Isnin, Mac 14, 2011

Pertimbangan

dengan setiap pengalaman yang telah kita lalui,seikhlas-ikhlasnya,berapa kerat sangat yang benar-benar buat kita belajar?ya,kita jadi lebih bijak,lebih peka,lebih matang,tapi adakah itu satu jaminan bahawa kita takkan mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ni?kesilapan yang sama,bulat-bulat,seratus peratus salinan apa yang pernah kita lakukan.gua rasa,payah.sangat payah.menyedari panasnya api masih tak cukup untuk buat kita berhenti bermain api.dan mungkin lebih tepat,tak cukup untuk buat gua berhenti bermain api.

sebelum sesuatu kerumitan berlaku,selalunya gua dah dapat hidu jauh lebih awal daripada itu.tapi kelemahan gua,menyerah pada kenikmatan detik ini dan memejamkan mata pada kesan buruk esok hari.giving in to temptation,meminum manis madu hanya untuk merasai keenakan yang seketika sebelum ia berubah menjadi racun,walaupun jauh dalam hati menyedari,kenapa harus meneguk sesuatu kalau dah tahu ia akan meracuni nanti?kenapa,ya?buka mata luas-luas lihat tanda bahaya.jangan jejak tempat yang tak seharusnya dijejaki tapi kalau ia hanya tentang menyedari amaran bahaya,mungkin lebih mudah.soalnya,bagaimana untuk mengendahkan amaran bahaya setelah membaca tanda amaran itu.manusia ini,'JANGAN LAKUKAN!' itu bermaksud 'LAKUKAN!!'.ya,dengan tanda seruan yang berganda.

gua tak mahu masalah.gua tak mahu kerumitan.sedang berjalan untuk merempuh dinding keras.tapi jalan menuju ke dinding keras itu dihiasi dengan pemandangan yang sangat menarik dan mengujakan.irresistible!bagaimana mahu menolak sesuatu yang begitu sukar untuk ditolak?

haih..kematangan harus diiringi dengan kewajaran menimbang tara setiap tindak-tanduk perlakuan.sebelum melakukan sesuatu,harus menghitung segala-galanya.baik dan buruk,lebih dan kurang,betul dan salah.itu namanya kedewasaan.tapi,menjadi dewasa itu sangat berat.untuk memikirkan segala-galanya,untuk mengukur dan menilai sejauh-jauhnya.bagaimana kalau gua tak mahu menimbang,tak mahu menghitung,tak mahu memikirkan,dan hanya mahu hidup untuk hari ni dengan membiarkan segala-galanya berjalan sendiri mengikut arus...?

bolehkah?
 

Tiada ulasan: