duit memang tak boleh beli kegembiraan,tapi yang pastinya boleh digunakan untuk beli banyak benda yang menggembirakan.lagipun,kegembiraan tu apa?kelakar,kelakar.maksud gua,ya,memang kelakar.kenapa gua cakap kelakar,sila tafsir sendiri.kalau tak faham,sudah.i'm not going to explain anything.it's either you get it or you dont.life is simple.lu faham,bagus.lu tak faham,tak payah susah-susah faham.maksudnya,lu memang tak faham.bukan semua benda adalah untuk semua orang.as i said,life is simple.hanya untuk yang mengerti.mengerti itu adalah mengerti,sesuatu yang tak boleh dibuat-buat.kalau tak dapat mengerti untuk pertama kali,maknanya memang tak mengerti.jadi,berhenti.memang pendekatan yang keras.atas sebab itu,gua mengaku gua tak mampu menjadi seorang guru yang baik,malah tak mampu menjadi seorang guru pun.gua tak suka menjawab soalan,dan tak suka memberi penerangan.
hmm..sebenarnya gua tak tahu gua nak menulis tentang apa.gua sedang kebosanan,di tahap maksimum.apa yang menarik ada untuk malam ni?terlalu awal untuk tidur,tapi bukan masalah awal atau lewat.gua ada masalah susah tidur malam.berharap ada kemahiran untuk boleh tidur bila-bila masa yang gua mahu tidur tapi apa boleh cakap.kita tak dapat menguasai segala kemahiran yang ada di dalam dunia ni.apa yang teramat mudah pada orang lain secara umumnya,mungkin adalah sesuatu yang teramat payah untuk diri kita.dan gua,banyak benda mudah yang sepatutnya mudah untuk seorang manusia gua rasa susah untuk diri gua,antaranya adalah,sistem kehidupan manusia normal secara menyeluruh.i'm againts it.bukan againts dalam erti kata sengaja menentang melawan arus.cuma,gua rasa ia bukan untuk gua.jadi adalah lumrah untuk gua selama ni hidup dengan merasakan gua sebenarnya datang dari luar dunia,bukan orang sini.gua rasa gua makhluk asing.cuma,masa yang menjadi faktor utama mengajar kita supaya 'mensejagatkan' diri dengan masyarakat.seorang pemberontak sebenar takkan melaungkan kepada dunia memberitahu dirinya seorang pemberontak.berkata sambil ketawa sendiri dalam hati terkenangkan isu blogger sejati vs blogger gila glemer yang dijadikan satu permasalahan.kelakar,kelakar.dipendekkan cerita,gua dah tua.ya,dah tua.tak perlu cakap banyak,tak perlu jelas banyak.pandai-pandailah mentafsir sendiri.itupun,kalau mahu.
hmm..
mereka cakap,lelaki,sukakan misteri,sukakan rahsia.jadi,kepada kaum wanita,cara untuk membuat lelaki kekal tertarik adalah dengan mengekalkan misteri dalam diri.jangan biar lelaki dapat membongkar anda terlalu cepat.gua pula cakap,bullshit.apa yang lebih susah dimiliki,adalah apa yang akan lebih dihargai,adalah perangkap psikologi.sweety,macam ni.kalau lu suka,lu suka lah.bukan soal sesusah mana untuk dapat,tapi tentang sejauh mana lu benar-benar suka pada sesuatu dari dalam hati lu.bunga,duduk tepi jalan tepi kaki lima ke,atau kat puncak gunung paling tinggi paling sejuk paling mencabar hanya kembang setiap seribu tahun sekali ke,masih lagi berbalik kepada hati kita.kalau kita suka,kita hargai,apa yang tipikal yang bersepah-sepah boleh dapat kat mana-mana pun masih akan jadi indah dan istimewa kalau hati kita benar-benar menghargai dengan jujur.itu perasaan yang sejati.nak main tarik-tali,jual mahal,cuba terus mewujudkan tanda-tanya dengan tujuan sengaja mahu tanda-tanya itu wujud,dengan seriusnya adalah memenatkan dan lagi sekali,bullshit.jadi,kalau gua perlu terus jadi 'misteri' semata-mata untuk terus disukai,baik lupakan saja.
apa yang terdampar di sebalik ilusi yang sempurna,adalah hakikat yang penuh dengan cacat-cela dan gua mahu disukai dengan hakikat yang penuh cacat dan cela itu.disukai untuk diri gua yang penuh dengan segala kelemahan dan keburukan dan ketidak'cool'an kerana pada realiti dengan tak 'cool'nya gua mengaku terang-terang yang gua memang seorang yang bersifat keanak-anakan,manja tak ingat,gedik,mengada-ngada,perasan bagus,perasan cantik,perasan seksi,pemalas nak mampus,mudah melenting,keras kepala,suka kongsi macam-macam sampai kena gigit nyamuk pun nak bagitau,suka bangun tidur lewat,suka buat semak,janji selalu lambat,makan comot dengan kuah banjir pinggan bersepah,pakai ayu tapi jalan macam samseng,otak lucah,nampak lembut tapi pengasar,duduk selalu terkangkang macam jantan,mood swing,nak suruh orang ikut kepala dia je,mulut celupar,dan kalau gua sambung lagi boleh jadi berjela-jela senarai sifat buruk yang ada pada gua tapi gua percaya satu,orang yang betul-betul sukakan diri gua akan melihat segala sifat buruk gua dan akhirnya masih menganggap gua sebagai seorang yang 'cool'.
apa yang terdampar di sebalik hakikat yang penuh dengan cacat-cela,adalah kebenaran sejati yang paling indah dan manis.itupun,hanya kalau kita berani pergi sampai ke sana.hidup ada banyak lapis.kadang-kadang kita cenderung untuk berhenti cuma di lapisan kedua.

dan,diam.dan,gua perasan gua banyak mulakan ayat gua dengan dan..
heh..
heh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan