gua harap gua boleh masuk ke dalam jiwa melihat kebenaran yang tersimpan di dalamnya untuk didakap erat.gua harap gua boleh putihkan warna yang sudah menjadi hitam.gua harap gua boleh basahkan kembali hati yang kering dan gua harap gua ada kekuatan untuk menjadikan segalanya baik-baik saja,tenang dan aman.tapi,kalau gua mampu buat semua tu,pasti gua sendiri tak akan berada dalam keadaan macam ni.sesungguhnya gua tak mampu.tak pernah,dan tak akan.
gua selam,gua fikir,dari mana datangnya rasa kosong.gua diam dan gua tarik nafas dalam-dalam.sendiri membisu bertemankan lagu a distance there is daripada theatre of tragedy.gua hayati dan jiwa gua menerawang jauh.berfikir dan berfikir,hanyut dalam dunia minda gua sendiri.gua pandang ke dalam,cuba mentafsir segala yang berlaku,dari dulu hingga ke saat gua menaip ini.sebenarnya sedang dalam tempoh memproses realiti.hidup di dalam mimpi di dalam mimpi dan di dalam mimpi yang lain..rasa yang diambil-alih oleh keliru.dunia sedang beralih.hidup sedang beralih.gua sedang dalam tempoh untuk menghadam peralihan.sedang di sempadan antara khayalan dan kebenaran.gua jadi terbelah.gua terpecah.dan perlahan-lahan segala rasa berubah menjadi pegun,terhenti.gua rasa hilang dan rasa hilang itu membawa gua kepada kekosongan.gua kembali hilang rasa gua yang sebenar.
gua rasa sakit di dada.bukan kiasan,tapi memang dada gua rasa sakit.entahlah.mungkin tubuh sedang memberontak akibat selalu disalah-guna dan tak diselenggara dengan baik.suatu hari,suatu hari nanti,segala-galanya akan memberontak dan menentang kita.suatu hari nanti,segala-galanya akan melawan dan memusuhi.nyawa dan roh juga akan memberontak mahu keluar meninggalkan jasad.kesudahan yang sejagat.entahlah.hanyut dan hanyut.seperti dunia sedang berpusing.nafas yang gua tarik rasa sebu dan sempit.aturan degupan seperti tak teratur dan tersekat-sekat.lelah paru-paru?atau jantung?senyum dan sekadar senyum.senyum sendiri tanpa langsung mengukir senyum.habis bagaimana gua tahu,yang gua senyum?sebenarnya,gua tak tahu.memang gua tak tahu pun.
gua sedang hilang sebenarnya,tiba-tiba saja..dengan tiba-tiba saja gua rasa gua dah kembali semula ke waktu ketika gua sedang hilang jiwa.dalam keadaan kaku terpaku,melihat dan memerhati dan berkerut dahi.semuanya gua nampak dengan jelas,tapi gua rasa seperti otak gua tak mencerna apa-apa.maklumat hanya berlegar di luar tanpa berjaya masuk ke dalam otak gua.gua berdiri tanpa benar-benar berdiri di mana gua berdiri.hanyut sebenarnya.terawang-awang,terapung-apung.terlalu banyak yang berlegar untuk masuk ke otak buat otak gua menyekat semua sekali daripada masuk.gua tak tahu.gua jadi hanyut.membayangkan masa silam dengan tak dapat merasa diri gua ada di dalam masa silam itu.kenapa?tiba-tiba seperti menolak hakikat.tiba-tiba seperti tidak mahu percaya dan jiwa bergolak menafikan kenyataan.naluri yang seperti dipotong daripada bersambung ke hati..dan hati....hmm..hati?mana hati gua?duduk diam.diam.
tarik nafas dan hela panjang-panjang.hmm..tentang rasa.rasa dan perasaan.kadang-kadang kekeliruan menguasai.keliru yang membawa bingung dan perlahan-lahan membuat rasa jadi beku.ia ada,tapi terbuku,jauh dan sangat jauh,hingga jadi tak sampai.bila hati merasa sesuatu yang terlalu rumit untuk dirasa,sukatannya jadi kacau dan bacaannya sudah tak mengena..hanya menjadi sesuatu yang tak terukur dan tak ternisbah.suatu yang tak dapat dibaca dan tiada bacaannya.macam gelas penuh..terlalu penuh akan melimpah dan akhirnya menjadi kosong.
haih..mengeluh sendiri.cuba merungkai diri,dan dalam merungkai masih pula mahu menjeratkan diri dalam satu kerumitan yang hanya akan menambah jumlah titik hitam dalam apa yang sudah sedia hitam.tapi ia manis,sangat manis.atau mungkin harus gua sebut sebagai,dia.ya,si makhluk bersayap hitam yang memiliki seribu kepahitan tapi di rongga gua,terasa amat manis dan mengkhayalkan.sesuatu yang amat gua sedar pasti akan menentang gua kembali dengan realiti yang pedih.gua tak boleh memiliki segala-galanya dan tak boleh mengawal segala-galanya mengikut apa yang menjadi nikmat kepada kemahuan gua.kesudahan untuk perbuatan bermain api adalah kepanasan api itu akan membakar gua kembali.gua tahu.sangat-sangat tahu.tapi gua memilih untuk menangguhkan rasa tahu dengan membiar diri hanyut dalam ilusi.wujudkan ilusi,dan jadikan ia kebenaran-sebelum kebenaran yang sebenar menghempas dan meremukkan kembali ilusi.yang tinggal,hanyalah serpihan,cebisan-cebisan daripada ilusi yang hancur,dan serpihan itu,pasti akan tetap menyucuk di kulit gua nanti.mungkin,dah rasa terlalu kebal untuk dengan rela hati mahu menyambut pedih yang datang dengan berupa keindahan.
realiti,fantasi..hmm..dan dengan minda,sendiri melata dalam gelap,berdiri di bawah pohon rendang di padang yang lapang,memandang langit dengan bintang,yang gua tahu akan hujan tak lama lagi.diam sengaja melengah-lengahkan masa daripada lari berteduh.entahlah.mungkin gua memang rela lencun dibasahi kerana menyerah-kalah pada keasyikan melihat langit yang cantik.masih belum hujan,kan?biar dululah.sementara belum hujan duduk saja di tengah padang menikmati langit indah.dalam rasa hilang,dalam rasa hanyut,dalam rasa yang dirasa daripada ilusi yang dicipta.tak perlu risau,mungkin.lambat-laun kenyataan akan muncul balik.ia akan muncul balik dengan sendirinya.peralihan akan menjadi penerimaan.hilang akan menjadi jumpa.sempadan akan menjadi daerah baru.pegun akan menjadi pergerakan.terhenti akan menjadi berjalan.apa yang tak dapat dicerna,lama-kelamaan akan menjadi fitrah.keanehan akan menjadi biasa.semua akan menjadi satu sediakala,sediakala yang baru di dalam kehidupan.dan ilusi,hmm,akan kekal sebagai ilusi,selama-lamanya....
3 ulasan:
gua harap gua boleh masuk ke dalam jiwa melihat kebenaran yang tersimpan di dalamnya untuk didakap erat.gua harap gua boleh putihkan warna yang sudah menjadi hitam.gua harap gua boleh basahkan kembali hati yang kering dan gua harap gua ada kekuatan untuk menjadikan segalanya baik-baik saja,tenang dan aman.tapi,kalau gua mampu buat semua tu,pasti gua sendiri tak akan berada dalam keadaan macam ni.sesungguhnya gua tak mampu.tak pernah,dan tak akan.
aku juga berharap hal yang sama.
▂ ▃ ▄ ▅ ▆ █ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
cik catherine-mari terus berusaha..:)
en.matahari-yes..so which part of it that u like?
Catat Ulasan