jauh kat dalam,gua rasa sejuk sebenarnya.sangat-sangat sejuk.sejuk dan juga gelap.gua tak nampak apa-apa,tak nampak sesiapa.apa yang gua tahu adalah apa yang gua tak tahu dan apa yang gua kenal adalah apa yang gua tak kenal.gua adalah orang asing,kepada semua orang.gua adalah orang asing terutama kepada orang yang gua akrab.entah untuk cakap akrab dalam keasingan atau asing dalam keakraban.tapi kedua-duanya,ada beza ke?gua rasa sesat.rasa tak tahu berada di mana,sedang ke mana,mahu ke mana,di mana jalan mula.totally lost.gua rasa macam gua tak kenal sesiapa.semua pun.berada di tempat yang asing menjadi orang asing dengan dikelilingi orang-orang asing dan dalam keadaan mata ditutup kain hitam untuk nampak hanya gelap-gelita.
nanti-nanti,gua tahu gua akan selamatkan diri gua daripada keadaan ini.it's just me.but for the time being,let it be.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan