Jumaat, April 29, 2011

'The Moment Of Truth'

berdiri di satu sudut dunia dan cuba mencari nilai diri.siapa gua?di mana wujud gua?di mana harga wujud gua?menelan sejuta diam dan melukis kebenaran pada dinding otak.gua wap di dalam kabus yang bergelut mahu menjadi pepejal.gua ilusi di dalam fantasi yang meronta mahu menjadi realiti.gua si nujum yang telah melihat masa depan dan bertungkus-lumus cuba lari dari perangkap takdir.tapi,larilah sampai ke hujung dunia dan kembali semula ke tempat mula lebih seribu kali,takdir itu akan tetap menjadi takdir.maka gua hilang kata.dalam kepadatan udara,tiada ruang untuk susuk kabus menjelma ke dalam bentuk tubuh.hanya kebenaran demi kebenaran yang dipelantingkan ke kepala setiap kalinya untuk memadatkan takungan darah di dalam awan hitam,dan gua adalah awan hitam itu.lalu gua mengerti hari akan hujan,di dunia gua.

bila awan terkoyak menggugurkan segala takungan maka berlakulah hujan darah.mata kasar yang kabur dengan kemerahan namun membuka mata akal dan di detik di mana mata akal menjadi celik melihat kenyataan,samarkanlah dengan khayalan paling hebat yang pernah adapun,sudah tak boleh menutup hakikat.mata yang telah terkopak kelopaknya daripada memejamkan realiti.lantas di satu sudut dunia itu,gua sedut nafas yang sarat dengan hakikat dan gua berundur ke belakang,memasuki alam kabus gua yang tersembunyi di dimensi ke-lapan.gua serakkan kedinginan memenuhi ruang dan gua tidurkan hati halimunan di kamar beku,sebelum gua hentak dan ranapkan ia agar jadi cebisan daging hancur tanpa rupa.tapi sebenarnya ia tak bermakna apa-apa,kerana ia pada asalnya hanyalah halimunan jua semata-mata.

mendirikan dinding dan memisahkan dunia.

datang dari kosong,dan kembali pada kosong.


Tiada ulasan: