Ahad, Mac 27, 2011

Cita-Cita

gua mahu jadi bijak.seorang yang bijak yang melihat dunia ini dengan pandangan yang luas dan dalam,dengan ilmu yang padat dan pengalaman yang pelbagai,di sini dan 'di sana'.matang.

gua mahu jadi pandai.seorang yang pandai yang mampu melakukan banyak perkara dengan baik dan menarik,penuh dengan unsur seni dan kreativiti.berbakat.

gua mahu jadi cantik.seorang yang cantik dengan rupa lawa dan penampilan menarik yang juga cantik jiwa dengan nilai kejujuran tersendiri.asli.

gua mahu jadi kaya.seorang yang kaya dengan memiliki kerjaya dan harta yang memuaskan dan cukup kaya untuk tak tertipu bahawa kekayaan sebenar bukanlah terletak pada kebendaan.

gua mahu jadi pemenang.seorang pemenang sejati yang bijak-pandai-cantik-kaya dan cukup bijak-pandai-cantik-kaya untuk menyedari bahawa kemenangan itu adakalanya berada di dalam kekalahan.you don't have to always win to win.kerana akhirnya,mereka yang berjiwa besar itu adalah pemenang yang sebenar.

dan cita-cita yang terakhir yang paling utama.

gua mahu tidur.

dah nak pukul empat pagi weh!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lewatnya tidur, gua baru bangun.

deaf-angel berkata...

tido penting
omputeh panggil beauty sleep

broken_nigina berkata...

lucifer-waktu adalah pemisah.kita di zon waktu yang berbeza.

en.deaf-sleeping beauty.hehe..