Selasa, April 12, 2011

Lamunan Pagi

hari ni gua bangun dengan satu rasa,yang susah untuk dijelaskan.lepas sekian lama,gua sedar semula,heningnya waktu pagi dan keheningan itu buat gua rasa syahdu,dan juga pilu.gua tak tahu gua seorang atau ramai lagi yang lain mengalami perasaan macam ni.bangun tidur dengan perasaan seperti ada sesuatu yang hilang.seperti ada sesuatu yang berlaku sewaktu kita lena yang telah merampas sebahagian besar apa yang ada dalam diri.

hmm..entahlah.mungkin,waktu pagi adalah waktu yang paling suci.waktu permulaan,waktu yang asli yang belum terusik dengan unsur-unsur keduniaan luar.waktu yang buat kita menjadi paling benar dan paling dekat pada diri.kata lain,kita tak boleh lari dari diri sendiri kerana tiada ruang untuk bersembunyi,sehinggalah unsur keduniaan luar tu mula masuk dan buat kita 'hanyut' lagi.kadang-kadang yang lebih kepada seringkali,kita gunakan rutin harian dan kesibukan dunia sebagai pengalih perhatian daripada mendengar suara hati dalaman.sebab yang ringkas,suara hati dalaman itu boleh jadi menyakitkan.semakin tua,kita akan semakin mahir 'mengalih perhatian'.bukan lebih tabah,tapi sebenarnya lebih bijak menipu diri sendiri dan menafikan perasaan hati.

aneh sebab gua terasa seperti bangun di belasan tahun lampau.haih..yang sebenar-benarnya,gua rindukan rumah.i missed home.cuma,dilemanya,home tu di mana?gua rindu kampung,rindu terengganu.ke mana gua pergi pun,jiwa gua tetap di kampung dan gua tetap orang terengganu.tapi susah untuk terangkan melainkan kalau mereka mengerti.perasaan mahu balik tapi tak ada tempat untuk balik.ia jadi terapung-apung,terawang-awang.rasa rindu yang tak dapat ditujukan ke mana-mana.gua jadi  seperti 'wanderer' yang rumah asalnya telah dimusnahkan dan tak ada tempat lagi untuk dia pulang dan cakap yang dia dah pulang.hatta kalau gua balik ke sana pun,nothing will ever be the same.yang hilang itu bukan zahirnya,cuma zat dan rasa,dan makna.jadi itu,susah untuk diungkap.macam mana untuk rindu bila kita tak ada apa untuk dirindukan?tapi rindu itu ada.macam roh yang melayang-layang tak punya tubuh untuk kembali.ya,macam tu.

haih..gua rasa macam sunyi gila sekarang ni.tiba-tiba terlupa hari ni hanya hari biasa macam semalam dan sebelum ni.hari kerja,hari sibuk,hari untuk berkejar ke pejabat dan menjalani rutin harian macam biasa.kat mana gua sekarang ni?rasa macam gua tak sepenuhnya berada di sini.terbahagi dua?satu dalam realiti,satu dalam masa silam.hmm..

gua rasa gua perlahan-lahan sedang 'kembali'.sedang balik kepada diri dan sedang semakin pulih dari kebekuan.bangun tidur dengan sungguh-sungguh terasa seperti telah bangun tidur.tapi ia bukan rasa yang indah atau apa-apa.cuma,seolah-olah hidup telah berubah lagi dan ada satu fasa peralihan telah berlaku.bila kita masuk ke satu fasa baru dalam hidup,walaupun tak ada yang berlaku secara nyatanya,kita akan tahu sendiri.ia adalah waktu bila ada rasa yang meresap ke dalam hati memberitahu,keadaan takkan sama lagi selepas ni.segala yang sedikitpun tak berubah tapi dalam masa yang sama juga dah berubah sepenuhnya.ia sedih,tapi ia bukan suatu kesedihan.hanya satu rasa yang tak boleh dihurai.tarik nafas dalam-dalam dan alami saja di hati.

hmm..dah makin siang.patut pergi.mahu tak mahu,harus juga balik ke kehidupan rutin itu.hari kerja,hari sibuk,hari untuk berkejar ke pejabat dan menjalani rutin harian macam biasa.dan 'biasa' itu,kalau kita tanya kembali pada diri kita,biasa tu apa dan macam mana?wow,kan?soalan yang senang,tapi untuk menjawabnya,susah.

Tiada ulasan: