sesuatu yang nyata itu,menakutkan.entahlah.gua tak takutkan apa-apa,tapi dalam masa yang sama,banyak benda yang gua takutkan.salah-satu daripadanya,membayangkan diri ditangkap dan dikurung.bukan gua ada naluri takut kepada tempat yang sempit dan tertutup,cuma gua takut lemas.lemas yang paling lemas adalah bila gua tak rasa diri gua adalah diri gua sendiri lagi.
gua tak pernah fikir diri gua seorang yang berdikari atau apa.gua selalu ke mana-mana sendiri,buat apa-apa sendiri,tapi gua tak anggap itu sebagai berdikari.bagi gua,ia cuma kerana tiada pilihan dan keselesaan.balik sendiri,seorang diri,walaupun ketika hari semakin malam,bukan satu bentuk sifat berdikari.semuanya atas sebab yang mudah,tak ada sesiapa untuk diminta tolong supaya jemputkan.kalau ada,ingat gua nak sangat terpacak tepi jalan tunggu bas hari-hari.gua bukan golongan feminis yang beriya-iya mahu berjuang membuktikan mereka boleh hidup tanpa bantuan lelaki.kalau gua boleh gunakan bantuan orang lain,tak kisah langsung lelaki ke perempuan ke,hatta khunsa sekalipun,seikhlas hati gua langsung tak kisah.kenapa nak susah-susah buat kerja berat yang senang-senang boleh diringankan dengan bantuan orang lain?apa yang buat gua nampak seperti seorang yang melakukan segalanya sendiri ialah tak ada sesiapa yang ada yang boleh gua minta bantuannya yang meninggalkan gua tanpa banyak pilihan selain melakukannya sendiri.itu saja.jadi,kelakar,cara orang lain melihat kita.sesuatu yang berlaku secara tak sengaja boleh dipandang dengan "wow!".
berbalik kepada rasa takut tadi.takut membayangkan diri ditangkap dan dikurung.bila gua fikir gua tak anggap diri gua sebagai seorang yang sukalah sangat berdikari,jadi gua tak rasa itu adalah sebabnya.gua sendiri pun tak pasti.mungkin kerana gua terlalu berpegang kuat kepada individualiti gua,kepada kebiasaan menganggap diri gua adalah kepunyaan mutlak diri gua sendiri,dan gua tak terikat kepada apa-apa atau siapa-siapa.kebiasaan hidup dengan jiwa yang bebas dan tersendiri,bersendiri.itu terlalu besar untuk gua.apa yang gua buat adalah demi diri sendiri,kerana diri sendiri,hak diri sendiri,tanggungan diri sendiri,dengan keselesaan sendiri.mahu ubah itu,dan menukar mentaliti untuk menjadi 'sebahagian daripada sesuatu yang lain' dan bukan lagi hanya diri gua seorang,hmm..terlalu terlalu mahal.ya gua keberatan.hati gua rasa berat dan tak rela untuk dengan penuh penyerahan meletakkan syurga-neraka gua di bawah kaki sesiapa.syurga-neraka gua adalah milik gua.gua adalah milik gua.
entahlah.pergelutan dalam diri.isu yang akan difahami hanya oleh orang yang memahami isunya.only time will tell.manusia boleh berubah.kemahuan boleh berubah.tengoklah.tunggu dan lihat.
2 ulasan:
think ur self
think ur life
kita memang sering sangat persoalkan suatu pada diri kita sendiri.bertindih-tindih dan menyesakkan.
kita memang.
Catat Ulasan