Khamis, April 07, 2011

Tahu VS Tindak

gua rasa yang payah dalam dunia ni bukan mencari jawapan,tapi melaksanakan jawapan.macam ilmu itu mudah tapi amal sangat payah.masalahnya bukan dalam membebaskan diri dari kejahilan,tapi menghentikan diri dari terus berlagak jahil.kita,tahu banyak benda,tapi mengetahui bukan bermakna menerima malah menerima juga bukan bermakna mahu akur.kita saja suka mencabar.sedar tapi enggan percaya.mahu terbang ke langit,mahu naik ke bulan,mahu menguji batas dan kemampuan dan mahu terus meneroka segala zat rahsia.apa yang gua fikir,berhenti cari jawapan di luar dan balik ke dalam diri.tapi itulah,lagi sekali.yang payah dalam dunia ni bukan mencari jawapan,tapi melaksanakan jawapan.bukan tak tahu,cuma tak bertindak.contohnya,gua sedar gua dah lewat untuk bersiap ke pejabat,tapi ada tak gua cuba buat apa-apa?tak.gua abaikan waktu di jam dan berpura-pura semuanya baik-baik saja.buta kerana sengaja memilih jadi buta.

Tiada ulasan: