otak gua tak dicipta untuk lupa,bila sekali gua mengingati.banyak benda,sangat banyak,yang berlaku dalam hidup ni terpahat kukuh dalam ingatan gua.sesetengahnya,gua rasa seperti ia masih saja sedang berlangsung.i don't forget,and i won't.tapi,hidup ni tak punya banyak pilihan.seiring dengan masa,mahu tak mahu kita harus membiarkan sesuatu itu hanya sekadar tinggal sebagai 'bukan apa-apa'.
ini kenyataannya.setiapkali gua melihat insan yang pernah gua hargai tapi telah menjadi 'bukan sesiapa',tak boleh tidak hati gua akan rasa tertusuk.tapi itu bukan kerana mereka masih mempengaruhi kehidupan gua,cuma,mereka mengingatkan gua kepada insan yang pernah gua hargai,yang sudah tak wujud lagi di dunia ini.
jujur,apa beza memori silam dengan mimpi dan kehilangan dengan kematian?kadang-kadang gua tak rasa ada beza.hidup dan pengembaraan di dalamnya.di titik-titik tertentu kita akan bertembung dengan kehadiran-kehadiran tertentu yang akhirnya akan memahat makna tertentu untuk sepanjang kehidupan kita seterusnya.ia sesuatu yang indah,dan kemudian menjadi sesuatu yang menyedihkan.berapa juta kalipun gua fikir,melupakan dan dilupakan itu tetap sesuatu yang menyedihkan.memori yang pergi,detik-detik yang hilang,kenyataan yang menjadi masa silam..ia meruntun perasaan.melihat detik-detik yang jelas perlahan-lahan bertukar pudar dan kelam.masa-masa yang tak mampu digenggam dan akan terus berlalu dan berlalu..nostalgia..lebih indah dan menjadi lebih memilukan.tak berdaya melakukan apa-apa.tapi kepiluan itu adalah antara gua dan diri gua sendiri,bukan mereka.sekali lagi,mereka hanya mengingatkan gua tentang insan yang pernah gua hargai,yang sudah tak wujud lagi di dunia ini.
bila ia berakhir,ia berakhir.sulit dan rumit..dan gua bukan hanya bercakap perihal cinta.hidup,masa,kenangan.betapa cepatnya..kadang-kadang buat gua berpusing dan berputar mahu mengikuti dengan terperinci.kadang-kadang belasan tahun lalu hanya rasa sesaat yang sudah.apa yang pernah wujud,apa yang telah hilang.gua manusia yang berharap,mahu mengawal segalanya,mahu menjaga segalanya.manusia yang perasan,dia harus jadi yang paling kuat,paling tenang,paling terkawal,paling kebal untuk menanggung segala-galanya,dan kadang-kala memilih untuk menggalas beban yang akhirnya tanpa sedar mematahkan bahu dan meremukkan segala isi tulang di tubuh sendiri.entahlah.gua selalu angkuh,merasakan gua amat perkasa,hingga segala akibat dan luka boleh dipikul oleh bahu gua sendiri dan hanya sendiri.tak pernah takut untuk disakiti,tak pernah risau untuk dikecewakan.angkuh dan memang angkuh.kerap-kali terlupa gua hanya seorang perempuan,dan merasakan diri gua lebih lelaki daripada lelaki hingga bertindak mahu jadi wira melindungi daripada diri gua dilindungi.memori indah yang gua tawarkan atas terma sementara,akhirnya sebenarnya akan lebih menyakitkan untuk gua daripada mereka bila ia berakhir.tapi gua tetap saja gua.dan masih terus begitu.
haih..apa yang gua repekkan ni sebenarnya?sekadar menaip dan menaip dan menaip.begitu banyak tulisan yang berlonggok menjadi sampah-sarap maya,masih gua rasakan terlalu banyak yang tersimpul yang belum dizahirkan.kehidupan yang terkandung oleh ribuan tahun yang dimampatkan menjadi seketika.haih..mengeluh dan mengeluh lagi.mengeluh yang bukan untuk apa-apa melainkan hanya keluhan kosong.haih..dan memang dalam realitinya pun,mengeluh itu adalah tabiat gua.menahan nafas tanpa sedar,dan kemudian tercungap mendapatkan kembali udara yang terhenti.
apa-apapun..betapa mereka mengerti,masih saja tak akan mengerti sepenuhnya.

8 ulasan:
true. dan repekan lu tetap tolong membuka satu sisi buruk di sisi gua.
is it a good thing or bad?
err..da takde dlm dunia?
"apa beza memori silam dengan mimpi dan kehilangan dengan kematian?"
:)
alamak.otak jammed! huhuhu
gua pun tengah jammed.
hampeh kan?
good thing.
:)
Catat Ulasan