Rabu, Mac 23, 2011

Gua Adalah Lelaki

mereka kata,wanita datang daripada,err venus?mana-manalah salah-satu.gua tak hafal.penyataan untuk menggambarkan perbezaan antara wanita dan lelaki secara umum.tapi,umum itu terlalu umum.apa saja teori yang datangnya daripada manusia,pasti ada satu titik bila ianya menjadi bercanggah.entahlah.gua jarang-jarang fikirkan diri gua dengan jantina.gua hanya fikir diri gua manusia.manusia dengan jiwa dan personalitinya,yang tak bersangkut-paut dengan perkara-perkara lain.seperti yang kerap gua ulang,gua anggap diri gua sebagai individu dan begitu juga orang lain.gua tak nampak jantina,bangsa,agama.kita adalah individu yang bertanggung-jawab dan ditanggung-jawab oleh hanya diri kita sendiri.

tapi,kalau nak dikelaskan secara jantina juga,sejujurnya,gua rasa lebih dekat dengan lelaki daripada wanita.gua lebih menyenangi lelaki,lebih mudah bergaul dengan lelaki,dan kebanyakan insan yang rapat dalam hidup gua adalah lelaki.tapi,bukan kerana gua tomboy atau apa.gua feminin,cukup segala sifat kewanitaannya.cuma,secara jiwa dan mental,gua rasa lebih senang untuk mengaitkan diri gua kepada lelaki berbanding wanita.apa yang gua suka,apa yang gua selesa,apa yang gua fikir,apa yang gua cerna,lebih memberat kepada sifat lelaki.kerana sangat senang untuk mengaitkan diri gua kepada lelaki,jadi gua rasa sangat senang juga untuk gua menjadi dekat dengan lelaki.

dan kemudian gua ketawa bodoh sendiri sebab gua rasa malas pulak nak terus menaip.jadi,dah.habis.

2 ulasan:

:: Wiween :: berkata...

ajaibnya gua pulak sgt selesa berkwn baik dgn bapok. entah! huhuhu mungkin depa nih bersifat separuh lelaki separuh pmpuan kot.

broken_nigina berkata...

kawan gua cakap gua gatal.suka berkawan dengan orang yang boleh buat ngorat je.