapi seburuk mana pun,ia tetap kebenaran jadi gua telan setega-tega yang boleh dan akan menghadam supaya ia menjadi sesuatu yang boleh mengajar gua untuk hidup.menutup cerita sepenuhnya dan memutuskan saki-baki pertalian yang tinggal dengan kewujudan yang mana di dalam kewujudan itu gua telah ditiadakan,percuma.dikerat,dibuang,dicantas,cerita yang biasa tertulis dalam hidup gua.entah kenapa,dengan cara tersendiri mereka-mereka itu sepakat memutuskan hidup adalah lebih baik dengan ketiadaan gua.mereka sama setuju gua adalah barah yang perlu dihapuskan sebelum ia melarat,kebanyakan masanya dan pada masa yang lain,gua cuma 'beban tambahan' yang tidak diperlukan.

ya.sudah lali sebenarnya.gua fantasi,gua khayalan,gua kemahuan,gua 'guilty pleasure' dan gua apa saja kecuali kenyataan dan keperluan.sebab itu gua diidam,hanya ketika mereka sedang mabuk dan hanyut.atas itu,gua ambil kesalahannya pada bahu gua sendiri kerana gua akui gua sendiri secara tanpa sedar meletakkan gua menjadi bukan hakikat sampai akhirnya gua sudah terlupa bagaimana untuk keluar daripada kedudukan itu..rasa dah berkurun-kurun yang lepas sejak kali terakhir gua benar-benar berada di dalam perhubungan yang boleh disebut sebagai perhubungan yang sebenar.

baik.ini sebenarnya bukan apa-apa.sekadar kesimpulan,penutup.untuk segala rasa pengertian,keikhlasan,ketulusan yang dibakul-sampahkan,gila bermimpi kalau gua mahu percaya yang gua ini istimewa dan akan selamanya diingati dalam memori penuh makna malah andaikata itu benarpun,pada titik sesudah garis penamat dilewati,ikhlas,ia secebis habukpun tak bernilai apa-apa.samaada mahu mengenang gua atau tidak,tak lagi menjadi urusan gua.i don't give a damn.bila tamat,bermakna tamat.mati adalah mati.bukan kelahiran kedua,bukan pembaharuan semula.mati pada gua adalah mati dalam ertikata paling dasar,iaitu hanya mati.jadi seperti yang dikehendaki,gua letakkan segalanya sebagai mati dan gua kuburkan di satu sudut dalam perjalanan hidup dengan begitu saja,bagai membuang sesuatu yang sia-sia dan tak punya kepentingan.seperti selalu dan selalunya,diminta tak mempunyai perasaan dan menjadi keras seperti keluli.

tak apalah.akan sedaya-upaya menerima tanpa ketidakpuasan hati.gua bukan pendendam.apa yang dah berlalu adalah sesuatu yang dah tak berbaloi untuk terus-terusan diheret menjadi penyemak hidup.sungguh-sungguh,apa saja sesudah titik itu dah tak berkepentingan apa-apa untuk gua.mahu bahagia,mahu derita,ia tak bersangkut-paut dengan gua.gua ni mudah saja.gua tak tahu macam mana untuk buat sesuatu yang dah tak ada makna dan tak berkaitan dengan gua menjadi ada makna dan berkaitan dengan gua lagi.gua tak mungkin akan faham sentimen berasa puas melihat teman lama menerima balasan dilukakan dan sebagainya kerana,gua peduli apa?ya,peduli apa gua?mereka abadi di hati gua,tapi hanya dalam kenangan,seperti kenangan orang yang dah mati dan mereka yang selepas 'kematian' itu,bukan lagi sesiapa melainkan hanya manusia-manusia yang mempunyai jasad serupa tapi tak ada apa-apa kaitan dengan gua.pergi dan pergi saja.yang sebaiknya,pergi dan hidup bahagia jauh-jauh.tapi dekat ke jauh ke,sebenarnya,suka hatilah.

gua terlajak waktu tidur tapi tak apa.selama masih bernyawa,esok tetap saja hari yang baru.tarikh baru,kisah baru,terbuka untuk segala-galanya yang baru.dan sebenarnya,hanya kehidupan yang sama.tak ada apa yang hilang dan kurang.macam yang selalu gua cakap,perkara berlaku,perkara berlalu.tak lebih,tak kurang.apa yang manis tetap kekal menjadi manis dalam memori,dan begitu juga yang pahit.simpan dan kuburkan seperti apa yang seadanya.itu saja....and you're gone to me as much as i'm gone to you.atau mungkin,tak pernah berlaku.

*menghapus jejakmu,yang tak pernah berbekas kerana pada hakikatnya,khayalan tetap hanyalah khayalan semata-mata.

ok bye.


2 ulasan:

Nveil berkata...

fuhh. komen dulu, baru baca. :D

:: Wiween :: berkata...

gua suka lagu ni hehe