Jumaat, April 22, 2011

Wajah Dalam Cermin

watak yang sekejap hangat,sekejap dingin....sebenarnya,gua tak boleh bagi penjelasan untuk itu.tak ada hujah bela.gua tak tahu apa alasan bagi mewajarkan perwatakan seseorang yang sentiasa berubah dengan mendadak sehingga menjadi sangat berlawanan dari masa ke semasa tapi gua tahu ia bukan sesuatu yang disengajakan.antara menjadi api yang hangat atau ais yang dingin,dan menjadi amat mesra kemudian kaku membeku secara tiba-tiba,ia hanya macam tu kerana ia macam tu.isyarat yang bercampur,tindak-tanduk yang menggambarkan maksud yang saling bertentangan.memanggil,tapi mengusir.menghampiri,tapi menjauhi.macam mana mahu memberi hujah bela dan berharap orang akan menerima saja yang ia macam tu hanya kerana ia memang macam tu,seadanya.bukan mudah.dan hakikatnya gua sedar gua sendiri juga termasuk dalam golongan manusia seperti itu jadi dengan diri sendiri sebagai salah-seorang,gua seharusnya mampu untuk lebih mengerti 'puak' gua sendiri.ia seperti melihat cermin,walaupun lumrah,kita tak selalu suka apa yang kita lihat di cermin.

3 ulasan:

Nveil berkata...

teringat baik lagu M.Nasir,

'dibalik cermin mimpi, aku melihat engkau,
didalam engkau, aku melihat aku'

broken_nigina berkata...

kita semua cermin masing-masing kan dear..
:)

Dark Half berkata...

hanya kau saja yg paham maksud tersirat. aku terlalu lampi untuk hadam