hmm..
dia lelaki yang sangat baik.selalu temankan bila gua perlu.selalu hadir bila gua sedih.dia tak dekat,tapi dia sentiasa ada.sentiasa ada untuk gua.walau ketika gua menjauh,mendingin.walau ketika gua terus-menerus menukar-ganti teman rapat di sisi.dia tetap bertahan.menjadi tukang dengar tiapkali gua merungut bila teman rapat gua hilang.entah berapa kali.lepas a,b.lepas b,c.lepas c,d.lepas d,e..dan berterusan.bukan cerita baru.lelaki datang dan pergi dalam hidup gua.lelaki hadir bersilih-ganti.lelaki muncul kemudian hilang.tak susah untuk dapat.tapi teramat payah untuk lekat.sampai gua terfikir gua mungkin ada sihir penghalau lelaki yang buat mana-mana lelaki yang cuba mendampingi gua jadi tak tahan untuk melarikan diri.tapi,dia mampu bertahan.dan gua kagum dengan ketahanan dia.sungguh gua kagum dengan mana-mana manusia yang kenal diri gua dapat bertahan dengan gua.walaupun gua tak berniat untuk mengusir,tapi tingkah-laku gua selalu seperti mahu mengusir orang pergi jauh-jauh.sikap yang seperti sengaja mahu menyusahkan orang dan menguji kesabaran yang bila orang mengaku kalah,adalah menepati apa yang gua duga.takkan bertahan lama.
tapi dia..dia tabah.dia kuat.dia setia.walaupun 10 kebaikan dia buat untuk gua gua hanya balas dengan satu dan mungkin tak sampai satu pun,dia masih tak jemu membantu.dan gua tak pernah zahirkan penghargaan untuk itu.cuma,sebenarnya,gua ada satu rahsia.gua tak hargai di mulut,tapi gua hargai di hati diam-diam.banyak kalinya gua rasa bersalah,rasa bersalah yang buat gua hanya diam kerana diam dan nampak teruk itu lebih baik daripada berpura-pura baik dengan bermodalkan hanya perkataan.hati gua,sentiasa menghargai.walau sekelumit kebaikan pun yang pernah dicurah yang buat hari gua jadi lebih baik,akan gua kenang sampai mati.gua cuma malu.gua tak dapat membalas apa-apa.gua seperti parasit yang memakan hati dan kebaikan tanpa memberi pulangan apa-apa sebaliknya hanya memberi luka dalam diam.maaf untuk semua itu.dilukakan seribu orang tak akan pernah sesakit melukakan seseorang yang benar-benar baik.jadi,gua harap dia faham.gua bukan benci,bukan menjauhkan diri..gua masih kat sini.
gua tak tahu untuk cakap apa lagi.
//kalau awak baca ni,orang cuma harap awak faham dan orang nak cakap terima kasih untuk segala-galanya.
4 ulasan:
hargailah dia.
:)
baik.
kesian dia kan?
hmm..
Catat Ulasan