Selasa, April 26, 2011

Pesanan

tetamu istimewa yang gua tunggu-tunggu,akhirnya dah tiba.

dan hakikatnya,gua tak mudah suka pada orang,jauh lagi untuk sayang dan cakap gua sayang.gua takkan tertarik dan berminat pada sesiapa semudah itu.and regardless how it may seem,gua bukan seseorang yang mudah berubah hati dan bertukar selera.untuk gua berminat pada sesuatu bukanlah perkara yang berlaku setiap masa jadi untuk gua hilang minat setelah bukan senang mahu meminati,juga bukan perkara mudah.gua bukan budak-budak yang senang nak bertukar-ganti minat dan selera,jauh lagi perasaan.payah suka,payah lupa.jadi gua berharap tak ada sebarang permainan dan teka-teki dalam soal rasa yang ikhlas.

as i said before,

"untuk selama-lamanya,untuk setahun,untuk sebulan,untuk sehari,dan walau hanya untuk semalam..masih mahu yang terdalam..gali dan bongkar,dan persembahkan..hanya dengan kerelaan.

untuk selama-lamanya,untuk setahun,untuk sebulan,untuk sehari,dan walau hanya untuk semalam..masih mahu yang luhur..buka dan telanjangkan,dan serahkan..hanya dengan keaslian."

manusia datang dan manusia pergi,dan setiap kehilangan,tiada siapa yang menang atau kalah.


yang ada cuma manusia rugi,kalau melepaskan sesuatu yang berharga dan bermakna.

gua hanya enggan melepaskan sesuatu sebelum masanya dan mahu mempertahankan,selama ia masih punya makna.



so give me a sign..if u still want me to stay.

8 ulasan:

Nveil berkata...

rasa macam dituju.

makhluk bersayap hitam patah berkata...

world keep crashing and forcing me.



as if there's a Russia roulette.


to end it all.

catherine- berkata...

gua hanya enggan melepaskan sesuatu sebelum masanya dan mahu mempertahankan,selama ia masih punya makna.

terkesan.

ghost writer berkata...

tanda-isyarat telah pon kamu beri maka bersabarlah menunggu kedatangannya.Dia akan datang dan memenuhi apa saja keinginanmu..

broken_nigina berkata...

nveil-duduk diam-diam,ok?:)

broken_nigina berkata...

makhluk bersayap hitam-jangan lepaskan tangan orang yang takkan melepaskan tangan kamu walau ketika dunia sedang hancur.sebab hidup ni,manusia sentiasa datang dan pergi,tapi tak semua mampu kasih pada jiwa kita,bahagian yang terbaik dan bahagian yang terkeji.

dunia,dengan menyembelih leher sendiri dan mati seribu kali,masih tak akan puas.jadi kalahkan mereka,untuk menangi diri.

betapa kamu berlagak kuat dan kejam,u'r still a kid,yang perlu dipeluk dan dilindungi dari segala ancaman kehidupan.malah,kita semua juga adalah kanak-kanak,yang berlakon watak orang dewasa.

cari diri,cari arah,cari 'hidup'.

and pardon me,kerana tetap melihat dan merasai..walau dengan seribu lapis topeng bersarung di muka.

broken_nigina berkata...

catherine-kita manusia suka melepaskan apa yang sepatutnya digenggam erat.

broken_nigina berkata...

ghost writer-dia tahu walau tanpa isyarat.mahu datang atau tidak,adalah tertakluk pada dia.tapi tu semua tak penting sebenarnya.dia sendiri dalam kabut cuba mencari jalan pulang pada 'diri'.