Khamis, April 14, 2011

Kasih-Sayang

daripada dulu,gua tertanya-tanya,apakah faktor yang mempengaruhi jiwa seseorang untuk jadi 'kosong'.keluarga yang bermasalah?kesempitan dan kemiskinan hidup?trauma yang pernah dialami?

gua lihat,gua perhati.ada orang yang datang dari keluarga porak-peranda,tapi masih saja punya jiwa yang normal.ada orang yang lahir dalam segala kesempitan dan kemiskinan,tapi masih saja punya jiwa yang normal.ada juga orang yang pernah melalui trauma dalam hidupnya:-terlibat dalam kemalangan maut,mangsa dera,dll,tapi masih saja boleh memiliki jiwa yang normal.jadi,semua itu bukan faktornya.ia bukan disebabkan oleh aman tak aman sebuah keluarga,senang atau susah kehidupan dari segi kewangan,atau pengalaman pahit yang memberi impak besar ke atas diri seseorang.apa yang 'membunuh' jiwa manusia sebenarnya,adalah ketiadaan kasih-sayang.

orang selalu buat main kenyataan 'tak cukup kasih-sayang'.gunakan ayat tu sebagai satu sindiran,lawak,bahan senda-gurau untuk diketawa.bagi gua,ayat tu sikitpun tak kelakar,malah ia adalah sangat tak sensitif dan disrespectful.apa yang lucu sangat dengan 'tak cukup kasih-sayang'?

the thing is..lu boleh datang dari keluarga yang porak-peranda,contohnya,ayah yang pemarah,kaki pukul,tapi di sebalik itu,lu ada ibu yang tabah yang sentiasa melindungi dan menyayangi dan itu sebenarnya pengimbang kepada 'kekurangan' lu.lu tak dapat kasih-sayang ayah,tapi lu dapat kasih-sayang ibu yang berganda,berpunca daripada kepincangan itu.hati lu ada rasa kasih,ada rasa sayang.segala pahit yang lu tanggung,ia ditampung dengan manis belaian ibu.jadi,ia tak sama.hidup lu kucar-kacir,tapi lu masih dapat rasa kasih-sayang dan kasih-sayang akan buat hidup lu paling tidak,ada arah tuju.untuk ibu,demi ibu.sebabnya lu tahu sakit manapun luka yang lu tanggung,lu masih ada ibu yang terlalu banyak berkorban untuk lu selama ini dan perasaan yang wujud tu akan buat lu rasa mahu berusaha ubah nasib ibu.ibu adalah segala-galanya,dan kecintaan itu akan mengisi jiwa lu.

lu juga boleh lahir dalam keluarga miskin papa kedana,hidup serba-serbi kurang,daif dan melarat.lu jadi bahan hinaan,dipandang rendah,dipersenda.lu terpaksa membesar dengan keperluan yang tak cukup,jauh lagi nak bercakap pasal kehendak.pasti susah dan berat untuk lu lalui.lihat ibu ayah perah keringat bersusah-payah demi nak membesarkan lu.memang perit.tapi di sebalik semua tu,jiwa lu masih boleh terbentuk dengan sempurna,sebab ibu ayah bagi kasih-sayang.bukan dalam bentuk wang ringgit,tapi perhatian dan jagaan.itu,melengkapi kekurangan yang lu ada.ia dipenuhi oleh rasa kecintaan dan penghargaan.lu tahu ibu ayah sayangkan lu,lu dapat rasa kasih-sayang mereka.sakit,pening,lu ada tempat mengadu,lu ada tempat nak bermanja.jadi,ia tak sama.lu tak ada harta benda,tapi lu ada kasih-sayang.kasih-sayang akan buat lu rasa dihargai,buat lu lebih nekad untuk berjaya,demi ibu,demi ayah,demi membalas jasa-jasa dan kasih-sayang yang dicurah.

mungkin juga dalam hidup ni,ada peristiwa hitam berlaku yang merubah segala-galanya.kemalangan ngeri yang buat hidup lu diselubungi igauan dan ketakutan.mungkin pengalaman diperkosa.mungkin pernah menjadi mangsa dera.tapi waktu lu lalui detik-detik pahit tu,ada orang yang menemani.ada kawan-kawan bagi sokongan,ada keluarga,ada ibu,ada ayah.sokongan yang lu terima akan bagi lu kekuatan.sebab lu dapat rasa,pahit macam mana pun,lu ada tempat bersandar,tempat berpaut.lu terima sokongan moral.sokongan moral ni sangat besar impaknya.ia boleh selamatkan lu,buat lu perlahan-lahan dapat bangkit dari kepahitan,dapat bertatih dan lama-kelamaan kembali berjalan.jadi,ia tak sama.kasih-sayang,sokongan moral,buat kepahitan paling tidak jadi lebih ringan.

itulah sebenarnya besar tak besar penangan kasih-sayang.lu boleh pergi ke ceruk neraka lalui kehidupan yang macam celaka,tapi lu tetap masih boleh bangkit kalau lu rasa diri lu masih disayangi.perasaan disayangi tu adalah sangat hikmat dan nikmat.ia buat kita rasa lebih kuat ketika lalui waktu yang paling membunuh.ia buat kita rasa lebih lega ketika kita diduga hebat sampai rasa macam nak mati.ia boleh bagi semangat,boleh bagi makna,boleh bagi penawar.jadi,hitam manapun hati dek kerana sialnya nasib dan kehidupan,bahagian yang pernah disentuh kasih-sayang itu masih akan bernyawa dan bercahaya,sebab setidak-tidaknya kita tahu kita tak bersendirian.kasih-sayang tu serapkan kehalusan dan kelembutan ke dalam diri kita,sebab kasih-sayang tu baja jiwa,penyubur jiwa,makanan jiwa.kasih-sayang yang buat manusia jadi manusia,jadi makhluk yang berjiwa dan berhati,tahu merasa,tahu menghargai,tahu menikmati,tahu mereka sebenarnya hidup dan punya harga untuk seseorang yang buat kehidupan boleh jadi lebih berbeza.bottom line,kasih-sayang adalah WAJIB.

sebenarnya,itulah.kasih-sayang.keperluan jiwa paling asas untuk setiap manusia yang akan mempengaruhi perkembangan mental dan psikologi mereka.macam apa yang gua cakap tadi.kalau dapat kasih-sayang yang mencukupi,tak kira nampak macam sedahsyat manapun kehidupan yang lu lalui,insyaallah,lu masih mampu untuk bahagia dan jadi 'manusia' sebenar dan sebaliknya,biar nampak sesempurna manapun kehidupan yang lu lalui,tapi kalau dalam hati tandus tanpa kasih-sayang,segala-galanya akan jadi pincang dan hati yang pincang itu akan terjejas fungsinya dan dengan terjejasnya fungsi hati,maka yang lain-lain juga akan turut terjejas.bila semuanya dah terjejas,manusia secara keseluruhan itu yang akan jadi 'rosak' dan dalam keadaan yang macam itu sebenarnya,tak bawa makna mahu bercakap tentang 'baik-buruk' tentang 'manfaat-binasa' tentang 'nasihat-cerca' yang boleh diguna-pakai oleh manusia normal lain.mereka telah jadi cacat,terencat secara hati dan jiwa.macam orang yang mengalami kecacatan dan terencat akal.jadi,tak kelakar pun untuk buat gurau ayat 'tak cukup kasih-sayang'.hanya membayangkan dunia ni tanpa kasih-sayang dan apa yang akan terjadi..jadi macam tu jugalah jiwa,dan jiwa itu adalah dunia kecil kepada individu manusia.

memang hakikatnya,dalam dunia ni,segala tindak-tanduk manusia,sebenarnya memang tak ada alasan.semuanya adalah atas pilihan dan tanggungjawab masing-masing.tapi di luar itu,di atas daripada rasional akal,kadang-kadang ada amuk emosi,ada kecederaan jiwa yang tak dapat nak dijelaskan dengan wajar fikiran.entahlah..hidup ni adakalanya perlu dilihat dengan 'rasa',tak cukup hanya sekadar bertunjangkan minda.

2 ulasan:

cLina BeLedZa berkata...

membaca entry ini, aku terfikir adakah uyi cukup kasih sayang? mebi cukup dari atuk nenek dan sedara2 dia, tapi dari aku?
kasih sayang dari jauh!boleh ke macam tu?
semakin dia membesar, semakin aku takut dan risau andaikata dia tak sayangkan aku sebagaimana aku sangat sayangkan dia.. puncanya sebab aku jauh di mata dia.
boleh ke dia faham nanti?

broken_nigina berkata...

insyaallah dia faham.she's a smart girl,kan?
:)