pening secara tersirat dan juga secara nyata.i went to clinic the other day and the doctor told me my that blood pressure was pretty high.dia tanya ada tak dalam keluarga gua sesiapa yang ada darah tinggi.heh.dear doctor,siapa yang tak ada darah tinggi dalam sejarah keluarga gua.told her my mother passed away due to aneurisme caused by darah tinggi dan biasalah reaksi doktor,awak kena jaga-jaga mungkin awak pun boleh kena bla bla bla.dia tanya gua memang ada darah tinggi ke selama ni dan sememangnya jawapannya tidak.dia nasihat suruh gua monitor tekanan darah untuk pastikan gua ada darah tinggi ke tak dan suruh gua datang follow up untuk monitor selama seminggu dengan selang sehari ambil bacaan tekanan darah supaya boleh pastikan normal atau tak.ya lah,puan doktor.lu ingat gua akan layan?tak payah harap.gua rasa sihat dan gua sihat.kalaupun lu keluarkan segala surat nak cakap gua ada darah tinggi dan suruh gua ambil ubat darah tinggi,i would still refuse.gua tentukan whether gua sihat atau tak dan gua takkan tunduk mengakui diri gua berpenyakit dengan bersetuju menjadi pemakan ubat penyakit secara rutin.lagipun big deal,sekali-sekala tinggi pun nak kecoh.all of other time,bacaannya normal je.dan macamlah tinggi yang dia cakap tu 200/200 ke apa.tinggi sikit dari paras normal pun nak kepoh.
the thing is,bukan gua tak peduli diri sendiri dan bercita-cita nak berpenyakit dan mati muda.melihat sejarah,ramai ahli keluarga yang meninggal di hospital kerana penyakit termasuk kedua-dua parent gua,mereka yang cakap tak kisah dapat penyakit,mungkin mereka tak ada pengalaman melihat what does it means by 'sakit'.pergi hospital,duduk sana,habiskan seharian di sana di bahagian pesakit tenat,then you'll know betapa mahalnya nilai sihat.seing all those people terseksa dan menderita berjuang melawan maut menginsafkan betapa bertuahnya kita kerana diberi kesihatan yang baik.tapi kita yang sihat-walafiat ni,selalu take everything for granted.sejujur-jujurnya,ya,gua takut.seboleh-bolehnya gua tak nak menjadi penghuni di hospital,apalagi nak jadikan hospital tempat gua hembuskan nafas yang terakhir.gua tak nak.tapi gua semacam terasa ia akan menjadi takdir gua.well,a lot of things sebelum berlaku gua tahu ia akan berlaku.ya,gua ada magik.sesetengah benda,i just know.tapi gua berusaha menjadikan apa yang gua tahu akan berlaku tidak akan berlaku.my whole life is about melawan takdir yang entah macam mana gua dapat baca dari azali.walaupun hidup membuktikan betapa gua tak boleh lari daripada takdir gua,gua takkan berhenti mencuba.gua akan lawan untuk menguasai hidup gua sendiri,walaupun ketika dah tak ada lagi harapan yang tinggal.selagi tak mati,ia masih tak tamat.
jadi,bukan masalah gua tak sedar.entahlah.cuma,banyak perkara yang menakutkan dalam dunia ni yang gua rasa tak menakutkan sangat bila menyedari ia bukan dalam kawalan kita.when things happen,you have no choice but to face it.jadi,ia jadi tidak menakutkan lagi.dan gua malas nak menaip lagi.dah.oh,tapi.gua masih takut.the only thing yang gua takut ialah apa-apa berlaku pada orang yang gua sayang.kalau it's about me,it's okay.ok.done.

4 ulasan:
hm. baik2 k.
ok..
:)
get some rest yer gina. mudah2an bp normal kembali. :)
huhu..
baik,cikgu.
Catat Ulasan